http://dapmalaysia.org Forward Feedback
4 Cadangan Utama Untuk Mempertingkatkan Integriti Di Malaysia.
oleh
Ean
Yong Hian Wah. (Parlimen, Isnin):
20 Februari 2006.
Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Yang Berhormat-Yang
Berhormat,
4 Cadangan
Utama Untuk Mempertingkatkan Integriti Di Malaysia.
DAP Selangor ingin
mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan hasrat dan cita-cita
kita khususnya dalam membentuk sebuah masyarakat membina dan
maju yang berintegriti, bermoral dan beretika untuk meningkatkan
daya saing dan daya tahan negara.
Dengan itu, DAP
Selangor ingin mengemukakan cadangan-cadangan untuk
mempertingkatkan integriti di negara kita kepada Jawatankuasa
Pilihan Khas ini. Cadangan-cadangan ini adalah seperti yang
berikut:
Isu-isu spesifik
yang ingin dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ini.
DAP Selangor telah
membawa perhatian Pejabat Menteri Besar Selangor terhadap
perkara ini pada 15 September 2005 dan Pejabat Menteri Besar
telah membawa isu ini kembali kepada Majlis Perbandaran
Selayang. Pihak kami telah beberapa kali cuba mendapat maklumat
lanjutan dan maklum balas daripada MPS terhadap perkara ini
tetapi terus menemui jalan buntu.
Bersama-sama dengan
memorandum ini, dilampirkan surat aduan daripada DAP Selangor
kepada Pejabat Menteri Besar Selangor dan surat daripada Pejabat
Menteri Besar Selangor kepada MPS salinan kepada DAP Selangor.
DAP Selangor juga
ingin membawa perhatian Jawatankuasa ini terhadap lawatan sambil
belajar Kerajaan Negeri Johor yang didedahkan oleh Naib Presiden
DAP Johor, Norman Fernandez.
Seperti yang
dituntut oleh DAP Selangor, ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim serta
ADUN Sungai Pinang YB Teng Chang Khim dalam isu “belly
dancing Mesir” Jawatankuasa Kira-kira Awam Dewan Undangan
Negeri Selangor, rakyat berhak untuk tahu sama ada lawatan itu
benar-benar dilakukan dan membawa manfaat bermakna kepada
rakyat.
Jika terbukti ada,
kerajaan negeri mesti memberitahu rakyat tentang butir
terperinci dan hasil lawatan tersebut. DAP Selangor ingin tahu
bagaimana aturcara melawat pantai dan melihat pameran bunga,
boleh memberi faedah kepada rakyat.
Sebagai rumusan,
kerajaan tidak akan mencapai hasrat mewujudkan integriti dan
etika sebagai budaya hidup sekiranya kerajaan sendiri dianggap
sekadar “melepaskan batuk di tangga”.
DAP Selangor memang
bersedia membantu dan bekerjasama dengan YAB Perdana Menteri
tetapi selagi keempat-empat strategi yang digariskan di atas
tidak dilaksanakan, adalah agak sukar untuk merealisasi Tekad
2008.
Sekian, terima
kasih.
Yang benar
Ean Yong Hian
Wah.
Setiausaha DAP
Selangor.
(20/02/2006)
*
Ean Yong Hian Wah., Setiausaha DAP Selangor. |