http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah
 


Notice
by Chong Chieng Jen

(Dewan Rakyat, Monday): Ini adalah untuk memberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat 18 mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu, 15hb November 2006, seperti berikut: 

“Bahawa Dewan ini meluluskan permintaan Ahli Parlimen bagi Bandar Kuching, YB Chong Chieng Jen untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat untuk membincangkan dasar Kerajaan tentang penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah.

 

“Penggunaan Bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik mula dilaksanakan pada 2003 secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang mendalam. Guru-guru terpaksa mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris walaupun banyak di antara mereka tidak mahir dalam pengajaran Inggeris.

 

“Walaupun tujuan Kerajaan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Inggeris di kalangan kanak-kanak kita, tetapi pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bukanlah cara yang betul untuk meningkatkan tahap penguasaan Inggeris. Pelaksanaan dasar sebegini adalah bercanggahan dengan prinsip-prinsip pendidikan. Ini tidak dapat meningkatkan tahap penguasaan Inggeris, malahan mempengaruhi pelajaran Sains dan Matematik.

 

“Sejak pelaksanaannya, pertubuhan-pertubuhan pendidikan swasta dan masyarakat Cina dan India telah membantah dasar tersebut dengan sekeras-kerasnya. Sejak kebelakangan ini, sesetengah pemimpin UMNO juga menyuarakan bantahan dan kebimbangan mereka terhadap dasar itu.

 

“Pada tahun lepas, hanya 53.1% murid tahun 3 yang memperolehi markah 40% ke atas bagi mata pelajaran matematik. Ini amatlah mengecewakan, dan jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan-kesan buruk dasar tersebut.

 

“Saya sambut baik kenyataan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mengkaji semula dasar ini, tetapi saya kesal dengan kerajaan yang hanya akan mengkaji semula dasar itu pada 2008. Kita sedar akan kesan buruk dasar itu, namun mengapa kerajaan perlu tunggu sehingga tahun 2008?

 

“Memandangkan terdapat lebih kurang 500,000 murid yang memasuki darjah satu  setiap tahun dan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris jika dikekalkan, akan menjejaskan masa depan mereka. Kerajaan harus membatalkan dasar tersebut dengan serta-merta.”

(13/11/2006)


* Chong Chieng Jen, DAP Socialist Youth National Deputy Chairman and Member of Parliament for Bandar Kuching

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: