http://dapmalaysia.org Forward Feedback
MyKad Harus Merupakan Kad yang Memberi
Kemudahan, bukan Hukuman
Press
Statement
by M.
Kula Segaran
(Parlimen ,
Monday):
10.7.2006
Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat,
Saya M.Kula Segaran Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat di bawah
Peraturan Mesyurat 18(1) dengan ini mencadangkan supaya
ditangguhkan Majlis Mesyurat dengan hendak merundingkan perkara
tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai, yang berkehendak
disegerakan teks usul seperti ini:
MyKad Harus
Merupakan Kad yang Memberi Kemudahan, bukan Hukuman
Jabatan Pendaftaran Negara telah memberi amaran kepada rakyat
Malaysia bahawa mereka yang ditangkap tanpa membawa Mykad akan
didenda minima RM3,000 dan maksima RM20,000 atau penjara 3 tahun.
Ini memangnya sesuatu yang tidak munasabah.
Memandangkan bahawa apa yang ternyata diatas adalah perundangan
perwakilan (a delegated legislation) , ianya adalah bertentangan
dan ultra virus Akta Utama dan menjadikannya suatu perkara yang
menyalahi undang-undang.
Menurut suatu tinjauan pendapat dalam talian yang dijalankan,
hanya 43% daripada rakyat Malaysia membawa Mykad di mana-mana
mereka pergi. Kita boleh mengatakan ini adalah amat malang sekali,
atau mungkin amat dikesali. Akan tetapi, kita mesti mencari
sebabnya. Sesetengah orang berkata mereka telah kehilangan kad
asal mereka sebelum itu, maka mereka kini hanya membawa salinan
kad pengenalan. Sesetengah pula berkata mereka pernah menjadi
mangsa penyeluk saku dan peragut, oleh itu mereka tidak mahu
menghadapi risiko dan kehilangan Mykad asal lagi. Apakah maksud di
sebaliknya? Ini bermaksud bahawa ia merupakan suatu pengundian
yang jelas iaitu mereka tidak ada keyakinan dengan keselamatan
awam di negara ini, tidak kira apa-apa jaminan dan kata-kata yang
menenangkan daripada kerajaan atau polis atau pihak berkuasa lain.
Kerajaan harus memberi perhatian kepada statistik di atas apabila
mengendalikan kontroversi Mykad terkini. Juga jantina dan agama
dalam Mykad tidak harus dimasukkan.
Jabatan Pendaftaran Negara mesti bersikap sensitif terhadap
ketakutan dan kebimbangan rakyat kita untuk membawa Mykad mereka
bila-bila masa mereka keluar dari rumah. Orang-orang ini bukannya
tidak mahu mematuhi undang-undang. Sebenarnya, persoalan mematuhi
undang-undang atau tidak, tidak bangkit di sini. Ini merupakan
suatu perkara yang berkaitan dengan akal budi.
Jika
dan apabila, sesetengah tindakan keselamatan telah muncul dalam
peristiwa atau keadaan yang tidak dijangka, seseorang jika diminta
untuk menunjukkan Mykadnya, salinan yang telah disahkan tentunya
merupakan suatu pengganti yang baik dan boleh dipercayai asalkan
kad asal dapat ditunjukkan dalam jangka masa yang munasabah.
Adakah pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara? Berapa
orang pegawai yang perlu diambil? Atau tujuan sebenarnya adalah
untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, khasnya untuk
lepasan universiti menganggur yang semakin meningkat?
Terima Kasih.
Yang Benar
M. Kulasegaran
(Ahli Parlimen
Ipoh Barat)
(10/07/2006) * DAPSY Publicity Bureau |