http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

DAP Johor menyeru pihak polis supaya  membebaskan 14 tahanan yang ditahan semula atau menuduh mereka di makhamah dengan bukti-bukti yang telah dikumpul.

 


Kenyataan Akhbar
oleh Dr. Boo Cheng Hau


(Skudai, Khamis): Pihak polis diberikan  kuasa terlebih di bawah Akta Polis dan Ordinan Darurat.  Peristiwa polis menahan semula 14 tahanan yang dibebeaskan dari Pusat Penahan Simpang Renggam oleh makahmah  menunjukkan bahawa polis mempunyai kuasa supaya boleh mengabaikan kuasa kehakiman di bawah undang-undang yang sedia ada.

DAP Johor menyeru pihak polis supaya  membebaskan 14 tahanan yang ditahan semula atau menuduh mereka di makhamah dengan bukti-bukti yang telah dikumpul. Peristiwa ini menunjukkan bahawa undnag-undang negara kita yang sedia ada mengizinkan pasukan polis supaya memainkan dua-dua peranan penguatkuasa dan kehakiman sama sekali.

 

Pihak DAP difahamkan semua tahanan berusia 24 hingga 45 tahun ditahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat 1969 sejak dua hingga enam tahun lalu kerana terbabit dalam jenayah kekerasan yang boleh mendatangkan kemudarartan menurut keputusan polis. Penahanan semula tahanan  yang dibebaskan itu dibuat mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 yang membolehkan mereka ditahan selama 60 hari sementaar menunggu rayuan Mentari Keselamaatn Dalam Negeri.

 

Dr. Boo menegaskan akta-akta yang mengizinkan penahanan tanpa bicara adalah undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi manusia, malahan tahanan terbabit telah ditahan selama dua hingga enam tahun, yakni jangka masa yang memadai untuk polis memutuskan sama ada cukup bukti  untuk mendakwa tahanan terbabit di makahmah.

 

Di sebaliknya, DAP mecadangkan PDRM menaik tarafkan profesyenalisme anggota-anggota polis serta menerima hakikat bahawa kuasa polis terlampau telah menghakiskan maruah angkatan polis disebabkan rasuah kian meningkat di antara anggota polis.

 

Kuasa polis atau mana-mana  agensi kerajaan sewajarnya diawasi oleh Parlimen, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Suruhanjaya Bebas, termasuk Suruhanjaya Salah Laku Polis, Suruhanjaya Hak Asiasi Manusia (Suhakam), Badan Pencegah Rasuah yang sepatutnya berjawab kepada Parlimen bukannya kepada Jabatan Perdana Mentari atau Menteri berkenaan. 

 

Di samping itu, DAP Johor mencadangkan kerajaan supaya menghapuskan akta-akta yang menjejaskan hak asisi manusia termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Polis, Oridinan Darurat, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Mesin Cetak dan Penerbit serta menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salah Laku Polis untuk mengawasi salah laku dan rasuah dalam pasukan polis.

 

DAP Negeri Johor berasa kecewa penubuhan Suruhanjaya Salah Laku Polis dipertikaikan oleh Ketua Polis Negara, seolah-olahnya polis memperolehi kuasa yang melebihi Parlimen dan Kerajaan. Ini mengakibatkan hak asasi manusia semakin merosot di Malaysia jika tindak laku polis tidak diawasi secara ketulusan. 

(29/06/2006)


* Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Negeri Johor

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: