http://dapmalaysia.org Forward Feedback
Pindaan AUKU – Kementerian Pengajian Tinggi harus
bersikap liberal terhadap pendapat dan pandangan daripada pelbagai
pihak termasuk pertubuhan-pertbuhan mahasiswa yang tidak berdaftar
kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada masyarakat kita
Press
Statement
by DAPSY
Publicity Bureau
(Petaling Jaya ,
Sunday):
Kementerian Pengajian Tinggi dalam meminda AUKU harus
bersikap liberal terhadap pendapat dan pandangan daripada pelbagai
pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang tidak berdaftar
kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada masyarakat kita
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Keat
telah menyatakan bahawa beliau hanya bertanggungjawab untuk
mengaturkan dialog and taklimat dengan Ahli-ahli Parlimen dari BN dan
pembangkang, oleh itu tidak dapat memberi ulasan terdapat perjumpaan
dengan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa,.
Ulasan Ong Tee Keat ini menunjukkan mentaliti beliau
masih berada di paras dunia kelas ketiga. Mana-mana menteri yang
responsif dan peka terhadap pandangan rakyat akan pasti mengambil
tindakan segera untuk menyelesaikan sebarang masalah dan persoalan
yang tertimbul akibat pelaksanaan mana-mana dasar kerajaan.
Walaupun Ong bukan seorang Menteri penuh dan tugasnya
hanya untul mengadakan dialog dan taklimat dengan Ahli-ahli Parlimen,
tetapi kami berpendapat Ong tidak harus dikekang dengan birokrasi ini.
Jikalau pihak Kementerian ikhlas untuk mendengar pandangan-pandangan
daripada pelbagai pihak, maka Ong sebagai Timbalan Menteri harus
merujuk perkara ini kepada Menteri untuk dibawa berbincang bersama
sama ada perjumpaan harus diadakan dengan pertubuhan-pertubuhan
mahasiswa yang tidak berdaftar.
Sementara itu, Kementerian telah mengeluarkan surat
jemputan kepada semua Ahli Parlimen BN dan Pembangkang bahawa mereka
dijemput untuk menghadiri satu taklimat yang akan diadakan di Parlimen
berkenaan dengan Rang Undang-undang Pemindaan AUKU. Taklimat untuk
Ahli-ahli Parlimen BN dijadualkan pada esok, Hari Isnin, 10hb Julai
2006 manakala taklimat dengan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang
dijadualkan pada 13hb Julai 2006, iaitu Hari Khamis yang akan datang.
Dengan itu, kami berharap pihak Kementerian akan
mengumunkan juga Ahli-ahli Panel yang membuat pindaan-pindaan terhadap
AUKU, termasuk mereka yang menyandang jawatan Pengerusi dan Ahli-ahli
Jawatankuasanya, serta mengumumkan terma-terma rujukannya (Terms of
Reference).
Ini berikutan dengan jawapan bertulis daripada Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed terhadap pertanyaan lisan Ahli
Parlimen DAP untuk Batu Gajah dan Naib Pengerusi DAPSY berkenaan
dengan perkembangan terbaru pemindaan AUKU. Menteri pada masa itu
hanya menjawab bahawa Kementerian telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa
Panel Penilaian Semula (Review Panel) dan ahli-ahlinya terdiri
daripada pensyarah-pensyarah kursus undang-undang dari IPTA tempatan
seperti UM, UiTM, UIA dan sebagainya.
Adalah menjadi satu tanda soal besar terhadap
kandungan pindaan yang akan dibuat apabila orang ramai tidak
mengetahui terma-terma rujukan dan siapa yang menganggotai Review
Panel itu. Apa yang membimbangkan kami ialah jikalau ini tidak
dilakukan, kemungkinan besar AUKU yang dipinda nanti akan menjadi
lebih draconian dan menindas, sekaligus memusnahkan kecermelangan dan
kebebasan akademik di IPTA-IPTA.
(09/07/2006) * DAPSY Publicity Bureau |