http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Polis harus membuat siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab untuk modul pengajaran subjek Hubungan Etnik (diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi) yang berunsur hasutan dan juga bakal menjejaskan harmoni dan perpaduan rakyat di negara kita.


Laporan Polis

oleh Ronnie Liu Tian Khiew


(Petaling Jaya, Rabu): Kami di DAP merasa sedih dan tidak puashati kerana kami mendapati kursus wajib yang sedang diajar di beberapa IPTA tempatan, khususnya Universiti Putra Malaysia (UPM), memutarbelitkan fakta-fakta sejarah.

Buku Panduan Hubungan Etnik  ditulis oleh dua pensyarah UPM, Jayum Anak Jawan dan Zaid Ahmad.

 

Bagi pihak DAP, kita menyokong baik pengenalan Hubungan Etnik sebagai suatu subjek wajib di IPTA-IPTA tempatan, demi menyuburkan perpaduan bangsa di Malaysia.

 

Namun, kami meragui niat yang terselindung di sebalik pengenalan kursus ini, di mana berdasarkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran yang kami dapati di UPM, terdapat banyak kesilapan fakta yang nyata serta tidak mematuhi kehendak-kehendak akademik.

 

Terdapat kecenderungan-kecenderungan yang bias dalam modul yang telah dirangkakan, di mana peranan UMNO dalam proses menuntut kemerdekaan negara daripada pihak penjajah telah diagung-agungkan. Ini adalah tidak adil bagi golongan-golongan lain yang turut menyumbang dalam proses tersebut. Pada hakikatnya, tanpa sokongan padu dan jitu daripada semua rakyat yang berbilangan kaum, tidak mungkin dengan gigih usaha UMNO sendiri dapatlah kemerdekaan dituntut untuk Malaya pada masa tersebut.

 

Mengikut Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan yang berjudul “Malaysia Kita”, selain daripada Parti Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO, terdapat parti-parti politik lain yang turut aktif di ambang kemerdekaan, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945, ASAS 50, Hizbul Muslimin, Parti Malaya Merdeka (IMP) yang ditubuhkan pada Ogos 1951, Parti Negara, Parti Buruh SeMalaya dan Parti Progresif Perak (PPP).

 

Terdapat kesalahan-kesalahan fakta yang lain terkandung dalam modul subjek tersebut, iaitu:

 

Unit IX: Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik II: Perkembangan Politik Semasa

 

Mukasurat 78: Tragedi 13 Mei 1969

 

“DAP yang kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Cina telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang-orang Melayu. Rentetan daripada itu, orang-orang Melayu telah bertindak balas.”

 

Mengikut Pesuruhjaya Suhakam dan juga pakar sejarah Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim bahawa Gerakan dan bukan DAPlah yang menyertai perarakan secara besar-besaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

 

 Sebenarnya, punca Tragedi 13 Mei belum disahkan oleh mana-mana pihak walaupun parti-parti poltik yang  disalahkan juga termasuk Gerakan dan UMNO.

 

Tunku Abdul Rahaman, Bapa Malaysia dan Perdana Menteri sewaktu Tragedi 13 Mei pernah berkata demikian dalam buku Allahyarham “Looking Back “ (1977): 

 

“Saya merujuk kepada Tragedi 13 mei,1969 di mana beratus-ratus nyawa terkorban.

 

“Untuk mengetahui siapa yang memanipulasikan keganasan selain daripada Komunis, kita perlu mengenalpasti bahawa siapa yang memberi kebenaran untuk satu perarakan pengebumian seorang Komunis diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur.”

 

Di natara tokoh-tokoh politik yang pernah disalahkan atas pencetusan Tragedi 13 Mei termasuk Tun Razak, Harun Idris  dan mantan perdana  menteri.

 

W.B. Prichett, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia pada masa itu pernah berkata:

 

 “…tidak boleh dinafikan bahawa UMNO yang bertanggungjawab untuk rusuhan 13 Mei. Ahli-ahli UMNO menjalankan kempen perkauman ataupun membenarkan tragedi itu berlaku.”

 

 

Mukasurat 78: Peristiwa Kampung Medan 2001

 

“Perbuatan anasir luar yang ingin mengganggu ketenteraman di kawasan tersebut dan mewujudkan ketidakstabilan politik. Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti-sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran.”

 

Mukasurat 79: Tuntutan Ekstremis Suqiu

 

“Tuntutan Suqiu ini dilihat sebagai satu langkah untuk menghapuskan ‘kontrak sosial’ yang telah dicapai oleh orang-orang Melayu dengan orang bukan Melayu sebelum ini. Isu ini boleh mencetuskan konflik dan pergaduhan antara kaum kerana perkara-perkara pokok yang menjadi tunjang hubungan antara kumpulan etnik yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.”

 

Perlu ditegaskan di sini bahawa sebelum pilihanraya pada tahun 1999, mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju secara prinsip dengan 83 tuntutan yang dikemukakan oleh Suqiu. Akan tetapi, kerajaan telah menunjukkan sikap yang berlainan sebaik sahaja pilihanraya telah selesai.

 

Terdapat lagi satu kesalahan serius yang dilihat sebagai niat penulis yang sengaja memutarbelitkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

 

 (mukasurat 59 - 71 dan 73 - 77) dan sebagainya. Ini tidak semestinya dapat memperbaiki hubungan etnik dalam negara kita, tetapi mendatangkan implikasi negatif terhadapnya.

 

Unit X: Islam Hadhari dan Hubungan Etnik: 10 Prinsip Islam Hadhari dan Hubungan Etnik

 

Mukasurat 85: Kebebasan Beragama dan Islam Hadhari

 

“Larangan penyebaran agama selain Islam kepada orang bukan Islam (Artikel 11(4), Perlembagaan Persekutuan)”

 

Adakah ini sekadar penterjemahan yang kurang profesional, atau terdapat niat-niat yang jahat di sebaliknya? Kami memandang perbuatan ini secara serius, di mana sikap yang tidak akademik ini tidak boleh dimaafkan, malah boleh dilihat sebagai percubaan penulis untuk menulis semula perlembagaan kita.

 

Ini adalah sejajar dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa kandungan yang tertentu dalam panduan pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah bersifat hasutan.

 

Jikalau tuduhan ini adalah berasas, maka DAP mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan atau ahli-ahli akademik yang terlibat di bawah Akta Hasutan 1948.

 

 Terdapat juga bahagian-bahagian lain yang cuba mengagung-agungkan konsep Sekolah Wawasan (mukasurat 99 - 100), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (mukasurat 100 - 101), Islam Hadhari (mukasurat 81 - 88), Politik Kepartian yang berunsurkan Barisan Nasional

 

Memandangkan terdapat banyak kesalahan-kesalahan fakta, baik dari segi sejarah ataupun dari segi keperluan akademik dalam modul Hubungan Etnik yang telah diperkenalkan, adalah sewajarnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi memberhentikan pengajaran subjek ini serta menarik balik modul tersebut dengan serta-merta.

 

Selepas itu, suatu kajian semula yang terperinci terhadap isi kandungannya perlu dijalankan, sehingga satu permuafakatan dapat dicapai oleh kesemua pihak.

 

(19/07/2006)


* Ronnie Liu Tian Khiew, Ketua Biro Badan-badan Bukan Kerajaan DAP

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: