BM 中文 English

Biodata Lim Kit Siang

Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Lim Kit Siang, menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, merupakan salah seorang ahli politik paling senior di Malaysia.

Merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang bermula sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan Editor organ Parti, The Rocket, dari 1966-1969. Beliau menjadi Setiausaha Agung Parti dari 1969 dan Pengerusi Kebangsaan dari 1999-2004.

Lim Kit Siang mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974-1999, menjadi semak dan imbang kepada kerajaan serta mendedahkan banyak skandal kerajaan. Beliau ditahan sebanyak dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bersuara untuk rakyat Malaysia. Tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya dalam kedua-dua peristiwa tersebut. Beliau diangkat sebagai prisoner of conscience oleh Amnesty International atas usaha murni yang dilakukannya untuk rakyat Malaysia.

Selepas hampir 50 tahun berjuang, Lim Kit Siang dan DAP, bersama-sama sekutu mereka akhirnya berjaya menewaskan gabungan pemerintah dan mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 9 Mei 2018.

Lim Kit Siang kini adalah backbencher dalam Parlimen Malaysia.

Rekod Pilihan Raya

Ketua Pembangkang Parlimen: 1974-1999, 2004-2008.

Ahli Parlimen:

Bandar Melaka (1969 – 1974);
Kota Melaka (1974 – 1978);
Petaling Jaya (1978 -1982);
Kota Melaka (1982 – 1986);
Tanjong (1986 – 1999);
Ipoh Timur (2004-2013);
Gelang Patah (2013-2018);
Iskandar Puteri (sejak Mei 2018).

Ahli Dewan Undangan Negeri:

Kubu, Melaka (1974 – 1982);
Kampong Kolam, Penang (1986 – 1990); dan
Padang Kota, Penang (1990 -1995)

Pengalaman Politik

1969 – Ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 18 bulan.
1979 – Didakwa dengan lima pertuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan perjanjian senjata api yang tidak telus antara kerajaan dan syarikat Switzerland.
1987 – Ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 17 bulan (Operasi Lalang).

Parti

1966 – 1969 Setiausaha Organisasi Kebangsaan; Editor The Rocket.
1969 – 1999 Setiausaha Agung.
1999 – 2004 Pengerusi Kebangsaan National Chairman.
2004 – sekarang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

Lim Kit Siang telah menghasilkan sebanyak 36 buku sejak 1978.