http://dapmalaysia.org  

Kenaikan tambang feri membebankan rakyat


Ucapan
-
semasa membahaskan usul di bawah Peraturan 18(1) mengenai kenaikan tambang feri Pulau Pinang
oleh Lim Hock Seng

(Dewan Rakyat,  Isnin): Kerajaan telah menolak cadangan projek pembinaan jambatan ke-2 Pulau Pinang memandangkan ia akan menelan perbelanjaan lebih kurang 2.4 bilion ringgit dan juga ujuraan ‘trafic volume’ tidak mencukupi untuk menjana pulangan hasil yang setimpal dengan jumlah pelaburan yang dilabur. 

Ini bermakna jambatan Pulau Pinang yang sedia ada yang sesak teruk keadaannya akan berterusan sekurang-kurangnya tiga tahun lama sehingga pelebaran jambatan ini siap dibina. Tetapi dalam masa tiga tahun akan dating, trafik volume juga bertambah dengan begitu mendadak sekali Pada masa sekarang, jambatan mencatat 100,000 kali kenderaan satu hari pada musim cuti awam dan hari raya umum. Had maksima direka adalah 60,000 kenderaan kali sehari.

 

Keadaan keseksaan pengguna-pengguna jambatan ini memaksa mereka memilih perkhidmatan feri untuk tahun-tahun yang akan datang. Di samping itu, mengguna perkhidmatan feri adalah  pilihan bijak sekiranya rakyat tanah besar hendak berurus niaga di Bandar Georga Town. Penumpang berjaln kaki tidak boleh menggunakan jambatan dan juga penunggang-penunggang motosikal memilih jalan yang lebih selamat dan selesa kerana menggunakan perkhidmatan feri. Perkhidmatan feri juga satu-satu ciri daya tarikan atau destinasi perlancongan kerana makan angina dengan menggunakan kenderaan adalah perkara biasa tetapi makan angina di atas dek feri satu perasaan yang luar biasa untuk pelancong-pelancong baik dari luar atau dalam negeri.

 

Justeru itu, perkhidmatan feri adalah satu jenis pengangkutan yang masih relevant dan juga satu keperluan dan kerajaan atau PPSB jangan ambil kesempatan atas desakan ini.

 

Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa operator feri Pulau Pinang telah mengalami kerugian besar iaitu RM 65 juta dalam 9 tahun iaitu dari tahun 1994 hingga 2003. Jikalau tidak dibenarkan kenaikan tambang maka pihak operator akan mengalami Rm510 juta menjelang 2023 iaitu tarikh tamat konsesi. Jikalau dibenarkan kenaikan tambang maka kerugian boleh dikurangkan kepada RM280 juta menjelang 2023.

 

Saya mempertikarikan unjuran Menteri Pengangkutan kerana dari masa sekarang sehingga 2023 ada 18 tahun lamanya. Dalam 18 tahun akan datang adakah beliau boleh menjamin behawa tiada kenaikan tambang  dibenarkan sama sekali? Keadaannya pasti bukan sebegini. Dalam 18 tahun akan dating, entahlah berapa kali kenaikan tambang akan dibenarkan. Mengapa kerajaan tidak mahu memikirkan bagaimana pengurusan feri ini boleh mengalami kerugian yang besar sebegini. Adakah kerana pentadbiran yang kurang cekap, adakah sebarang penyelewengan dan rasuah berlaku. Pihak operator perlu memikirkan langkah-langkah dan cara-cara mempertingkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan juga strategi bersaingan dengan jambatan Pulau Pinang di mana pelanggannya  telah jauh melimpah unjurannya.

 

Saya nampak perkhidmatan feri di lain-lain tempat seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, di Sabah dan Sarawak masing-masing dioperate oleh swasta, mengapakah mereka boleh ‘survive’ dan mendapat keuntungan malahan boleh membeli feri-feri yang baru untuk ditambah baik mutu perkhidmatannya.

 

Tuan Yang diPertua, Pengerusi PPSB Datuk Abdul Latif Abdullah dalam mempertahankan cadangan menaikkan tambang berkata kenaikan tambang adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Saya menyoal sebaliknya. PPSB perlu mempertingkatkan mutu perkhidmatan feri dan memuaskan cita rasa pelanggan sebelum menaikkan tambang. Pada masa sekarang, kecacatan, kelemahan, fasiliti di kedua-dua belah pengkalan adalah kurang memuaskan:

 

1)     Di kedua-dua belah kawasan pengkalan terbuka tidak ada bumbung tedung atau pokok-pokok untuk menedung dari panas matahari apabila pemandu kenderaan perlu menunggu feri. Kadang kala sejam atau lebih. Saya pernah membangkitkan penanaman pokok  sebagai tedung sejak lagi Datuk Paduka Zaliha, YAB Ali Rustam dan yang diPertua  Tan Sri menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dahulu dalam Dewan yang mulia ini.

2)     Di kedua-dua belah pengkalan, ruang tunggu penumpang jalan kaki adalah panas, tidak ada tempat  duduk yang cukup

3)     Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth telah runtuh dan dibiarkan begitu sejak 1987. Membazir dan huduh.

4)     Feri tidak ada tingkap yang boleh tutup dan buka. Apabila menghadapi hujan  lebat dan rebut, basah pakaian penumpang-penumpang berjalan kaki.

5)     Pemandu kenderaan tidak matikan  engine apabila berada di dalam feri dan ini mengeluarkan asap carbon monoxide yang menyusahkan penafasan orang-orang di luar kenderaan khasnya penunggang motosikal. Anak-anak kapal tidak jaga, tidak peduli kelakuan pemandu kenderaan jenis ini.

6)     Terdapat  banyak pengguna-pengguna kenderaan menggunakan lorong keutamaan (priority lane) pada waktu pagi dan balik bekerja. Kebanyakan mereka adalah kakitangan kakitangan PPC dan ini menafikan peluang orang awam.

7)     Linkway dari perhentian bas ke feri kurang mesra kepada warga tua kerana terlalu panjang jaraknya dan terlalu “steep”.

8)     Perkhidmtan feri larut malam dimansuhkan dan ini menyulitkan penumpang jalan kaki, penunggang motosikal dan bisikal.

9)     Bangunan perhentian bas di belah Butterworth yang telah terbakar dan masih belum dibina semula dan keadaan perhentian bas dan teksi sementara adalah dalam keadaan daif dan huru hara.

 

Semua kelemahan-kelemahan fasiliti di atas belum diatasi dan bagaimana ia boleh dikatakan manaikkan mutu perkhidmatan.

 

Tuan Yang diPertua, saya pernah mencadangkan kesemua feri yang sedia ada digunakan untuk memuat kenderaan kerana kapal ini direka “double deck vehicular feri”. Kalau deck atas memuat penumpang,

 

300 orang (maksima) x Rm0.60 = RM180

Kalau             35 buah kereta x RM7.00 = RM245  (lebihan RM65.00)

 

Jadi adalah lebih beruntung kalau deck atas dan bawah digunakan untuk memuat kenderaan.

 

Manakala penumpang jalan kaki boleh menggunakan speed boat seperti feri di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Sabah, dan Sarawak. Ini menjimatkan masa dan lebih selesa.

 

Saya juga pernah mencadangkan supaya pengkalan Sultan Abdul Halim di sebelah Butterworth yang runtuh pada 1987 dijadikan pengkalan baru untuk speed boat.

 

Baru-baru ini saya dengar bahawa kerajaan telah mula melaksanakan cadangan tersebut di atas iaitu:

 

(i)             mengubahsuai feri jadi double decker kenderaan,

(ii)            membina pengkalan baru  untuk speed boat, dan

(iii)            membeli empat buah speed boat penumpang

 

Saya meminta kerajaan mengesahkan berita-berita seperti di atas samada benar atau hanya merupakan khabar angin belaka.

 

Tuan Yang diPertua, dengan meningkatkan efisiensi mengurangkan kos operasi dan menarik lebih ramai pengguna menggunakan feri, saya pasti perusahaan perkhidmatan feri di antara Pulau Pinang dan Butterworth pasti akan membawa perubahan dari segi kerugian malahan membawa perkhidmatan yang lebih mesra, cekap dan selesa bagi para penumpang feri dan akhir sekali saya merujuk kepada laporan seuruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang tahun 2003 mukasurat 49 Bab (iii) market risk:

 

“The main customer of PPC is PPSB , whereby all the shares are wholly-owned by the government (Ministry of Finance). The main activities of PPC are more focused on national interest and does not aim for profitably alone.”

(25/4/2005)


* Lim Hock Seng, Ahli Parlimen DAP kawasan Bagan