http://dapmalaysia.org Forward Feedback
DAP Menyeru Menteri Besar Perak membuat pengumuman menarik balik arahan larangan peniaga ayam menyembelih ayam di pasar awam dengan serta-merta agar peniaga di pasar awam tidak perlu risaukan sumber pendapatan mereka.
oleh
Su Keong Siong (Perak, Isnin):
YAB Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali patut
mengumumkan penarikbalikan arahan larangan peniaga ayam menyembelih
ayam di pasar awam dengan serta-merta agar peniaga di pasar awam tidak
perlu risaukan sumber pendapatan mereka. Menurut
aduan, arahan yang diberikan kepada peniaga ayam di pasar awam yang
melarang mereka menyembelih dan memproses ayam di pasar akan
berkuatkuasa mulai 14hb April ini. Walaupun
dialog telah diadakan di antara Persatuan Peniaga Ayam dengan pihak
Kerajaan Negeri dan Datuk Bandar di Majlis Bandaraya Ipoh, tetapi,
kesalnya, sehingga hari ini, keluhan dan kerisauan mereka masih belum
diambil peduli oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya ingin
menekankan di sini bahawa pihak saya dan juga peniaga ayam akan
memberi kerjasama kepada kerajaan negeri di dalam usaha mengawal
merebaknya virus selsema burung tetapi Kerajaan Negeri perlu
memastikan satu perancangan yang rapi serta teliti agar kepentingan
dan kerisauan peniaga ayam ini tidak terjejas dengan teruk. Datuk Seri
Mohd Tajol Rosli patut membuat pengumuman penarikbalikan arahan
larangan dengan serta-merta sementara satu penyelesaian yang
mengambilkira kesulitan peniaga ayam disediakan agar mereka tidak
berterusan berada di dalam keadaan kerisauan.
(10/04/2006)
*
Su Keong Siong, ADUN Kawasan Pasir Pinji |