Media Statement
by Perak DAP Chairman, Ngeh Koo Ham
on 10th July 2002
in Ipoh


 Islamic State and Hudud – DAP Perak urge all parties to adopt  the values endorsed by Barisan Alternatif Perak on 2/1/2001

The declaration by Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad on 29th September last year and the insistence by Datuk Seri Hadi Awang in passing ‘Hudud & Qisas’ bill in Terengganu has caused alarm to the majority of Malaysians. 

Both events do not speak well of them. 

I call on both of them to subscribe to the principles agreed to by the then Perak Barisan Alternatif. A copy of the same is enclosed. 

The general principle is that there must be mutual respect base on universal values and the brotherhood of the human race. Should there be any belief or value that is not universal, any party who wishes to disseminate his belief or value may do so only through education and persuasion. No rule or law may be passed to force any person or party to accept or conform to such belief or value.

 


 

Pendirian Bersama Parti-Parti Barisan Alternatif Negeri Perak untuk dimajukan kepada Pimpinan Parti-Parti Barisan Alternatif Kebangsaan

            

BAHAWASANYA, kami, Parti-Parti Barisan Alternatif Dalam Negeri Perak mengaku dan menerima hakikat berikut:-

i)       Terdapat perbedaan matlamat dan ideologi antara parti-parti komponen Barisan Alternatif. 

ii)      Negera Malaysia adalah sebuah negara majmuk dimana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan, berbagai agama dan adat resam, berbagai kebudayaan dan menggunakan berbagai bahasa. 

iii)    Untuk Barisan Alternatif menjadi Kerajaan Malaysia, polisi-polisi dan dasar-dasarnya hendaklah diterima oleh semua kaum, agama, budaya dan lapisan rakyat Malaysia. 

iv)    Kami percaya dan berpendirian bahawa satu persefahaman  dapat dicapai mengenai polisi-polisi dan dasar-dasar Barisan Alternatif yang dapat diterima oleh semua kaum, agama, budaya dan lapisan rakyat melalui semangat saling hormat menghormati antara agama dan antara kaum berlandaskan nilai murni sejagat (universal) dan  prinsip persaudaraan sesama manusia (brother hood of the human race). 

v)     Parti-Parti Komponen Barisan Alternatif telah berjaya bersetuju mengenai banyak isu-isu dan polisi-polisi seperti yang terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif Pilihanraya Umum 1999. 

vi)    Akan tetapi terdapat beberapa isu-isu yang baru-baru ini telah timbul dan digunakan oleh Barisan Nasional Kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed melalui media masa dan jentera Barisan Nasional untuk memecah-belahkan perpaduan antara parti-parti komponen  Barisan Alternatif dan menyebabkan rakyat takut untuk menyokong Barisan Alternatif. 

MAKA, kami Parti-Parti Barisan Alternatif Negeri Perak berpendapat isu-isu ini hendaklah diatasi dan kami mempunyai pendirian bersama mengenai isu-isu berikut dan berharap pimpinan Barisan Alternatif Kebangsaan dapat menggunapakainya (adopt) sebagai dasar Barisan Alternatif Kebangsaan. 

1.     Isu Moral 

Kami menentang perlakuan immoral, penyalahgunaan dadah dan pil ectstacy, perjudian haram, aktiviti-aktiviti tidak sihat yang menjejaskan kesihatan, ketenteraman keluarga dan masyarakat. Walaubagaimanapun aktiviti-aktiviti seperti nyanyian karaoke, konsert dan hiburan dengan sendirinya tidak salah hendaklah dibenarkan kecuali aktiviti-aktiviti  itu disalahgunakan dari segi moral, budaya dan agama. 

Mengenai isu-isu moral yang tidak sejagat (universal)  dan terdapat percanggahan pendapat  atau nilai antara kaum dan penganut agama berlainan, pemimpin-pemimpin kaum dan agama masing-masing hendaklah mendidik kaum dan penganut-penganutnya tentang kehendak adat resam kaum dan agama masing-masing dan tidak haruslah mengenakan pendapat atau nilai tersebut ke atas kaum dan penganut-penganut agama lain.

Minuman arak boleh dibenarkan untuk orang-orang bukan Islam dengan syarat mereka tidak menyalahgunakan minuman tersebut hinggakan mereka mabuk di tempat awam. Pergaulan diantara lelaki dan perempuan yang bukan immoral di tempat awam seperti Pasaraya, pawagan dan tempat awam yang lain tidak harus dibendung. 

2.     Isu Budaya 

Kesemua rakyat Malaysia diberi kebebasan memakai pakaian dan mengamalkan cara hidup mengikut budaya dan adat resam masing-masing asalkan ia tidak memudaratkan moral, ketenteraman dan keselamatan awam (public morality, security and peace). 

3.     Isu hak wanita 

Kami mengaku secara amnya kaum wanita berbeda daripada kaum lelaki dari beberapa segi termasuk dari segi fisikal, mental dan emosi dan oleh yang demikian kerja-kerja yang bersesuaian untuk kaum wanita akan berbeda daripada kerja-kerja yang bersesuaian untuk kaum lelaki. Akan tetapi perbedaan ini tidak boleh dijadikan sebab wanita dilayan dengan tidak adil dari segi gaji, penghormatan dan mertabat diri. Segala peluang untuk apa jenis kerja hendaklah juga terbuka kepada kaum wanita juga dan jika mana-mana wanita sanggup dan berkebolehan melakukan mana-mana kerja yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki, diskriminasi tidak boleh wujud semata-mata kerana perbedaan jantina.  

4.     Prinsip Am 

Bahawa Barisan Alternatif hendaklah mengamalkan prinsip am bahawa jika terdapat apa-apa pendapat atau nilai yang bukannya sejagat (universal), mana-mana parti yang ingin menyebarkan pendapat atau nilai-nilai tersebut bolehlah membuatnya melalui cara pendidikan dan pujukan (persuasion). Tidak ada peraturan atau undang-undang yang boleh diluluskan untuk memaksa mana-mana pihak untuk menerima mana-mana pendapat atau nilai-nilai tersebut. 

     Tarikh: 2hb Januari 2001

USTAZ HAJI SABRAN                                  NGEH KOO HAM
BIN ASNAWI                                                    Pengerusi DAP Perak
Pesuruhjaya PAS Perak bagi                        bagi pihak DAP Perak
Pihak PAS Perak     

 

KHALIL SHAH BIN                                         MOHAMAD ZOLKAFLI      JAMALUDDIN                                                  BIN YAHAYA
Ketua Perhubungan Parti                              Pengerusi PRM Perak bagi

Keadilan Perak bagi Pihak                            Pihak PRM Perak
Parti Keadilan Perak