Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat

1. Tanggal 17hb Januari 2010 di Ipoh, Perak, berkumpulnya wakil-wakil Parti Tindakan Demokratik di sini pada penghujung “Dekad Sesat” Malaysia yang juga merupakan permulaan satu dekad baru, ketika negara disebelungi krisis nasional yang tidak putus-putus, untuk mencartakan masa depan yang baru untuk Malaysia.

2. Semenjak Kongress Nasional ke-5 yang berlangsung pada 23hb Ogos 2008, banyak peristiwa telah berlaku, dan pada Persidangan ini yang membawa bersama darah, peluh, air mata, dan, dengan harapan adanya, kekuatan pada penghujung terowong, terutamanya :

  • Kematian Sdr. Teoh Beng Hock yang merupakan detik paling memilukan dalam sejarah DAP; kita akan berusaha menuntuk keadilan untuk beliau, kita tidak akan lupakan Beng Hock;

  • Rakan-rakan kita, di antaranya Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung, Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, serta pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli di peringkat kebangsaan, negeri dan cawangan, yang telah ditahan, disiasat, dituduh dan didakwa atau sedang menghadapi risiko sedemikian; kita akan memberika sokongan padu untuk mereka;

  • Perebutan kuasa di Perak yang keci, tidak demokratik dan tidak sah di sisi undang-undang amat menyedihkan kita, tetapi pada masa yang sama turut menguatkan keazaman kami berjuang untuk demokrasi dan keadilan.

Pencapaian

3. Sepanjang tahun lepas, DAP telah menerajui kempen mengenai berbagai isu nasional yang menjejaskan Malaysia, dan berjaya memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya. Ketabahan dan usaha gigih Parti sejak tahun 2007 yang mengenakan tekanan berterusan ke atas Kerajaan supaya mendedahkan kisah benar mengenai skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang bernilai RM12.5 billion, telah berjaya menghasilkan sebuah laporan audit oleh Pricewaterhouse Coopers, satu penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam yang menyeluruh serta mengakibatkan beberapa orang yang terlibat dalam skandal berkenaan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan dokumen-dokumen akaun. Kerajaan juga bejanji bahawa ramai lagi yang berkait dengan skandal PKFZ akan turut didakwa.

DAP turut melancarkan kempen anti-ISA yang akhirnya berjaya memaksa kerajaan supaya melepaskan rakan-rakan kita Sdr M Manoharan dan Sdr V Ganabathirao, pemimpin-pemimpin Hinraf serta tahanan-tahanan ISA yang lain.

Parti kita juga berdiri di baris hadapan untuk mengemukakan cadangan-cadangan konstruktif untuk menyelesaikan masalah-masalah nasional yang berlarutan. Pada awal 2009, DAP telah mengemukakan cadangan bernas untuk membeli balik konsesi-konsesi tol yang mengaut keuntungan berlebihan daripada rakyat jelata setelah Kerajaan mendiklasifikasi kontrak-kontrak konsesi tol berkenaan. Kita juga telah melancarkan Bajet Alternatif 2010 yang bertujuan mengiatkan semula serta menukarkan asas ekonomi Malaysia, supaya dapat memulihkan pertumbuhan ekonomi negara dan menunaikan potensi kita.

4. Sejak Kongres Parti yang lepas, DAP terus berkembang dengan pesat sekali. Jumlah ahli kita bertambah lebih daripada 50% dan bilangan cawangan yang berdaftar kini mencecah rekod 700 buah. Parti bertekad untuk merekrut lebih ramai lagi ahli yang mempercayai prinsip-prinsip demokrastik sosial kita serta mereka yang berupaya membantu kita merealisasikan visi kita untuk membentuk pentadbiran kerajaan yang Cekap, Akauntabel dan Telus.

Selepas pilihan raya umum March 2008 yang sungguh merangsangkan itu, DAP turut bekerja keras bersama-sama rakan-rakan baru sehaluan kita dan hari ini kita berjaya mengeratkan lagi hubungan bersama rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Keazaman kita untuk membuktikan bahawa mereka yang tidak berkeyakinan terhadap kita adalah silap, dan bahawa Pakatan baru ini dapat mengharungi krisis-krisis dalaman serta serangan daripada Barisan Nasional, telah menampakkan hasil berikutan dengan berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat pertama yang turut melancarkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Analisa Makro

5. Di antara Kongres Ogos 2008 dan sekarang, dunia sudah banyak berubah.

Krisis kewangan telah mengakibatkan penganjakan kuasa global yang belum pernah berlaku dalam dekad-dekad terdekat. Rantau Asia kini pesat berkembang sementara Amerika Syarikat, destinasi export Malaysia selama sekurang-kurangnya empat puluh tahun, tidak lagi memerlukan begitu banyak barangan buatan Malaysia. Kita perlu tukar penekanan dalam ekonomi kita – dari sebuah ekonomi pembuatan yang berkhidmat untuk kelas pekerja rakyat Amerika Syarikat kepada satu ekonomi yang membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan barangan tambah-nilai kepada kelas pertengahan di Asia dan lain-lain kawasan.

6. Akan tetapi Malaysia sudah hilang hala tuju di dalam Aturan Dunia Baru (New World Order). Dunia pula tidak akan menunggu kita. Kini,berita mengenai Malaysia hanya akan muncul di pentas antarabangsa apabila berlakunya perkara-perkara buruk. Jika tidak, kita terus hilang daripada radar antarbangsa sama sekali. Keganasan keagaaman yang berlaku baru-baru ini adalah contoh terbaik.

Malaysia kini terjerat dalam kombinasi toksid kemahiran rendah, produktiviti rendah dan pendapatan rendah. Menurut laporan Bank Dunia, hanya 25 peratus daripada tenaga kerja kita yang terlibat dalam kerja berkemahiran. 60 peratus keluarga di Malaysia hidup dengan pendapatan bulanan yang kurang daripada RM3,000. Rakyat Malaysia yang berkemahiran kini megundi dengan kaki mereka sementara kerajaan kita pula tengah membiayai populasi pekerja asing yang tidak berkemahiran.

7. Dari segi pentadbiran, Malaysia adalah seperti sebuah keretapi tidak terkawal yang akan terhempas bila-bila masa sahaja.

Bajet nasional mengembung tiga kali dalam dekad yang lepas, perbelanjaan operasi melonjat hampir dua kali ganda dalam lima tahun yang terakhir. Dalam jangka masa yang sama, kakitangan perkidmatan awam persekutuan bertambah sebanyak satu pertiga daripada lebih kurang 900,000 sehingga hampir mencecah 1.3 juta orang.

8. Wahal, peningkatan perbelanjaan wang awam pula bertembung dengan kejatuhan ketara dalam pembekalan barangan dan perkhidmatan awam, di antaranya kemerosotan mendadak dalam segi keselamatan awam, kualiti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, serti mutu rendah kerja awam yang mengejutkan yang turut mengugat nyawa rakyat Malaysia dan masa depan negara.

9. Korupsi, kronisma, pakatan sulit dan pencurian terus terang yang dicerminkan dengan ketara dalam kes kehilangan dua injen jet pejuang dan lain-lain lagi skandal amat berleluasa hingga ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Kekayaan negara kita, khasnya dalam bentuk petrolium, telah pun dihauskan. Penswastaan sudah lama dibuktikan tidak berkesan dan hingga ke hari ini rakyat masih menanggung kesan buruknya.

10. Sikap ketabsuban, perkauman dan ketidak-toleransi keagamaan yang ujud selama beberapa dekad ini kini menonjolkan kesan pemusnahannya, sungguhpun Malaysia sepatutnya menjadi teladan antarabangsa sebagai sebuah negara di mana kepelbagaian etnik, kebudayaan dan agama wujud bersama dengan aman dan damai, bertoleransi, saling hormat-menghormati dan saling memahami.

11. Respon yang diberikan oleh kerajaan hanyalah inisiatif-inisiatif kosmetik yang diberikan nama-nama Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Petunjuk Prestasi Utama, tanpa sebarang semangat politik untuk menangani persoalan sebenar mengenai pembaharuan struktur yang mengambil kira ganjakan global dan keinginan rakyat Malaysia untuk suatu masyarakat yang lebih bebas, demokratik, adil dan saksama serta sebuah kerajaan yang bersih.

MUAFAKAT TRANSFORMASI MALAYSIA

12. Pendek kata, Malaysia sedang menantikan satu perubahan yang besar tetapi ujudnya kekosongan dalam segi kepimpinan. Bersama-sama dengan rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat, adalah merupakan tanggungjawab dan obligasi kita kepada rakyat Malaysia generasi ini dan juga yang belum sempat mengundi dan yang belum lagi dilahirkan untuk mengambil alih tanggungjawab kepimpinan demi membawa perubahan dan pembaharuan yang sebenar. Marilah kita mengulangi komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi menawarkan satu alternatif yang berdaya maju berbanding dengan Barisan Nasional dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan seterusnya berlandaskan Janji Dasar Bersama Pakatan Rakyat “Muafakat Rakyat”.

13. Kita seharusnya berupaya membawa pembaharuan yang substantif kepada negeri-negeri yang kita tadbir dengan segera. Prestasi kita, atau kekurangan prestasi kita, di negeri-negeri ini akan samada menggagalkan kita atau membawa kita ke kuasa nasional. Janganlah kita tersekat dengan perubahan kosmetik sahaja.

14. Kita tidak boleh menjadi pilihan pengundi hanya kerana kegagalan musuh tradisi kita yang sedang memusnahkan diri kerana pergaduhan dalaman setiap hari. Kita mesti menonjolkan daya tarikan kita yang dapat menggabungkan rakyat jelata.

15. Adalah penting sekali untuk faham bahawa hanya satu “middle ground” di dalam politik Malaysia dan “middle ground” inilah yang akan tentukan menang-kalah mana-mana pakatan yang akan diberikan peluang untuk mentadbir nanti.

16. Untuk memenangi “middle ground” ini, Pakatan Rakyat mestilah dilihat sebagai satu pakatan yang sederhana dan inklusif, dan kita mesti menjauhkan diri dan membezakan diri kita dari lawan kita yang eksklusif, rasis, dan ekstrimis.

DAP menekankan bahawa perpaduan negara yang sebenarnya hanya akan dapat dicapai sekiranya negara kita melaksakan semangat Malaysian Didahulukan yang mengutamakan nilai-nilai sejagat bersama iaitu demokrasi, kebebasan, keadilan, integriti dan kehormatan manusia, membekalkan peluang yang sama untuk semua, menghapuskan sebarang pemisah yang berlandaskan kaum, agama, latarbelakang serta gender, dan berhasrat untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadapi dunia yang berubah pantas.

Kita juga melahirkan rasa prihatin kita bahawa rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak telah dipinggirkan dan ketinggalan dalam semua segi, dan berjanji akan merapatkan jurang di antara dua belah Laut Cina Selatan dan memperbaiki kehidupan semua golongan.

18 bulan yang akan datang

17. Pilihan raya umum dijangka akan diadakan dalam tempoh 18 bulan yang akan datang dan pilihanraya peringkat negeri mungkin akan berlangsung di Sarawak dan Perak. Ini bagaikan satu pertaruhan yang amat tinggi risikonya. Keputusan pilihan raya kali ini akan menentukan nasib negara kita untuk dekad akan datang dan juga masa depan generasi depan.

18. Oleh itu, kita mestilah benar-benar bersedia supaya tidak mensia-siakan peluang untuk membawakan perubahan sebenar di Malaysia, supaya kita tidak akan menyalahkan diri sendiri di masa hadapan, dan anak-anak kita tidak akan menyalahkan kita kerana tidak berusaha cukup kuat. Justeru, saya mengarahkan para pimpinan dan ahli di semua peringkat parti supaya menggerakkan jentera masing-masing dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum dan barangkali pilihan raya negeri di Sarawak dan Perak.

19. Bagi memperkasakan jentera parti, di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengarahkan para pemimpin dan ahli di semua peringkat parti supaya memperkukuhkan organisasi parti di peringkat parlimen agar kita memiliki unit-unit yang lebih kuat dalam menghadapi pertempuran yang akan menentukan masa hadapan Malaysia.

20. Para pemimpin, wakil Rakyat dan pegawai-pegawai DAP yang dilantik di pelbagai pihak berkuasa negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat mestilah sentiasa berpegang kepada ideologi, janji-janji, visi dan misi serta rancangan-rancangan Parti dalam usaha kita untuk membawa perubahan besar kepada negara tercinta ini menerusi mandat yang diberikan kepada mereka, dan mesti sentiasa mengingati tanggungjawa untuk memenuhi harapan tinggi pengundi kita.

Muat Turun Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat