http://dapmalaysia.org Forward Feedback
Surat Terbuka Kepada YAB Ketua
Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam:
Memberhentikan Sistem Pengeluaran Saman Borong Oleh
MBMB Dan Menghapuskan Komisen 40 Sen Setiap Keping Saman Letak Kereta
Dan Trafik Demi Memastikan Saman Dikeluarkan Secara Beretika, Bermoral
Dan Sah Di sisi Undang-undang Dan Bukannya Dianggap Satu Insentif
Jualan Terus.
Media
Statement
by Betty
Chew Gek Cheng
(Melaka ,
Wednesday):
Bagi pihak penduduk rakyat bandaraya Melaka yang marah, kami ingin mendesak memberhentikan sistem pengeluaran saman borong oleh MBMB yang melonjak dari 7,000-9,000 keping sebulan sebelum pengswasataan ke 26,000 keping pada bulan Julai 2006 serta menghapuskan komisen 40 sen setiap keping saman letak kereta dan trafik demi memastikan saman dikeluarkan secara beretika, bermoral dan sah di sisi undang-undang. Kami difahamkan sistem baru letak kereta, pengeluaran saman dan komisen 40 sen setiap keping saman letak kereta selepas quota 50 saman telah menyebabkan bilangan saman naik melambung tinggi. Dari 7,000 sebulan ke 26,000 keping sebulan dalam masa 3 bulan merupakan kenaikan 3 kali ganda yang amat mengejutkan.
Ada 3 tujuan utama 3P dalam mengeluarkan saman sebagai hukuman denda. Satu pendidikan agar yang mana betul dan salah. Dua penguatkuasaan demi menghukum agar tidak mengulangi kesalahan dan ketiga sebagai proses pemulihan. Jelas sekali 3 tujuan ini langsung tidak tercapai dengan dasar MBMB menggalakkan pengeluaran saman secara borong baik sebagai satu dasar untuk memaksa pemandu lori menggunakan Tempat Letak Kereta Berat di Gangsa ataupun sebagai satu insentif untung dengan 40 sen sekeping saman.
Penambahan saman ke 26,000 sebulan dan mungkin naik lagi kelak jelas merupakan satu sumber keuntungan penting kepada MBMB. Ini memberikan gambaran MBMB beroperasi sebagai pengusaha jualan langsung dalam pengeluaran saman bukan untuk pendidikan, penguatkuasaan dan pemulihan. Ini tidak beretika, tidak bermoral dan mungkin salah di sisi undang-undang.
Oleh kerana sistem letak kereta dan trafik kerajaan tempatan yang baru ini direstui sendiri oleh YAB Ketua Menteri sendiri, adalah perlu YAB campur tangan menolaknya sebelum ia boleh dibatalkan oleh MBMB. Perlu diingatkan bahawa rakyat amat muak melihat telatah dan tingkah laku menentang sistem saman trafik dan kereta MBMB dengan lantang disuratkhabar Cina sungguhpun mereka telahpun menyokong kuat kelulusannya dalam mesyuarat MBMB.
Taktik kotor talam dua muka yang dimainkan oleh MCA hanya mengelirukan dan menyusahkan rakyat yang mahu mencari penyelesaian dalam kes ini. Oleh itu adalah diharapkan YAB boleh bersemangat demokrasi dengan menghormati hasrat rakyat mahukan sistem lama dipulihkan dan membuang sistem baru ini yang menyusahkan dan merugikan mereka. Sekian terima kasih.
(09/08/2006) *
Betty Chew Gek Cheng, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka Dan ADUN Kawasan Kota Laksamana |