http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka Membazirkan Wang Rakyat Dan Tidak Bertanggungjawab Kerana Bersikap Boros Dalam Pengurusan Kewangan.

 


Letter

by Betty Chew Gek Cheng


                                                                                                          4 Oktober 2006.
YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam,
Ketua Menteri Melaka,
Pejabat Ketua Menteri,
Blok Bendahara, Aras 4(Suite)
Seri Negeri, Ayer Keroh,
75450 Melaka.                                                                                  DENGAN TANGAN

 
Yang Amat Berhormat,

 

Pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka Membazirkan Wang Rakyat Dan Tidak Bertanggungjawab Kerana Bersikap Boros Dalam Pengurusan Kewangan.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka, saya ingin melahirkan bantahan keras rakyat terhadap cadangan YAB membina bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kerana ia membazirkan wang rakyat dengan kos penggunaan setinggi RM 535,041.45 setiap hari bersidang. Bangunan DUN baru yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan siap pada 2015 adalah tidak bertanggungjawab dan bersikap boros dalam pengurusan kewangan atas tiga sebab utama berikut.

 

1.      Bangunan DUN lama yang telah makan perbelanjaan RM 85,606,631.53 telah siap 10 tahun yang lepas dan masih boleh dipakai. Sekiranya ia akan digantikan dengan bangunan baru di tapak baru pada 10 tahun yang akan datang, ini bermakna ia hanya digunakan untuk tempoh 20 tahun, satu tempoh masa yang amat singkat bila bangunan seharusnya diguna pakai sekurang-kurangnya 50 tahun.

 

2.      Persidangan DUN hanya berjalan selama 8 hari setiap tahun, satu tempoh masa singkat yang mencerminkan kurangnya budaya dan perjalanan demokrasi dan akauntabiliti di negeri Melaka. Adakah perlu satu bangunan baru bila mesyuarat hanya digunakan selama 8 hari setahun atau 2.2%? Sekiranya YAB ingin meneruskan projek Bangunan DUN baru pada 2015 maka bangunan DUN lama berharga RM  85,606,631.53 juta digunakan 160 hari pada tempoh 20 tahun ini ataupun RM 535,041.45 setiap hari DUN Melaka bersidang, kos yang amat tinggi tanpa mengira kos penyelenggaraan selama 20 tahun ini.

 

3.      Kekosongan Bangunan DUN lama akan menambahkan bangunan dan hartanah kerajaan yang dibiarkan kosong kerana tidak ada penyewa yang berminat. Mengapakah bangunan kosong yang sedia ada tidak boleh digunakan seperti Bangunan Pertam di Melaka Baru, Bangunan EXPO di sebelah Taman Buaya Ayer Keroh, Graha Maju, Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan.

 

Oleh demikian, kami harap YAB boleh menggugurkan cadangan ini demi kepentingan rakyat. Wang projek bangunan baru yang boleh dijimatkan sekadar RM 100 juta ini harus disalurkan kepada projek menfaatkan rakyat seperti membina longkang, jalan dan tiang lampu jalanraya. Sekian.

 

 

Yang benar,

 

 

 

 

BETTY CHEW GEK CHENG


*Betty Chew Gek Cheng, DAP Melaka Wanita Chairman, State Assemblyman for Kota Laksamana

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: