http://dapmalaysia.org Forward Feedback
Keselamatan ialah aspek terpenting yang perlu dipraktik dan diutamakan tetapi ianya selalunya dilalaikan sehingga ianya dijadikan sebagai motto hiasan semata-mata.
(Puchong, Selasa):
Latar belakang.
DAP Selangor telah menerima aduan daripada
penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga dari Jalan Industri Pusat Bandar
Puchong 4 dan 6 bahawa sebuah tower crane yang didirikan oleh Pemaju
Utaria Development diatas sekeping tanah di Lot 3422 Mukim Petaling
yang berdekataan dengan tempat mereka telah mengancam keselamatan
nyawa mereka.
Saya telah pada 3hb Januari 2006 menulis sepucuk surat
aduan kepada Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Kerja
Selangor, Ir Muhtar Musri untuk membawa isu ini kepada beliau untuk
tindakan selanjutnya. Saya telah diberitahu beliau bahawa pegawainya
telah melawat ke temptat aduan dan telah meminta pemaju berhenti
menggunakaan tower crane berkenaan.
Tindakan sebegini adalah tidak mencukupi kerana tower
crane berkenaan perlulah dialihkan kerana tower crane berkenaan masih
boleh membuat putaran 360 darjah yang mana ini telah mengancam
keselamatan orang ramai.
Aduan ini juga berkaitan dengan satu gambaran yang
lebih besar yang mana ini bersangkut paut dengan bagaimana lalainya
konsep keselamatan kerja diambil berat di negara ini. Dalam kes
kematian Dr.Liew Boon Hong, pihak kerajaan hanya mengambil berat
terhadap konsep ini.
Tindakan serta-merta dan penguatkuasaan penuh perlu
diambil.
DAP Selangor ingin menyampai takziah kami kepada
keluarga Dr Liew yang meninggal dunia pada usia yang
begitumuda.Walaupun begitu, kematian beliau telah membawa kepada
betapa lalainya pihak kerajaan dan kontraktor serta pemaju dalam
mengutamakan keselamatan di tapak pembinaan.
Pada November 2005, empat orang buruh asing Indonesia
terkorban dalam satu kejadiaan crane runtuh di tapak pembinaan yang
sama, iaitu tapak yang terletak di Puchong Batu 14. Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Kerja telah memgambil tindakan untuk
menghenti kerja-kerja pembinaan supaya siasatan dapat dijalankan.
Kematian-kematian sebegini memang selalunya belaku
tetapi ianya tidak selalunya dilaporkan. Lebih daripada 80%
pekerja-pekerja di tapak pembinaan ialah buruh asing dan dipercayai
lebih separuh daripada mereka ialah buruh asing tanpa iziz. Oleh itu,
apabila berlakunya kemalangan-kemalangan yang melipatkan mereka, ianya
selalunya dibiarkan begitu sahaja tanpa dilaporkan kepada pihak
berkenaan. Dengan itu, angka-angka kemalangan dan kematian oleh pihak
berkuasa dipercayai lebih rendah daripada angka yang sebenarnya.
Selain itu, pihak berkuasa turut kekurangan inisiatif dalam
menjalankan langkah-langkah susulan dalam memastikan tapak-tapak
pembinaan ini telah mematuhi sepenuhnya keperluan keselamatan.
Bukankah ini satu keadaan yang cukup baik untuk
pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab terus bermaharajalela di
negara ini sehingga mereka sanggup melalaikan tanggungjawab mereka
terhadap keselamatan nyawa pekerja dan orang ramai?
Datuk Seri Dr. Fong Chan On dalam satu temuramah
dengan NST pada 4hb Januari 2006 mengatakan bahawa pihak Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Kerja (DOSH) tidak berkuasa untuk menarik
balik lesen pemaju dan kontraktor kerana ini terletak di bawah bidang
kuasa Pihak Berluasa Tempatan (PBT). Soalannya ialah, Fong Chan Onn
sudah memegang portfolio ini selama 10 tahun dan bukankah beliau perlu
mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan inidengan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Sekiranya kita mengambil tahu keadaan yang korup yang
sedang menular di PBT, maka kita dapat melihat perkara ini daripada
sudut ddan perspektif yang lebih luas.
Utamakan ketelusan dan tadbir baik.
Isu pokok dalam perkara ini ialah ketelusan dan tadbir
baik. Seruan awam supaya butir-butir siasatan dan punca-punca
kemalangan diumumkan bukan sahaja merupakan satu tuntutan rasional
tetapi juga patut dijadikan sebagai sebahagian daripada perundangan.
Kita tidak boleh lupa bahawa memang Akta Keselamatan Kerja kita
merupakan antara yang terbaik dan menyeluruh sehingga kita perlu
menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan di semua tapak pembinaan tetapi
mengapakah kes-kes kemalangan nyawa masih berlaku sekiranya
pihak-pihak berkenaan ada menjalankan tugas-tugas pemantauan yang
kerap?
Kita tidak seharusnya membiarkan kes kematian Dr Liew
Boon Hong berulang dan dengan itu, DAP Selangor menyeru DOSH untuk
menjalankan siasatan penuh dan mengumumkan butiran terpeinci terhadap
siasatan yang dijalankan, termasuk siasatan terhadap kejadian kematian
empat orang buruh asing Indonesia dan dakwaan sekumpulan penduduk dan
peniaga di Jalan Industri Pusat Bandar Puchong 4 dan 6 ini.
(10/01/2006)
*
Lau Weng San,
Setiausaha Penerangan DAP Selangor
|