BM 中文 English

Ketetapan Cawangan 2008

1. Pencadang: Cawangan Bentayan; Penyokong: Cawangan Bakariah

MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengatur strategi dan mengambil langkah untuk meningkatkan bilangan ahli-ahli kaum Melayu dalam Parti dan menarik sokongan masyarakat Melayu terhadap perjuangan DAP.

2. Pencadang: Cawangan Taman Gembira Klang; Penyokong:Cawangan Pasar Pandamaran

MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat menimbangkan cadangan untuk menghadkan seseorang calon DAP bertanding di satu kawasan sahaja dalam pilihanraya umum dan seseorang pemimpin tidak harus memegang lebih dari dua jawatan kerajaan.

3. Pencadang: Cawangan Taman Paramount; Penyokong: Cawangan Damansara

a. MENYERU kepimpinan Parti memastikan kedudukan ketiga-tiga buah parti komponen dalam Pakatan Rakyat adalah sama rata tanpa ada mana-mana parti yang menjadi tunjang dalam Pakatan Rakyat.

b. MENYERU semua wakil rakyat DAP supaya sentiasa mematuhi dasar-dasar Parti dalam menjalankan tugas awam.

c. MENDESAK Kerajaan Persekutuan membebaskan kelima-lima orang pemimpin Hindraf dan semua tahanan politik yang lain di bawah ISA.

d. MENDESAK Kerajaan Persekutuan memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan.

e. MENYERU kerajaan memberikan layanan yang adil terhadap semua aliran persekolahan di Malaysia khususnya kepada SJKC dan SJKT dan membina SJKC dan SJKT mengikut keperluan masyarakat.

f. MENYERU kerajaan menyediakan sistem pengangkutan awam yang koheren dan mampu dibiayai oleh orang awam berikutan kenaikan harga minyak.

g. MENYERU semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sistem tender terbuka utuk semua projek awam kerajaan negeri.

4. Pencadang: Cawangan Jalan Bendahara; Penyokong: Cawangan Kg Simee Baru

a. MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat menambahbaik organisasi Parti serta memperlicinkan proses pendaftaran ahli-ahli baru.

b. MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat mengambil tindakan disiplin yang tegas ke atas pemimpin atau ahli yang merosakkan nama baik Parti menerusi media massa.

5. Pencadang: Cawangan Sibu; Penyokong: Cawangan Lanang

MENDESAK Kerajaan Negeri Sarawak supaya menuntut daripada Kerajaan Persekutuan kenaikan royalti petroleum dari 5% kepada 20%.

6. Pencadang: Cawangan Padang Kota; Penyokong: Cawangan Kampong Kolam

MENDESAK supaya semua stesen Petronas menjual NGV demi menyokong usaha kerajaan melindungi alam sekitar serta mengurangkan kesukaran rakyat yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak petrol.

7. Pencadang: Cawangan Maharani; Penyokong: Cawangan Bukit Gambir

MENDESAK kerajaan supaya menghormati hak berhimpun secara aman rakyat Malaysia demi melahirkan suara hati mereka; menghapuskan peraturan-peraturan di mana rakyat dikehendaki mendapatkan permit polis sebelum boleh berhimpun secara aman.

8. Pencadang: Cawangan Bukit Gambir; Penyokong: Cawangan Taman Sri Jaya

MENCADANGKAN kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat supaya menyusun semula Jawatankuasa Displin Parti supaya bebas menangani aduan para ahli Parti.

9. Pencadang: Cawangan Bukit Koman; Penyokong: Cawangan Raub

a. MENDESAK supaya kerajaan Barisan Nasional menggunakan keuntungan Petronas sebaik-baiknya demi memperbaiki sistem pengangkutan awam, mengambil alih syarikat-syarikat lebuhraya dan mengurangkan kadar tol.

b. MENYERU supaya Menteri Pengangkutan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan swasta dan komersial demi menjaga kebajikan rakyat.

c. MENYERU semua Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya mengambil langkah menambahkan bilangan kakitangan awam bukan-Melayu.

d. MENYERU semua Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya membekalkan peruntukan yang sewajarnya kepada semua pertubuhan agama untuk membina tempat beribadat masing-masing.

e. MENYERU Kementerian Pendidikan supaya membuka Kolej Matrikulasi kepada semua pelajar Malaysia.

10. Pencadang: Cawangan Bukit Bintang Baru; Penyokong: Cawangan Brunei Pudu

a. MENDESAK supaya DAP dan Pakatan Rakyat membentuk dasar-dasar bersama dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan ekonomi untuk bersiap sedia mengambilalih kuasa kerajaan Persekutuan.

b. MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat supaya menambahkan penggunaan Bahasa Malaysia supaya memudahkan usaha merekrut lebih ramai ahli kaum Melayu ke dalam DAP.

Muat Turun Ketetapan CawanganMALAYSIA