BM 中文 English

Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat 2008

Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat yang disediakan dan dibentangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 23 Ogos, 2008:

Mandat bagi CAT

Menukarkan landskap politik melalui peti undi selalunya lebih berkesan daripada peluru. Yang pertama memenangi hati dan minda kaum lelaki dan wanita mengikut kehendak hati, manakala yang kedua bukan begitu dan menggunakan keganasan untuk memaksa penyerahan.

Pada 8 Mac 2008, rakyat Malaysia telah mencipta sejarah dengan undi mereka. Mereka mengundi untuk perubahan. Mereka mengundi DAP sebagai ejen perubahan mereka untuk memulakan suatu bab baru dalam politik Malaysia. Rakyat Malaysia mengundi untuk perubahan dengan jumlah yang begitu banyak sehingga mereka mewujudkan suatu tsunami politik yang menghapuskan majoriti dua per tiga BN dan membawa kepada kerajaan negeri baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor bersama-sama Kelantan.

Kita bertanggungjawab untuk memberi respons dengan mengubah Malaysia kepada suatu negara untuk semua orang dengan berdasarkan keperluan, kelayakan dan merit. Kita bertanggungjawab untuk mengamalkan pentadbiran baik dengan berdasarkan CAT – cekap, akauntabel dan telus – kerajaan CAT yang pertama di Malaysia.

DAP mencatatkan prestasi pilihan raya yang paling baik sejak pilihan raya umum 1969:

  • DAP hampir menggandakan undi suka ramai kebangsaan dari 9.7 peratus (atau 687,340 undi) dalam pilihan raya umum 2004 kepada 18.1 peratus dalam pilihan raya ini, memenangi 1,071,431 undi di seluruh negara;

  • Kerusi Parlimen DAP bertambah dari 12 kerusi dalam pilihan raya umum 2004 kepada 28 kerusi (daripada 47 kerusi yang ditandingi);

  • Kerusi negeri kita bertambah dari 15 kerusi dalam pilihan raya umum 2004 kepada 73 kerusi (daripada 102 kerusi yang ditandingi). (DAP mempunyai 79 kerusi negeri di seluruh negara jika kerusi di Sarawak dimasukkan);

  • Bersama-sama Parti KeAdilan Rakyat dan Parti Islam Se-Malaysia, Parti Pembangkang telah menafikan majoriti dua per tiga Barisan Nasional di Parlimen;

  • Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah, dan Kelantan sementara menafikan pegangan dua per tiga BN di dewan undangan negeri Negeri Sembilan;

  • DAP juga membuat pencapaian di Johor dan Sabah (Tahun 1990 merupakan kali terakhir DAP mempunyai wakil rakyat di kedua-dua negeri) sementara memenangi lebih kerusi di Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Pahang serta memenangi kerusi pertama di Sabah.

Secara berkesan, negeri parti tunggal UMNO/Barisan Nasional telah pecah berderai. Sebagai gantinya, sistem politik dua perikatan telah diperlihatkan secara perlahan-lahan. Dengan kuasa terhad yang kita ada, ini menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan kepada pengundi-pengundi bahawa perubahan sebenarnya sedang berlaku.

Zaman DAP yang akan datang

Setelah bertahun-tahun berjuang demi suatu sebab yang mulia, sentiasa berjalan dengan sendiri, ideal dan rayuan kita diterima oleh lebih ramai rakyat Malaysia. Selain daripada pencapaian dalam pilihan raya, pilihan raya pada 8hb Mac memperlihatkan zaman DAP yang akan datang:

  • Perwakilan jantina yang lebih banyak. DAP menurunkan 19 orang calon wanita di seluruh negara, kini 14 orang telah terpilih sebagai wakil rakyat.

  • Perwakilan pelbagai kaum yang lebih banyak. Kita menurunkan jumlah calon India yang paling ramai berbanding dengan mana-mana parti politik di Malaysia. Hampir 30 peratus daripada calon kita merupakan kaum India dan kini terdapat 7 orang Ahli Parlimen dan 12 orang ADUN yang merupakan kaum India.

  • Generasi baru. Satu per tiga daripada calon-calon DAP berumur di bawah 30 tahun. Antara wakil rakyat kita, lebih daripada satu per tiga adalah di bawah umur 40 tahun.

  • Memperluaskan rayuan DAP. Anggaran menunjukkan bahawa calon-calon kita telah mendapatkan secara purata 20 peratus atau lebih daripada undi Melayu di kawasan bandar.

Dengan keluarga yang menjadi besar, suatu keahlian daripada pelbagai latar belakang yang mewakili rakyat Malaysia, inilah masa yang paling baik untuk menggerakkan parti ke arah merealisasikan impian Utamakan Malaysian.
Mengingati akar umbi kita

Sebelum kita menghadapi masa depan kita, adalah penting kita tahu dari mana kita datang supaya kita tahu di mana kita mahu pergi.

Saya ingin berhenti di sini untuk memberi penghormatan kepada semua pemimpin dan ahli yang berusaha tanpa mengenal letih untuk parti dan negara.

Sama ada hujan atau hari panas, ahli-ahli akar umbi kita telah bersama-sama kita tidak boleh tidak. Anda ialah pahlawan yang tidak disanjung tetapi membantu parti untuk terus hidup dalam tempoh yang malap.

Sejak penubuhan DAP, ia telah mengalami penindasan politik demi penindasan politik. Ramai pemimpin pada suatu masa dahulu telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dahsyat atau menghadapi ugutan dan buli; penindasan dan pemangsaan; perampasan dan hukuman kewangan.

Ini adalah wajar untuk saya, bagi pihak parti, merakamkan simpati dan solidariti terhadap ahli keluarga 5 orang tahanan Hindraf – P. Uthayakumar, M Manoharan, R Kenghadharan, V Ganabatirau and T Vasanthakumar. Kita menyeru kerajaan supaya membebaskan mereka dengan segera tanpa sebarang syarat.

Sesetengah penderitaan peribadi yang dialami orang tahanan yang lalu mungkin telah berlepas. Akan tetapi, ini menjadi misi bersama kita untuk memastikan anak-anak kita dan generasi pemimpin politik akan datang tidak perlu mengharungi pengalaman pahit yang sama.

Reputasi DAP sebagai penjaga rakyat telah dibina melalui kejujuran moral pemimpin-pemimpin kita yang tidak pernah goyah semasa menghadapi kuasa kejam UMNO/Barisan Nasional dan sistem negeri mereka.

Bagi mereka yang telah meninggal dunia, seperti Sdr. P.Patto and Sdr. Ahmad Nor, kita akan meneruskan perjuangan anda. Sehubungan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melaporkan pemergian Sdr. Mohd Nor Jetty, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang pertama, di mana saya telah memetik artikelnya dalam ucapan saya di Ulang tahun DAP ke-40 pada bulan Mac 2006.

Mereka merupakan tokoh-tokoh unggul daripada pelbagai latar belakang kaum yang menjadi bukti komitmen DAP terhadap politik pelbagai kaum sejak penubuhannya pada tahun 1966 walaupun terdapat banyak tuduhan yang menyatakan keadaan sebaliknya.

Dalam negeri-negeri di mana kita merupakan sebahagian daripada kerajaan, DAP berkomitmen untuk melihat pertumbuhan ekonomi yang dinamik melalui kepemimpinan yang membawa pembaharuan dan pentadbiran CAT.

Dengan berpandukan ideal demokratik sosial kita, kita berkomitmen untuk memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi di antara rakyat supaya pertumbuhan tidak membawa ketidaksamarataan, kewujudan kekayaan diikuti pengagihan kekayaan yang sama. Inilah ikrar kita untuk melihat tiada sesiapa pun yang ditinggalkan.

Pasukan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat yang akan menamatkan jawatannya, dan dipilih hampir empat tahun yang lalu pada 4 September 2004. Sokongan pilihan raya terhadap DAP yang diperbaiki merupakan testimoni usaha, dedikasi dan kesetiaan mereka terhadap parti, dan yang paling penting, semangat kepasukan.

Sesetengah peristiwa penting dalam tempoh JTP ini termasuklah:

  • Pada tahun 2005, parti berkempen untuk pemulihan Undi Ketiga dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan;

  • Pada bulan Mac 2006, kita merayakan Ulang tahun DAP ke-40 dan melancarkan perjuangan “Utamakan Malaysian” fasa kedua untuk DAP, dengan matlamat untuk mengubah parti dalam tempoh 40 tahun yang akan datang, memupuk generasi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli seterusnya, dan mencapai pengundi yang tidak mengikut kelaziman. Perlembagaan parti telah dipinda untuk menyatakan 18 matlamatnya untuk mewujudkan suatu Malaysia yang lebih baik;

  • Pada bulan Mei, suatu kongres khas telah diadakan dengan tema “Sama-sama Berjaya Utamakan Malaysian”, di mana Perlembagaan parti dipinda untuk membenarkan penangguhan pilihan raya parti yang diadakan sekali dalam tiga tahun dan strategi-strategi pilihan raya umum telah dibahaskan;

  • Dua sesi persidangan pemimpin di Cameron Highlands pada Januari 2006 dan Januari 2007 juga menyumbang kepada persefahaman mendalam di antara pemimpin-pemimpin kebangsaan dan negeri atas keperluan parti untuk memberi nafas baru dan menjalankan pembaharuan;

  • Menumpu kepada pembinaan kapasiti dengan memperkenalkan pengurusan moden dan teknik-teknik pilihan raya seperti yang ditunjukkan oleh maskot pilihan raya DAP, klip video, lagu dan tema kempen pilihan raya umum;

  • Kempen pengambilan ahli yang bersepadu dalam profesional dan aktivis NGO yang muda dan terkenal untuk menonjolkan imej moden yang mesra rakyat;

  • Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Ibu Pejabat Kebangsaan, Sdr. Fong Kui Lun, Sdr. Tan Kok Wai, Sdri. Teresa Kok dan saya, serta pemimpin-pemimpin dan penderma-penderma lain, memainkan peranan penting dalam pengubahsuaian Ibu Pejabat Kebangsaan untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan moden demi menyesuaikan dengan perkembangan jentera parti;

  • Pemulihan alat parti, Majalah Rocket sebagai terbitan berkala yang tetap di bawah kepemimpinan Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Sdri. Teresa Kok juga diperlihatkan dalam tempoh empat tahun ini. Hari ini, kita menerbitkan tiga bahasa, iaitu bahasa Malaysia, Cina dan Inggeris, sebulan sekali, dan Tamil sekali-sekala; Majalah Rocket;

  • Dalam konteks ini, sumbangan pekerja-pekerja di Ibu Pejabat Kebangsaan dan pejabat-pejabat lain di seluruh negara harus dihargai.

Walau bagaimanapun, dua pencapaian terbesar pasukan JTP yang akan menamatkan jawatan ialah semangat kepasukannya dan keupayaannya mengambil ahli-ahli baru dan pemimpin-pemimpin lelaki dan wanita yang berkaliber, dan menyediakan suatu platform yang mereka inginkan untuk berkhidmat kepada parti dan negara.

Parti Aliran Utama

Ramai di antara anda yang tidak percaya akan saya apabila saya mengumumkan bahawa kita tidak mahu menjadi parti pembangkang sepanjang masa tetapi rakan kongsi yang berkuasa. Hari ini, kita berada di ambang membawa parti ke peringkat yang seterusnya, tempoh 40 tahun yang akan datang. Akan tetapi, beberapa tahun yang akan datang adalah tempoh yang paling penting untuk menentukan sama ada kita dapat menjadi suatu parti kebangsaan yang sebenar dan rakan kongsi dalam kerajaan Persekutuan.

Kita mesti mengubah DAP kepada suatu parti aliran utama yang dapat dilihat oleh kebanyakan rakyat Malaysia sebagai berupaya menyediakan kepemimpinan yang kuat dan membawa pembaharuan dengan paras integriti yang paling tinggi.

Pertama, integriti merupakan kepercayaan kita. Jalan yang diambil merupakan perjalanan yang kurang diamalkan kerana kita memilih untuk berada dalam politik bukan untuk kepuasan dan kekayaan diri, tetapi ideal dan kasih sayang terhadap negara kita. Integriti menjadi tanda dagangan kita bagi tempoh 42 tahun yang lalu tetapi kita mesti mengingatkan diri bahawa kuasa merupakan ujian utama bagi integriti, tidak kira betapa terhadnya kuasa itu.

Kedua, kita ialah parti untuk semua orang dan bukan untuk ahli-ahli kita sahaja. Biarlah kita jelas bahawa tanpa sokongan daripada ahli-ahli UMNO, MCA, MIC dan Gerakan yang bersungut dan kecewa., kita tidak akan memenangi begitu banyak kerusi, dan dengan margin yang begitu besar. Dalam negeri-negeri di mana kita mentadbir, kita mesti menandakan suatu paradigma baru dalam pentadbiran yang memperjuangkan kebaikan umum yang bersama dan mengetepikan hubungan kaum, fahaman, agama dan politik.

Ketiga, kita mesti melibatkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk persefahaman kebudayaan yang lebih mendalam terhadap pelbagai kaum dalam masyarakat kita, dan kesensitifan dan kebijaksanaan yang lebih tinggi dalam penglibatan dengan pengundi-pengundi yang tidak mengikut kelaziman.

Dalam pilihan raya ini, DAP telah mengubah dirinya sebagai parti pilihan kaum wanita, muda dan kaum Cina dan India, dengan sokongan orang Melayu yang cukup banyak di kawasan bandar. Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan Melayu bergantung pada prestasi kita sebagai rakan kongsi berkuasa di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Terutamanya sebagai kerajaan utama di Pulau Pinang, membuktikan bahawa kita boleh menjaga orang Melayu dan menunaikan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 50 tahun. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkomitmen untuk menghapuskan kemiskinan yang keterlaluan di Pulau Pinang, cuba melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh BN dalam masa 50 tahun dengan masa satu tahun. Jika kita berjaya, kita akan mengambil langkah pertama yang penting untuk menarik sokongan teras orang Melayu yang agak besar.

Cabaran kita ialah menggabungkan sokongan yang sedia ada sementara mencapai orang Melayu di kawasan bandar secara intensif, serta Bumiputra di Sabah dan Sarawak.

Suatu masa dahulu, nampaknya ini adalah tidak mungkin untuk berhubung dengan orang Melayu kerana akhbar Melayu aliran utama yang dikawal terus memburuk-burukkan DAP dan kekuasaan UMNO yang tidak dapat ditawan di kampung. Kita berasa senang hati kerana Internet telah membuka kemungkinan baru untuk kesedaran politik dan dua per tiga daripada rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar di mana kecemerlangan UMNO sebagai parti kawasan luar bandar adalah paling lemah.

Ini merupakan suatu cabaran besar bagi kita, tetapi juga suatu peluang besar untuk mengubah Malaysia dengan membolehkan rangkuman DAP yang lebih meluas dari segi kaum.
Organisasi

DAP yang menyertai pilihan raya 2008 sebagai suatu pasukan yang bersatu dan berpadu tentunya menyebabkan pelawan-pelawan kita iri hati. Kita mengambil bahagian dalam pertandingan itu dengan pasukan yang bermotivasi tinggi yang terdiri daripada veteran yang dihormati, pemimpin-pemimpin eselon kedua yang dihargai, orang muda yang membuat pencapaian, serta aktivis-aktivis sosial yang merupakan pemimpin-pemimpin komuniti dalam bidang mereka sebelum melibatkan diri dalam politik.

Adalah penting untuk mengingatkan diri bahawa sama seperti parti komponen Barisan Nasional yang kita tewaskan, mereka dikalahkan oleh pelbagai lebihan sendiri, sabotaj dalaman, kegagalan untuk memberi nafas baru, dan ketidakupayaan untuk memenuhi permintaan pengundi yang berubah lebih cepat daripada mereka.

Jika kita tidak mahu melihat nasib menyeksa yang menimpa sesetengah parti komponen BN berlaku ke atas DAP pada masa akan datang, kita mesti terus menjadi suatu pasukan yang kuat dan berkomitmen kepada ideal dan prinsip-prinsip kita.

Semua wakil rakyat dan pemegang jawatan awam yang dilantik mesti sedar bahawa mereka dipilih atau dilantik atas saranan parti. Kita cuma individu sahaja jika bukan kerana parti. Maka, kita mesti mengutamakan kepentingan parti dan rakyat.

Mandat yang kita terima daripada pengundi Malaysia merupakan suatu undi untuk perubahan yang lebih baik, dan suatu mandat untuk pentadbiran CAT. Ini bukan suatu pungutan suara bagi mana-mana individu atau klik. Kita mesti sentiasa mengingatkan diri bahawa mandat itu boleh ditarik balik oleh rakyat dan pengagungan kedudukan individu atau politik berklik merupakan sesuatu yang pengundi tidak mahukan daripada DAP.

Tiada organisasi yang dapat terus hidup di dunia ini untuk tempoh yang panjang tanpa sentiasa mengemukakan idea baru dan tenaga baru untuk menggambarkan perubahan dalam masyarakat. Akan tetapi, amat jarangnya organisasi berubah tanpa kesengsaraan.

Dalam keadaan yang sempit, bagi ahli-ahli baru dan sedia ada, pengalaman selepas 8 Mac sebenarnya merupakan suatu kejutan kebudayaan. Jumlah ahli-ahli baru yang menyertai parti meningkat dengan cepat, maka ini akan mengambil sedikit masa untuk ahli-ahli supaya mengenali antara satu sama lain, dan untuk ahli-ahli baru menghargai sumbangan DAP yang lalu dan aspirasi masa depan. Bagi wakil rakyat dan ahli-ahli dalam negeri-negeri di mana kita menubuhkan kerajaan, ini merupakan suatu lengkungan pembelajaran yang curam untuk belajar menjadi kerajaan setelah bertahun-tahun dianggap sebagai parti pembangkang selama-lamanya.

Walaupun terdapat kesusahan untuk mencampurkan ahli-ahli lama dan baru, kita mesti terus meningkatkan keahlian parti untuk memperluaskan kumpulan bakat kita, serta pencapaian kita terhadap pengundi yang tidak mengikut kelaziman. Pada masa yang sama, kita mesti berjuang untuk memastikan bahawa kita tidak terperangkap dalam kesulitan pelawan kita di mana keahlian besar telah menjadi punca persengketaan dalaman dan politik naungan yang akhirnya mengakibatkan penyingkiran mereka oleh pengundi yang kecewa.
Perubahan sedang berlaku

Izinkan saya memberi jaminan kepada anda bahawa perubahan sedang berlaku dalam negeri-negeri di mana kita mentadbir, dan dalam takat yang sedikit, Barisan Nasional adalah begitu berat hati untuk mengikut langkah kita.

Contohnya, dalam minggu pertama saya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, saya dikritik kerana memperkenalkan dasar Tender Terbuka. Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah menjadi orang pertama yang memperkenalkan sistem e-perolehan dalam negara ini untuk menghapuskan aktiviti-aktiviti yang tidak betul dan rasuah dalam proses tender.

Apa yang menakjubkan ialah Kerajaan Persekutuan, dalam keadaan yang terhad, mengambil keputusan bahawa konsesi pungutan tol di Jambatan Pulau Pinang yang kedua akan diberi melalui tender terbuka, yang dianggar akan menjimatkan wang negara sebanyak RM18 bilion dalam tempoh konsesi selama 45 tahun.

Kami percaya bahawa sebagai kerajaan, kita ialah penjaga kepentingan rakyat, dan bukan tuan mereka. Di Perak, penduduk-penduduk kampung Melayu terancang dan kampung baru Cina dibenarkan untuk mendapatkan hak milik pegangan kekal, generasi demi generasi setelah mereka menetap di situ. Di Pulau Pinang, suatu dasar serupa telah diperkenalkan untuk perumahan kediaman dan tanah-tanah komersial dibenarkan untuk melanjutkan pajakan mereka kepada 99 tahun.

Kerajaan Persekutuan membalik-balikkan dasar ekonomi yang merupakan pertanda buruk bagi pelaburan dan untuk memastikan peluang dan sumber disediakan secara sama rata. Kenaikan harga minyak pada bulan Jun 2008 merupakan suatu contoh. Kerajaan Persekutuan telah menaikkan harga minyak, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi bayaran tunai sebanyak RM100 kepada penduduk-penduduk yang lebih miskin sebagai suatu tanda bahawa kita masih mengingati mereka menjelang kesusahan mereka, walaupun kita mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Sebenarnya, sumber yang boleh dipercayai mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang bertimbang untuk menerima cadangan DAP untuk mengongsi kekayaan Petronas dengan kelas pertengahan dan strata penduduk yang lebih miskin dalam bajet akan datang. DAP mencadangkan pemberian tunai sebanyak RM6000 setiap tahun kepada keluarga yang mempunyai pendapatan rumah tangga yang kurang daripada RM6000 sebulan manakala individu yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3000 sebulan akan diberi RM3000 setiap tahun.

DAP, tanpa segan silu, merupakan suatu parti demokratik sosial yang menyokong pertumbuhan, mesra perniagaan dan industri.

Model ekonomi Barisan Nasional penuh dengan kepentingan peribadi yang mengorbankan kebaikan awam dan strategi meluas. Kita percaya bahawa urusan kerajaan ialah keluar daripada bidang perniagaan. Ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewujudkan suatu suasana yang membolehkan sektor perniagaan bersaing antara satu sama lain dan menyumbang kepada ekonomi secara positif serta kebajikan seluruh masyarakat melalui prinsip CAT, yang mesti memasukkan komitmen terhadap suatu kehidupan yang boleh dikekalkan dan empati terhadap mereka yang memerlukannya. Dan kita sedang menuju ke arah memulakan suatu paradigma baru dalam perkongsian awam-swasta demi kebajikan masyarakat yang lebih baik.

Titik perubahan seterusnya

Suatu titik perubahan ialah masa ajaib apabila suatu idea, aliran, atau tingkah laku sosial menjangkaui ambang dan hujung serta tersebar dengan cepat. Prinsip CAT merupakan jawapan kita bagi titik perubahan seterusnya. Kita bukan sahaja menyebarkannya sejauh dan kepada orang sebanyak mungkin, kita juga mesti merealisasikannya dalam pentadbiran.

Titik perubahan seterusnya kemungkinan besar ialah pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa 24 bulan yang akan datang. Adakah kita bersiap sedia dari segi organisasi dan kewangan, bersedia untuk menunjukkan prestasi baik seperti dalam pilihan raya negeri yang lalu? Ini merupakan suatu ujian besar yang seterusnya bagi kita.

Suatu perkara akhir yang patut disebutkan ialah DAP menerima Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia alternatif dan berkomitmen terhadap kerjasama di antara parti-parti Pakatan Rakyat dengan berdasarkan penggalakan pentadbiran CAT serta merealisasikan impian Utamakan Malaysian. Kita tidak akan menerima pemimpin lain. Akan tetapi, kita tidak akan menerima mana-mana ideologi yang memecah-belah yang menyebabkan suatu kumpulan rakyat Malaysia beradu dengan yang lain.

Untuk mendapatkan sokongan rakyat, kita mesti menunjukkan apa yang kita boleh capai dan laksanakan. Aspirasi yang tiada pencapaian, ini tidak bererti dan hanyalah janji kosong. Inilah sebabnya kita mesti menjalankan janji itu dan membuktikan bahawa kita dapat menunaikannya.

Untuk mencapai matlamat kita, kita mesti bersatu padu dan bekerjasama sebagai sebahagian daripada pasukan. Ingat, pasukan (TEAM) bermaksud “Bersama-sama Membuat Pencapaian Lebih (Together Each Achieves More). Kita harus dapat membezakan pemimpin-pemimpin yang hanya bercakap tetapi tidak bertindak. Pemimpin-pemimpin mesti menunjukkan teladan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dengan menghadiri mesyuarat dan menyertai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli lain. Tidak kira betapa bijak seseorang individu, tanpa semangat kepasukan, kita tidak akan berjaya. Biarlah kita memupuk semangat kepasukan, persahabatan dan perpaduan dengan menyokong dan bukan meruntuhkan orang lain.

Izinkan saya membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa kewujudan DAP dalam politik Malaysia adalah untuk menyediakan suatu kepemimpinan beretika dan bermoral yang menyatakan dan memberi keyakinan, harapan dan kasih sayang; di mana rakyat mempunyai keyakinan bahawa kerajaan ada di situ untuk membantu dan bukan mencederakan mereka; kerajaan mesti memberi harapan kepada generasi muda bahawa terdapat suatu masa depan yang cerah dengan peluang yang sama, pertandingan yang saksama dan keadilan sosial; dan kerajaan mereka menunjukkan kasih sayang terhadap rakyat dengan berdasarkan maruah manusia, belas kasihan dan masyarakat penyayang.

Muat Turun Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat