http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Menteri dan Ahli Parlimen BN tidak menyangkal dakwaan ahli politik, golongan yang paling tidak boleh dipercayai


Ucapan
semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2005) 2006 dan Usul Pembangunan Tambahan
Oleh Chow Kon Yeow


(Parlimen, Selasa):Parlimen dan perkhidmatan awam merupakan institusi yang amat penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia harus mendapat kerpercayaan rakyat supaya ia boleh memainkan peranan secara berkesan dan juga mendapat legitimasi.

Tetapi apakah ahli-ahli Parlimen, ahli Jemaah Kabinet dan juga perkhidmatan awam dipandang sebagai golongan yang paling boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Siapakah sebenarnya mendapat kepercayaan rakyat jelata?

Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) telah melakukan satu kajian untuk mengukur persepsi tahap kepercayaan oleh rakyat terhadap integriti yang ada dalam 15 jenis profesional, seperti doktor, guru, paderi, hakim, pemimpin kesatuan sekerja, wartawan, Menteri, tokoh perniagaan, ahli politik dan sebagainya.

Keputusannya, ahli politik didapati golongan yang paling tidak boleh dipercayai dan berada pada tangga terakhir. Menteri, penjawat perkhidmatan awam dan tokoh perniagaan juga didapati kurang dapat kepercayaan responden dalam kajian ini.

Integriti adalah berkenaan dengan prinsip urustadbir yang baik, ketelusan, tanggungjawab dan kadar korupsi.

Penemuan kajian ini seharusnya mengejutkan kita kerana ia menunjukkan kadar integriti di kalangan ahli politik dan pemegang jawatan perkhidmatan awam dipersoalkan.

Institut Integriti Nasional harus menganggap penemuaan ini sebagai perkara penting dan  boleh mengadakan kajian yang lebih luas skopnya untuk mencari sebab-musebab mengapa rakyat kurang percaya pada ahli politik, Menteri dan pemegang jawatan awam.

Mengapa sejak keputusan ini diumumkan, tidak ada ahli politik atau Menteri yang berani menyangkal dakwaan yang amat serius ini? Apakah mereka tidak berani menafikan keputusan kajian kerana ianya kebenaran yang sebenar-benarnya?

Jelasnya kita menghadapi krisis integriti dan apa yang diperlukan iaiah keazaman politik yang tulen untuk menangani masalah ini.

Apa yang kita boleh buat untuk menghadapi krisis integriti? Mangai Balasegaran dalam penulisannya dalam Sunday Star mengesyorkan kita tidak perlu undang-undang, peraturan atau kod etika yang baru sebab semua ini sudah mencukupi. Apa yang diperlukan adalah “an environment, a practice, of integrity” dan juga role model yang baik. Saya setuju dengan pandangan ini.

Di Malaysia, ahli politik dan Menteri bukan sahaja tidak menjadi role model sebagai pemegang jawatan awam yang berintegriti tetapi sebaliknya mereka telah menyumbang kepada kemerosotan integriti yang menyebabkan rakyat tidak percaya kepada mereka.

Kebetulan, akhbar Cina, Sin Chew Daily juga mengumumkan keputusan pungutan suara melalui internet yang menunjukkan sebanyak 75 peratus daripada responden merasa tidak puashati kepada prestasi dan perjalanan Dewan Rakyat.

Berita kenaikan elaun-elaun ahli Parlimen sebanyak 10 peratus yang sudah berkuatkuasa pada tahun 2005, akan memberi gambaran ahli Parlimen selalu mendapat kenaikan elaun tetapi tidak menjaga kepentingan rakyat.

Mereka nampak ahli Parlimen memberi pelbagai janji yang tidak dikotakan. Mereka juga melihat Menteri selalu membuat keputusan yang membebankan rakyat.

Tidak mustahillah jika rakyat tidak percaya kepada ahli politik yang menyebabkan segala kepincangan.

(02/05/2006)


* Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Tanjong

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: