MUKADIMAH

Kongres Kebangsaan DAP ke-16 peka dengan cabaran DAP, Pakatan Rakyat dan Malaysia di masa akan datang dalam perjuangan kita membentuk semula Malaysia menjadi sebuah negara yang demokratik, bersatu, saksama dan mapan, berpandukan nilai-nilai kebebasan, keadilan dan solidariti.
Kongres Kebangsaan DAP ke-16 memutuskan untuk menerima resolusi-resolusi berikut yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat untuk memandu hala tuju parti pada masa hadapan:

1. Impian Bangsa Malaysia

Menegaskan iltizam DAP kepada “Impian Bangsa Malaysia” yang dinyatakan di dalam Deklarasi Shah Alam yang diterima pada Kongres Kebangsaan pada 8 Januari 2012, walaupun tidak terhad kepada perkara di bawah ia termasuklah:

  1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
  2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
  3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan pada masa yang sama menjunjung kebebasan agama lain untuk diamalkan dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
  4. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.
  5. Menghormati Perjanjian Malaysia 1963 serta hak-hak yang dimiliki oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

2. Pendemokrasian

Untuk mengulangi pernyataan bahawa pendemokrasian penuh dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia membentuk teras agenda DAP untuk Malaysia yang bersatu, yang mana:

  1. Pendemokrasian akan mengambil tempat namun tidak hanya terhad di dalam proses politik, Parlimen dan Sidang Dewan Undangan Negeri, pihak berkuasa atau polis, kerajaan tempatan, proses pengetahuan, aturan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
  2. Menyedari pilihan raya yang bersih, bebas dan adil adalah keperluan paling penting demokrasi dan mengisytiharkan sokongan penuh terhadap tuntutan BERSIH untuk Pilihan Raya yang Bersih dan Adil; dan mengulangi pernyataan bahawa tiada pendatang asing sepatutnya diberikan hak untuk mengundi, terutamanya, berkenaan isu pendatang tanpa izin di Sabah.
  3. Memperbaharui seruan kepada amalan federalisme sebenar serta pengagihan kuasa pusat dan sumber-sumber kepada kerajaan negeri, termasuklah royalti minyak yang lebih tinggi untuk negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Terengganu, Kelantan dan Pahang; dan menyeru untuk sebuah Kerajaan Negeri yang dipilih secara demokratik bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Pakatan Rakyat

  1. Menegaskan keinginan DAP supaya diberikan mandat oleh pengundi Malaysia untuk berkhidmat sebagai teman yang bertanggungjawab di dalam kerajaan perikatan bersama Parti KeADILan Rakyat dan Parti Islam SeMalaysia dalam kerangka Pakatan Rakyat untuk mencapai agenda bersama yang dikemukakan di dalam Platform Dasar Bersama dan Buku Jingga.
  2. Menyatakan semula agenda Malaysia Pertengahan dan menyeru semua pemimpin, ahli dan penyokong DAP, PKR dan PAS untuk menumpukan kepada agenda bersama Pakatan Rakyat.

4. Ekonomi Solidariti

Menyedari bahawa dunia sedang berdepan dengan keadaan ekonomi bergolak yang memerlukan gagasan segar dan baru untuk maju ke hadapan, dengan itu keperluan untuk mengambil falsafah ekonomi yang bukan hanya berkhidmat untuk kroni tetapi dengan bersolidariti bersama 99 peratus majoriti rakyat, demikian untuk mewujudkan masyarakat yang saling berkongsi:

  1. Mengulangi pernyataan bahawa rasuah adalah halangan terbesar buat ekonomi Malaysia untuk bergerak ke tahap seterusnya dan menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk bebas sepenuhnya daripada pihak Eksekutif.
  2. Menyokong dasar ekonomi bersama Pakatan Rakyat yang digariskan di dalam Platform Dasar Bersama, Buku Jingga dan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat, yang menumpukan pada meningkatkan pendapatan seisi rumah golongan 60 peratus bawahan untuk merangsang permintaan domestik dan dengan itu ekonomi negara secara keseluruhannya.
  3. Dasar utama termasuklah dasar gaji minima, pengurangan kemasukan pekerja asing tidak berkemahiran; menghapuskan monopoli dan kronisme; ketelusan; dan peruntukan yang lebih baik untuk perkhidmatan awam yang penting (kesihatan awam, perumahan awam, pengakutan awam, pendidikan, kemudahan dan infrastruktur).
  4. Menyokong rangka kerja Agenda Ekonomi Saksama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rangka kerja Merakyatkan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang mensasarkan untuk mengecilkan jurang kekayaan dan pendapatan, menghapus rasuah, kronisme dan nepotisme, serta memberikan peluang sama rata, juga secara jujur membantu pihak yang lemah di dalam masyarakat.
  5. Menyeru sokongan yang lebih hebat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil sederhana (IKS) melalui pendanaan yang jujur, pengecualian cukai, geran dan bantuan untuk industri menaiktaraf teknologi dan kemahiran; dan untuk menghapuskan cukai yang agresif dan tidak mesra PKS/IKS.
  6. Menuntut usaha besar-besaran dalam membantu masyarakat miskin di Sabah dan Sarawak untuk mengatasi kemiskinan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Untuk menaiktaraf dan memperbaiki kemudahan di Sabah dan Sarawak bagi mengatasi jurang kawasan di antara negeri-negeri Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Dan menuntut dihapuskan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak yang telah menjadi punca kepada harga barangan yang tinggi.

5. Wanita

  1. Menyokong dasar Pakatan Rakyat untuk melepaskan potensi penuh wanita Malaysia, terutamanya, bagi mencapai sasaran 55 peratus penglibatan wanita di dalam tenaga kerja, memperbaiki jumlah sekarang sebanyak 46 peratus yang tidak berkembang. Dan menyeru dasar yang menyeluruh bagi memastikan pencapaiannya, termasuklah usaha besar-besaran menyediakan tempat penjagaan kanak-kanak dan sokongan berkaitan bagi mencapainya.
  2. Memuji Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menubuhkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang dan dasar-dasar pro-wanitanya.

6. Belia

  1. Menyokong dasar pendidikan tinggi percuma Pakatan Rakyat dan menyeru kepada komponen vokasional yang lebih bertenaga di tahap pendidikan pasca-sekolah menengah.
  2. Menyokong DAPSY yang menurunkan had umurnya daripada 40 tahun kepada 35 tahun bagi memastikan DAP terus menjadi parti politik paling bersemangat muda dan dinamik di Malaysia.

7. Kemapanan

Kemapanan kini adalah isu global paling penting dan menyokong keinginan DAP untuk menjadi pilihan bagi politik semulajadi untuk rakyat Malaysia yang merupakan aktivis alam sekitar;

  1. Menyeru Kerajaan Barisan Nasional untuk menghentikan operasi Lynas dengan segera, dan sekiranya tidak dihentikan maka pengundi Malaysia diseru untuk menggunakan pilihan raya akan datang sebagai pungutan suara kepada loji nadir bumi Lynas;
  2. Menyeru Kerajaan Barisan Nasional untuk menghentikan sebarang cubaan membina loji nuklear di dalam negara tetapi mempertimbangkan dasar tenaga Malaysia bagi memberi tumpuan kepada pemuliharaan dan pengurusan permintaan;
  3. Memuji pelbagai inisiatif Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam memperjuangkan agenda hijau.

8. Kadar jenayah dan pembaharuan polis

Menyedari keselamatan awam adalah kunci kepada masyarakat yang baik, dan masyarakat tidak dapat berfungsi tanpa kepercayaan, sama ada terhadap sesama sendiri atau terhadap institusi awam, terutamanya Polis; mengetahui bahawa kadar jenayah yang tinggi mengancam negara:

  1. Mengulangi seruan kami agar ditubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan perlaksanaan penuh 125 cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2005.

9. Kekhuatiran yang timbul

  1. Menyokong inisiatif Kerajaan untuk mengkaji semula hukuman mati mandatori bagi kesalahan dadah tetapi turut menyeru kepada kajian semula terhadap hukuman mati yang lebih luas.
  2. Menyeru Kerajaan Barisan Nasional untuk menghentikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipelopori-kroni.
  3. Menyeru Kerajaan Barisan Nasional untuk menamatkan masalah rakyat Malaysia tidak bernegara yang telah berlarutan terutamanya di kalangan kaum India.
  4. Menyokong kempen hak tanah adat/pribumi untuk kaum Iban dan kaum lain di Sarawak dan Kadazan Dusun Murut di Sabah, juga di kalangan Orang Asal di Semenanjung.
  5. Menyeru Kerajaan Barisan Nasional untuk menyatakan kesanggupan bagi menyelesaikan Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing di Sabah dan cadangan-cadangannya diambil tindakan dan diperbetulkan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

10. Pencalonan
Menyokong keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat pada 12 Mac 2012 bahawa secara umumnya terdapat dasar “satu calon, satu kerusi” tertakluk pada pengecualian yang perlu diuruskan berdasarkan kes-kes tertentu oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon mengikut pertimbangan strategik parti.

Muat Turun Ketetapan-ketetapan Jawatankuasa Tertinggi Pusat