http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Tubuhkan Majlis Agama yang dapat diterima oleh semua agama untuk mewujudkan persefahaman dan toleransi.
 

Ucapan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong
oleh Tan Seng Giaw

(Parlimen,  Selasa): Saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan perasaan tenang sebelum ribut. Subsidi petrol masih ada. Tetapi kenaikan harga petrol menekankan inflasi. Rakyat terasa beban kenaikan harga barang-barang. Kerajaan perlu menunjukkan keupayaan untuk menyekat inflasi. Bursa Malaysia ditutup dengan Indeks Komposit 922.02 mata dengan para pelabur menunggu Dasar Automotif Negara, Rancangan Malaysia Ke-9 dan penggabungan Bumiputra Commerce Holdings Berhad dan Southern Bank Burhad. Selepas guruh dan kilat sabung-menyabung hujung abad yang lalu, semua tumpu kepada dasar yang jelas, yang fokus, Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pihak Kerajaan memantau media dengan rapi: ada berita yang mesti dikendalikan mengikut seleranya. Kalau tidak, akibat padah bagi media yang menyinggung. Perkara agama yang sensitif seperti kartun terhadap Nabi Muhammad mestilah dielakkan. Ada akhbar yang memuatkan berita yang berkaitan dengan kartun itu. Ini adalah tidak wajar. Tetapi, tindakan Kerajaan ke atas Guang Ming dan New Straits Times adalah tidak serupa—Guang Ming dihukum berhenti dua minggu dan NST hanya meminta maaf. Media memuatkan berita dan cerita yang indah. Indah khabar daripada rupa.

Berita yang menggalakkan adalah termasuk 56 Special Malaysian Assistance and Rescue Team (SMART) yang pergi ke kampung  Guinsaugon di Southern Leyte, Filipina. Pada 17 Februari, 2006, tanah runtuh menanamkan lebih 1,000 orang di bawah 30 meter tanah. Kita berharap SMART terus memberi perkhidmatan kepada dunia dengan penuh dedikasi dan tahap profesional yang tinggi.

Malaysia menduduki tangga kesembilan dalam senarai 30 negara yang memiliki syarikat mencatat prestasi pertumbuhan tinggi (Super Growth Index, 2006) dalam Tinjauan Pemilikan Perniagaan Antarabangsa (IBOS) Grant Thornton 2006. Duli yang maha mulia bertitah mengenai sistem pendidikan bertaraf dunia termasuk pengajian tinggi; peruntukan pendidikan merupakan 20% daripada bajet perseklutuan (RM 26.7 bilion daripada RM136.7 bilion).

Kita mestilah berhati-hati agar tidak terpedaya kerana mendengar berita baik saja, kerana mendengar bunyi. Dasar kebebasan akhbar wajib dikaji semula. Kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara haruslah mempertimbangkan bahawa rakyat memerlukan media yang membayangkan keadaan yang sebenarnya; janganlah bertindak mengikut kendak hati dan imaginasi sahaja.

We believe in being free of inequalities and constraints that include the constraints of authoritarianism in all its forms. This would need the interdependent transformation of both state and civil society.

There must be room for the articulation, expression and mediation of difference. There must be the right of dissent. We persist to struggle against totalitarianism, economic inequities and social injustices.

One of the great inequities is the long-term mismanagement of some of the government-linked companies (GLCs) such as Malaysia Airlines System (MAS). The Finance Minister Incorporated (MKD) was set up in 1957 under the act of the same name. By 31 December, 2002, the Government had invested through MKD totaling RM12.26 billion in 77 companies, the most prominent of which is Malaysian Banking Berhad (Maybank). MKD has Khazanah Nasional Berhad with a paid-up capital of RM5.4 billion and total assets RM36.871 billion. Khazanah controls 57 companies, the main ones being Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Bumiputra Commerce Holdings Berhad, Proton Holdings Berhad, UEM World Berhad and MAS. The scandal of APs, the precarious position of Proton and the saga of MAS continue to attract attention. The Government must present in Parliament reports of MKD and Khazanah on the performance of these companies including the reasons for the success and failure.

Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.

Dalam masa yang singkat ini, saya hendak menekankan bahawa Kerajaan mestilah mengumumkan secara terperinci Sistem Amaran Awal terhadap bencana tsunami termasuk perbelanjaan dan cara-cara mendapat kerjasama dari jiran-jiran. Pelaksanaan 65% daripada 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Polis adalah tidak mencukupi. Cogankata Mesra, Cepat dan Betul, belum lagi ditukar kepada Mesra, Cekap dan Beramanah yang dicadangkan untuk Ogos 2005. Walaupun Ketua Polis mengatakan kadar jenayah telah turun 20%, tetapi penjenayahan termasuk pembunuhan masih membimbangkan seperti di kawasan Kepong. Penjenayah satu kaum yang melakukan jenayahnya ke atas kaum yang lain nescaya menimbulkan masalah perkauman.

Kalau tidak boleh terima IPCMC, Kerajaan mestilah menerangkan mengapa tidak boleh berbuat demikian. Cadangan tersebut haruslah dilaksanakan dengan seboleh-bolehnya.

Penekanan ke atas pendidikan di Rancangan Malaysia Ke-8 adalah betul. Tetapi, kelemahan-kelemahannya juga ketara seperti pembaziran, kekurangan tender dan pemantauan bertaraf dunia. Misalnya keretakan 31 tiang MRR2 di Kepong membongkarkan masalah di Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan konflik di JKR. Kegagalan rekabentuk (design fault) dan perlantikan sekurang-kurangnya lapan konsultan asing membingungkan. Menteri Kerja Raya hendak konsultan British dengan belanja RM18 juta untuk memperbaiki keretakan. Sebliknya JKR mahu kontrak Jerman dengan perbelanjaan RM40 juta. Menteri menang pusingan pertama melalui YAB PM dan JKR menang pusingan kedua menerusi Kabinet. Yang kalahnya rakyat. Yang hilang beratus juta irnggitnya orang awam. Kerajaan haruslah membentangkan laporan kisah panjang MRR2 di Dewan ini dengan seberapa segera.

Jinjang menampung beban tapak pelupusan sampah selama lebih dari 30 tahun. Tapak lama ditutup lebih 10 tahun yang lepas, tetapi tidak ada rawatan selepas penutupan. Kemudian, tapak di Taman Beringin yang berdekatan dengan tapak lama dibuka. Walaupun tapak pelupusan sampah di Jinjang Utara telah ditutupkan buat sekian kali pada 15 Mac, 2006, masalah sampah berbukit berterusan untuk berdekad-dekad. Air larut lesap (leachage) dan gas wujud. Sekarang Chemical Oxygen Demand untuk leachage adalah 5162 mg/l (normal 100), Biochemical Oxygen Demand 1120 5days mg/l (normal 50), arsenic 0.17 mg/l (normal 0.1) Iron 6.21 mg/l (normal 5) dan Sulphide 21.4 mg/l (normal 0.5). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melantik sebuah syarikat Cypark untuk menguruskan sampah selepas penutupannya. Ini adalah langkah yang betul.

Yang pentingnya, Kerajaan haruslah mengkaji secara menyeluruh kesan tapak sampah terhadap para penduduk di sekitarnya. Pampasan patutlah di adakan ke atas orang-orang yang menderita. Analysis leachage dan gas mestilah dibuat dan diumumkan setiap bulan.

Kerajaan mestilah memberhentikan kilang-kilang haram di kawasan kediaman. Misalnya di Kawasan Industri Tago, Taman Wangsa Permai, Kepong, terdapat beberapa kilang haram di kawasan hijau. Kilang-kilang besi berada di depan Tokong Lim Tian, Jalan 13, Jinjang Utara dan di depan Sekolah Rendah Jinjang Utara.

Kerajaan hendaklah menyiasat sama ada Akademi Penerbangan Youth and Sports Experimental Aircraft Association (YSEAA) di Mantin merupakan sebuah projek Rakan Muda. Untuk latihan sebagai juruterbang yurannya RM127,445 seorang. Bolehkah akademi ini dipercayai? Berapa orang telah ditipu? Apakah tindakan yang berkesan ke atasnya?

Dengan perkembangan semasa dan kemajuan dalam masyarakat, warisan rakyat semua keturunan dan kawasan mungkin akan hilang. Kerjaan mewujudkan museum dan projek untuk memelihara sesetengah warisan seperti artifak-artifak dan tarian-tarian. Tetapi, ini tidak mencukupi. Museum merupakah jalan yang terakhir. Ada warisan yang hampir pupus seumpama Jawi. Utusan Malaysia yang menampung kerugian edisi Jawi sudah putus asa dan berhentilah edisi mingguan Jawi.

Ikan haruan memakan anak,
Anak mati ditelan lisan;

Biar mati anak,
Jangan mati warisan.

Kerjaan patut mempertingkatkan usaha untuk memulihara warisan yang ada dalam negara

Suruhanjaya Tenaga patutlah memainkan pernanan dan memastikan berfungsi. Misalnya di dalam beribu-ribu bil untuk pelanggan yang disyaki mengusik meter, TNB mengambil tindakan yang dianggag tidak munasabah. Adakah  TNB lebih besar daripada suruhanjaya ataupun peranan yang berbeza?

Agama

Di dalam masyarakat majmuk kita, konflik dan kontroversi boleh timbul kerana setiap agama mempunyai foundational sacred myths, distinctive doctrine dan specific sacramental rituals. Tetapi, terdapat nilai-nilai yang sama yang boleh memupuk persefahaman.

Kes rebutan jenazah Moorthy pada Februari yang lepas mewujudkan suasana yang tegang. Ini perlu dielakkan.

Kita haruslah menubuhkan Majlis Antara Agama yang boleh diterima oleh semua agama dengan wakil dari Jakim, Peguam Negara dan sebagainya.

Adanya Islamic phobia di dunia terutamanya sejak peristiwa 911. Kita harus sentiasa menerangkan kepada masyarakat termasuk melalui teknologi informasi terhadap anggapan yang salah itu. Semua pihak haruslah menyebarkan maklumat yang betul. Begitu juga dengan Kuala Lumpur yang dianggap sebagai transit centre for Islamic terrorists: KL bukan transit centre untuk pengganas Islam.

Kita mestilah mengadakan Religious Pluralism bukan exclusivism atau inclusivism untuk keamanan, dialog, saling persefahaman di kalangan penganut pelbagai agama.

(22/03/2006)


*  Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen kepong

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: