YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin
Mohd Rustam,
20 April 2006.
Ketua Menteri Melaka,
Pejabat Ketua Menteri,
Blok Bendahara, Aras
4(Suite)
Seri Negeri, Ayer Keroh, 75450
Melaka.
DENGAN TANGAN
Yang Amat Berhormat,
Kegagalan Membereskan Baki Hutang RM
159,487.40 Untuk 9 Lawatan Kerja Ke Luar Negeri YAB Ketua Menteri
Dan Pang Fei Shing Berkaitan Dengan Penyata Akaun Pendahuluan
Pelbagai Kod 53301 Jabatan Ketua Menteri Melaka Setakat 31.12.05.
Saya merujuk kepada perkara di atas di
mana Penyata Akaun Pendahuluan Pelbagai Kod 53301 Jabatan Ketua
Menteri Melaka setakat 31.12.05 menunjukkan bahawa masih ada baki
hutang yang belum dibereskan oleh pihak YAB berkaitan dengan 9 lawatan
kerja luar negeri oleh YAB dan Encik Pang Fei Shing sebanyak RM
159,487.40.
Jumlah ini adalah hutang terkumpul sejak
8 lawatan kerja YAB dan satu oleh Encik Pang Fei Shing ke negara
berikut:
·
Amsterdam, Dublin, Cairo dan India
dari 15/10/2002 – 25/10/2002;
·
Jepun pada 17/3/2003-19/3/2003;
·
Zimbabwe dan Afrika Selatan pada
1/6/2003-7/6/2003;
·
London dan Sweden pada
21/9/2003-26/9/2003;
·
Sydney, Australia pada
22/4/2004-26/4/2004;
·
USA dan Dubai pada
4/1/2005-14/1/2005 bersama dengan anak isterinya;
·
New Zealand pada
9/6/2005-13/6/2005;
·
Perbelanjaan Pang Fei Sing dan
bukan YAB ke China pada 6/9/2005; dan
·
Thailand pada 13/12/2005.
Keseluruhan kos perbelanjaan lawatan
kerja dan makan angin dalam masa 3 tahun ini adalah sebanyak RM
473,637/-. Sebanyak RM 235,642.23 telahpun dibayar balik secara
langsung manakala RM 78,507.37 telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri
yang meninggalkan baki RM 159,487.40 ini yang belum dibereskan.
Ada 8 persoalan tentang baki hutang RM
159,487.40 ini yang masih belum dibereskan kepada kerajaan negeri:-
1.
Adakah jumlah baki ini merupakan
satu “advance” tambahan, selain daripada kos lawatan yang diaturkan
oleh syarikat pelancongan dan sudahpun dibayar oleh kerajaan negeri,
di mana ‘advance” ini diberikan untuk membolehkan perbelanjaan harian
di luar negeri;
2.
Adakah kelulusan pemberian
“advance” ini mengikut peraturan yang sah dan sahih dan nyatakan
peraturan ini?;
3.
Apakah jenis perbelanjaan yang
digunakan untuk “advance” ini iaitu adakah ia diaudit oleh Ketua Audit
Negara?;
4.
Siapa yang masih memegang baki
hutang ini?
5.
Siapakah yang sepatut membuat
bayaran balik, iaitu individu atau jabatan kerajaan?;
6.
Adakah perintah am kerajaan atau
peruntukan mana undang-undang telah disanggah ekoran kegagalan
membereskan baki hutang ini sejak 3 tahun lepas;
7.
Adakah benar bahawa setengah
lawatan kerja ini sebenarnya tidak lain dan tidak beza merupakan
lawatan makan angin khususnya lawatan mengelilingi dunia melalui
Amerika Syarikat dan Dubai yang makan perbelanjaan hampir RM 1 juta
dan diiringi oleh anak isteri YAB?; dan
8.
Apakah hasil dan faedah kepada
rakyat ekoran perbelanjaan besar ke atas lawatan kerja ini?
Demi kepentingan awam adalah perlu YAB
Ketua Menteri Melaka, yang meluluskan dan terlibat dalam lawatan kerja
dan “makan angin”, menerangkan dengan jelas perkara ini demi
menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan.
Jawapan awal adalah dihargai. Sekian
terima kasih
Yang benar,
LIM GUAN
ENG
SETIAUSAHA-AGUNG |