http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Takziah kepada keluarga E K Moorthy, Veteran dan Pengasas DAP Negeri Johor

 


Kenyataan Akhbar
oleh Dr. Boo Cheng Hau


(Skudai, Khamis): Sdr. E K Moorthy merupakan seorang pejuang yang amat dihargai dan dihormati oleh bukan sahaja Parti Tindakan Demokratik (DAP) tetapi juga oleh semua kalangan masyarakat. Kematian beliau mengakibatkan bukan sahaja kesedihan kepada DAP tetapi Negeri Johor telah kehilangan seorang anak jati Johor yang berani memperjuangkan  keadilan dan kesaksamaan semua anak Malaysia.

Sdr. Ek Moorthy pernah memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Negeri Joohr selama 10 tahun pada tahun 1980an. Semenjak bersara dari politik pada thaun 1990an, beliau masih sering memberi perangsang kepada ahli-ahli DAP baru supaya sentiasa menegakkan  perjuangan mereka.

 

Dr. Boo, Pengerusi DAP Johor dan  Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor kini  mengakui dia juga pernah digalakkan oleh Sdr. Moorthy terus berjuang dalam arena politik.  Selain daripada Norman Fernandez, Dr.Boo juga menghadiri upacara penghormatan E K Moorthy pada jam 4 29hb Jun, serta diiringi juga Naib Pengerusi DAP Johor  Ahmad Ton, Ketua Wanita Kawasan Parlimen Gelang Patah Huang Xiang Luan, ahli-ahli DAP Narayanan dan Sandara Segaran.

 

Rombongan DAP menghulurkan penghormatan setinggi-tinggi yang terakhir kepada E K Moorthy serta mengucapkan Takziah kepada isteri E K Moorthy, Mageswari dan dua-dua anak perempuan mereka Rani dan Menaka.

(29/06/2006)


* Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Negeri Johor

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: