http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Protes Keengganan Datuk Mohd Ali Rustam Membenarkan ADUN Rakyat Membincangkan Masalah Ekonomi Rakyat, Inflasi Dan Peluang Pekerjaan Dengan Menyeluruh Berdasarkan Fakta.

 


Media Statement

by Betty Chew Gek Cheng


 

(Parliament, Monday) : Terlebih dahulu saya ingin ucapkan Selamat Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada smua penganut agama Islam dan meminta maaf kerana terpaksa membuat kritikan ke atas pihak kerajaan negeri dalam bulan suci ini kerana kerajaan negeri telah membelakangkan prinsip akauntabiliti, ketelusan, kebenaran dan demokrasi yang seharusnya menjadi penggerak pentadbiran negara.

 

Bai pihak DAP, saya ingin melahirkan perasaan kesal dan kecaman ke atas penidakkan demokrasi dalam Dewan yang mulia ini kerana tidak memberikan peluang kepada ADUN DAP meneliti syor-syor Bajet 2007 yang dibentangkan tadi oleh YAB Ketua Menteri. Adalah menjadi kelaziman menangguhkan Dewan yang mulia ini selepas Bajet untuk memberikan peluang kepada wakil rakyat parti pembangkang mengkaji ucapan Bajet yang dibentangkan ini agar membolehkan wakil rakyat meneliti syor-syor dan rumusan yang dicadangkan oleh YAB Ketua Menteri sebentar tadi. Amalan konvensyen ini telah diberhentikan tahun lepas kerana ia berniat jahat untuk mencacatkan dan menyusahkan tugas pemantauan and tanggungjawab “check and balance” ADUN DAP.

 

Di Dewan Rakyat, Bajet selalunya dibentangkan pada hari Jumaat dan ditangguhkan sehingga hari Isnin untuk membolehkan semua unjuran dan ramalan angka-angka dan statistik dikaji dengan lebih mendalam. Adakah kami akan memberikan respons dengan serta-merta seperti ucapan “mi segera” tanpa persediaan rapi mengkaji Bajet 2007 dengan terperinci dan masak-masak? Kami bukanlah macam wakil rakyat BN yang separuh masak dan tidak perlu membuat “homework”.

 

Keadaan sedemikian boleh diibaratkan sebagai memaksa pelajar mengambil peperiksaan tanpa persediaan. Ini tidak menjadi masalah kepada wakil rakyat BN yang malas dan diam membisu tetapi janganlah menghalang ADUN DAP yang mahu menjalankan tanggungjawab beratnya membahas tentang masa depan ekonomi negeri yang ada impak besar kepada kehidupan harian rakyat jelata.  

 

Semua rakyat di Melaka tanpa kira kaum dan agama kini menghadapi masalah inflasi di mana semua harga barangan naik kecuali gaji mereka. Kerajaan telah memberikan bantuan dalam bentuk pelepasan cukai bila yang diperlukan oleh rakyat ialah penambahan pendapatan. Apa gunanya pelepasan cukai sekiranya tidak ada pendapatan mencukupi untuk membayar cukai?

 

Rakyat lebih suka memperolehi hasil pendapatan yang lebih sehingga mampu membayar cukai daripada tidak ada pendapatan yang cukup untuk menikmati pelepasan cukai ini. Sehingga kini, kerajaan masih tidak prihatin masalah ekonomi dan beban kewangan  rakyat dan sebaliknya menggila-gilakan ingin menaikkan harga cukai pintu ataupun kadar bayaran air ekoran pengswastaan selepas sudah menaikkan harga bayaran letrik, minyak dan cukai tanah sebelum ini.

 

Kami mahu perbahasan Bajet yang bermutu berdasarkan penyelidekan statistik ekonomi aygn tepat yang bernas. Sejauh manakah Melaka mampu memenuhi hasratnya menjadi negeri maju menjelang 2010 selagi mentaliti tidak maju atau “first class”. Negeri maju hanya bermakna sekiranya budaya demokrasi sama-sama maju dan bukan diketepikan sahaja seperti yang berlaku sekarang.

 

Contohilah kepimpinan melalui teladan di mana Dewan Undangan Negeri sebagai institusi terunggul dan tertinggi menjadi model “cemerlang, gemilang terbilang” untuk menggalakkan semua rakyat membuat kerja dengan perancangan dan persediaaan bukanlah secara tergopoh-gapah tanpa penyelidekan. Kami ingin protest keengganan kerajaan negeri membolehkan ADUN membincangkan masalah ekonomi rakyat, inflasi dan peluang pekerjaan dengan serius, berfakta dan menyeluruh.

 

Semalam YAB merasa hampa bahawa hanya ada 359,000 pemohon kerja untuk 671,525 kekosongan kerja ataupun hanya 53.4%. Kedudukan lebih ketara di Melaka bila ada 3,100 pemohon kerja untuk 33,344 kerja kosong ataupun 9.3% sahaja. Kerajaan negeri dan YAB perlu menerima hakikat bahawa ramai kekosongan wujud kerana kadar gaji yang rendah. Semua ini angkara kerajaan negeri yang menekan kenaikan gaji dengan membawa masuk pekerja asing.

 

Lagipun pelaburan yang dibawa masuk berterakan tenaga kerja dan bukannya modal ataupun tekonologi intensif. Pembawaan pekerja asing juga mempunyai kesan sampingan social dari segi keretakan keluarga dan jenayah. Kadar gaji rendah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpaksa mencari pendapatan di negara asing seperti Singapura atau negara maju di barat.

 

Macam mana pekerja boleh hidup dengan kadar RM 600-700 sebagai pekerja kilang iaitu kadar kemiskinan. Oleh itu, saya harap kerajaan bolehlah membawa masuk pelaburan bernilai tinggi dan berteknologi supaya boleh meningkatkan penguasaaan teknologi baru selain daripada menaikkan taraf, penguasaan pengetahuan dan gaji pekerja bersesuaian dengan cabaran globalisasi.

 

Melaka Bengkerap Dulu Baru Maju?

Sekali lagi, YAB Ketua Menteri akan melaung-laungkan kejayaan membentangkan Bajet Berimbang dengan Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM 289,734,445 berbanding dengan hasil sebanyak RM 289,181,146. Sejauh manakah Bajet berimbang ini bermakna bila pengurusan kewangan agak lemah berikutan Lapuran Ketua Audit Negara 2005 untuk Melaka bahawa “kedudukan jangka panjang bagi tahun 2005 juga tidak memuaskan dengan menunjukkan aset sebanyak RM 934.02 juta tidak dapat menampung tanggungan hutang kerajaan negeri berjumlah RM 1.03 bilion.” Adakah Melaka kena bengkerap dulu sebelum maju?

 

Di sini saya juga inign merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2005 bahawa kedudukan kewangan jangka pendek Melaka telah bertukar daripada satus “insolvent” sebanyak RM 35.76 juta kepada “surplus” atau kelebihan sebanyak RM 119.26 juta. Adakah kedudukan bankrap ditukar kepada kelebihan aset atau hitam menjadi putih kerana permainan silap mata perakaunan ini mencemarkan integriti, keyakinan dan kredibiliti Melaka di kalangan pelabur asing.  

 

Dalam Perenggan 3.3.2 (mukasurat 3), aset RM 202.73 juta ini melebihi tanggungan jangka pendek sebanyak RM 83.47 juta atau kelebihan (surplus) sebanyak RM 119.26 juta seperti petikan Lapuran Ketua Audit Negara 2005 berikut:-

“Dari segi kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah didapati asset yang berjumlah RM 202.73 juta dapat menampung keseluruhan tanggungan berjumlah RM 83.47 juta yang terdiri daripada Akaun Kena Bayar sejumlah RM 10.65 juta, Deposit sejumlah RM 24.99 juta dan tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM 48.53 juta.”

 

Pencapaian kelebihan aset sebanyak RM 119.26 juta dalam 2005 adalah sungguh mengajaibkan kalau dibandingkan dengan defisit RM 35.76 juta pada tahun lepas. Memetik ungkapan 3.3.2 Lapuran Ketua Audit Negara 2004,

“Dari segi kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah didapati asset yang berjumlah RM 221.77 juta tidak dapat menampung keseluruhan tanggungan berjumlah RM 257.53 juta yang terdiri daripada Akaun Kena Bayar sejumlah RM 12.23 juta, Deposit sejumlah RM 21.11 juta, Kumpulan Wang Amanah Awam berjumlah RM 174.07 juta dan tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM 50.12 juta.”

 

Sekiranya benar kedudukan “insolvent” atau bangkerap kerajaan negeri dengan defisit sebanyak RM 35.76 juta dalam tahun 2004 telah ditukar kepada kelebihan aset sebanyak RM119.26 juta  pada tahun 2005, maka prestasi cemerlang “turnaround’ sebanyak RM 155.02 juta harus dilaung-laungkan dengan hadiah kepada pegawai kewangan terbabit.

 

Tetapi adakah kerajaan negeri benar-benar memperbaiki prestasi kewangan daripada deficit RM 35.76 juta pada 2004 kepada kelebihan aset RM 119.26 juta? Memeriksa Lapuran Ketua Audit Negara untuk kedua-dua tahun dengan lebih teliti, terdapat perbezaan ketara di mana Kumpulan Wang Amanah Awam sebanyak RM 194.57 juta tidak diambilkira pada 2005 sepertimana yang dibuatnya pada tahun 2004.

 

Sekiranya jumlah RM 194.57 juta diambilkira sebagai tanggungan maka aset kerajaan negeri pada 2005 tidak berkelebihan sebanyak RM 119.26 juta sebaliknya mengalami defisit sebanyak RM 75.31 juta. Dengan kata lain, kewangan kerajaan negeri sebenarnya sama-sama “insolvent” atau bangkrap dalam tahun 2005 sepertimana yang berlaku pada tahun 2004.

 

Soal utama ialah mengapa kesilapan sebegini di mana Kumpulan Wang Amanah Awam tidak dikira sebagai sebahagian keseluruhan tanggungan dalam tahun 2005 sepertimana yang diguna pakai sebelum ini? Keguguran Kumpulan Wang Amanah Awam sebanyak RM 194.57 juta dalam tahun 2005 menjadikan prestasi kewangan negeri sebenar yang “bankrap” atau defisit RM 75.31 juta berubah kepada kelebihan besar(surplus) yang palsu sebanyak RM 119.26 juta.

 

Ini bercanggah dengan prinsip perakaunan yang diterima umum (Generally Accepted Accounting Principles) di mana applikasinya mestilah konsisten setiap tahun.  Kegagalan menggunakan prinsip perakaunan yang sama setiap tahun akan menjadikan penyata kewangan tiap-tiap tahun tidak dapat dibandingkan bersama.

           

Lapuran tahun 2004 yang tidak menggugurkan tetapi menerima pakai Kumpulan Wang Amanah Awam sebagai tanggungan (liabiliti)  diikuti oleh Lapuran Ketua Audit untuk negeri-negeri lain seperti di Pulau Pinang ataupun Selangor masih menganggap Kumpulan Wang Amanah Awam sebagai tanggungan.. atau tahun 2005 yang tidak menerima pakai Kumpulan Wang Amanah sebagai tanggungan.  Mengapa Melaka satu-satu negeri begitu istimewa digugurkannya? Tindakan mengira kurang tanggungan sebesar RM 194.57 juta adalah perkara serius yang perlu diperjelaskan agar syak wasangka bahawa wujudnya satu “cover-up” dapat disingkirkan.

           

Di samping itu, kedudukan jangka panjang bagi tahun 2005 juga tidak memuaskan dengan menunjukkan aset sebanyak RM 934.02 juta tidak dapat menampung tanggungan hutang kerajaan negeri berjumlah RM 1.03 bilion. Ini bermakna baik jangka pendek mahupun jangka panjang kedudukan kewangan kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Mohd Ali Rustam adalah bankrap.

 

Rizab Bayaran Gaji Terus Menurun Lagi Daripada 3.5 Bulan Pada 2004 Kepada Hanya 2.9 Bulan Pada 2005

Keadaan kewangan kurang memuaskan kerajaan negeri sekali lagi tertera dengan rizab bayaran gagi yang terus menurun daripada 3.5 bulan pada 2004 kepada hanya 2.9 bulan pada 2005 dalam Akaun Awam Negeri Melaka 2005. Penurunan rizab bayaran gaji sebanyak 92% daripada 38.1 bulan kepada 2.9 bulan dalam masa 6 tahun YAB Ketua Menteri menerajui tampuk pimpinan negeri amat menbimbangkan. 

 

AHS adalah sebanyak 2.9 bulan atau kerajaan hanya mampu untuk menampung gaji kakitangan kerajaan selama 2.9 bulan pada 2005 berbanding dengan 38.1 bulan pada 1999. Ini merupakan kemerosotan yang amat besar sebanyak 92% dalam tempoh 6 tahun YAB menjadi Ketua Menteri, iaitu dana kewangan semakin berkurangan.

 

Setiap Ringgit Hutang (RM 978 Juta) Hanya Disokong Oleh 2 Sen Rizab Hasil Negeri

Yang lebih membimbangkan ialah baki hutang kerajaan negeri telah meningkat 114% daripada RM 482 juta pada tahun 1999 kepada RM 1,031 juta pada 2005.  Penyata Akaun Awam 2005 mengakui bagi setiap ringgit baki hutang Kerajaan Negeri adalah disokong dengan hanya 2 sen rizab hasil Negeri berbanding dengan 25 sen pada tahun 1999. Keadaan kewangan 2005 yang menjadikan setiap ringgit hutang kerajaan disokong dengan hanya 2 sen merupakan kemerosotan 92% berbanding dengan keadaan 1999.

 

Pada tahun 1999 sekurang-kurangnya setiap satu ringgit hutang kerajaan disokong dengan 25 sen rizab hasil negeri. Bukankah membimbangkan 25 sen pada tahun 1999 sudah jadi 2 sen enam tahun kemudian pada 2005 untuk setiap ringgit hutang? Semasa kerajaan negeri cuba menasihatkan rakyat supaya mengurangkan pembaziran dan jangan berhutang banyak, hutangnya pada tahun 1999 sebanyak RM 482 juta boleh naik kepada RM 1,031 juta pada 2005.

 

Bilakah keadaan akan bertambah baik? Ataupun adakah kita kena tunggu selepas YAB dinaikkan pangkat selepas pilihanraya yang akan datang bila dilantik menjadi Menteri? Hutang kerajaan negeri Melaka sebanyak RM 1,031 juta bermakna setiap 650,000 rakyat Melaka kena bayar hutang RM 1,500-00 setiap orang dewasa, pelajar dan bayi di Melaka. Macam mana YAB Ketua Menteri boleh berbangga dengan pengurusan kewangannya bila setiap ringgit hutang disokong oleh hanya 2 sen rizab hasil negeri, liabiliti melebihi aset ataupun hutang RM 1,500 setiap orang?

 

Sungguhpun hutang bertimbun kerajaan masih ingin meneruskan projek infrastruktur yang tidak menfaatkan rakyat seperti Bangunan Dewan Undangan Negeri. Kerajaan negeri harus mempercepatkan pembinaan projek yang sedia ada khususnya projek Lebuhraya Muar-Simpang Empat sebanyak RM 600 juta yang belum siap dan lewat selama 2 tahun sejak kerja dimulakan pada tahun 2001.

 

Saya tidak faham mengapa projek landasan keretapi Qinghai-Tibet di Cina sebanyak US$4 bilion sepanjang 1,956 km dengan tapak tertinggi 5,072 meter, dan di mana 550 kilometers daripada 1,956 km landasan keretapi dibina di atas tanah  terbeku yang juga dimulakan pada 2001 boleh siap pada mas yang ditetapkan pada bulan Julai tahun ini.

 

Jarak Lebuhraya Muar-Simpang Empat hanya sepanjang 70 km atas tanah rata berbanding dengan 1,956 km landasan keretapi Tibet di atas tanah tertinggi dunia. Mengapa landasan keretapi itu boleh digunakan sepenuhnya sedangkan lebuhraya kami belum siap? Kedua-duanya dibina pada masa yang sama tetapi projek yang lebih sukar dan besar boleh siap lebih awal dengan projek yang mudah. Malaysia Boleh?

 

Bila saya mencadangkan bahawa kerajaan negeri belajar daripada pengalaman negeri Cina, MCA pula mengecam kami sungguhpun tujuan kami adalah belajar daripada yang berjaya. Mengapakah MCA bersikap begitu angkuh macam nak tutup temberang dan kegagalannya kerana projek ini melalui kawasan DUN MCA? Atau adakah mereka malu?

 

Kegagalan menjalankan projek pembangunan boleh dilihat dengan 75.4% prestasi pencapaian perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8). Mengikut Lapuran Ketua Audit 2005, daripada 186 projek ini, ada 46 projek belum dibina dan 89 sedang dilaksana. Macam mana rakyat boleh menfaatkan daripada projek pembangunan bila ia langsung tidak dilaksanakan?

 

Pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka Membazirkan Wang Rakyat Dan Tidak Bertanggungjawab Kerana Bersikap Boros Dalam Pengurusan Kewangan.

Cadangan membina bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka membazirkan wang rakyat dengan kos penggunaan bangunan lama setinggi RM 535,041.45 setiap hari bersidang. Bangunan DUN baru yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan siap pada 2015 adalah tidak bertanggungjawab dan bersikap boros dalam pengurusan kewangan atas tiga sebab utama berikut.

 

1.      Bangunan DUN lama yang telah makan perbelanjaan RM 85,606,631.53 telah siap 10 tahun yang lepas dan masih boleh dipakai. Sekiranya ia akan digantikan dengan bangunan baru di tapak baru pada 10 tahun yang akan datang, ini bermakna ia hanya digunakan untuk tempoh 20 tahun, satu tempoh masa yang amat singkat bila bangunan seharusnya diguna pakai sekurang-kurangnya 50 tahun.

 

2.      Persidangan DUN hanya berjalan selama 8 hari setiap tahun, satu tempoh masa singkat yang mencerminkan kurangnya budaya dan perjalanan demokrasi dan akauntabiliti di negeri Melaka. Adakah perlu satu bangunan baru bila mesyuarat hanya digunakan selama 8 hari setahun atau 2.2%? Sekiranya YAB ingin meneruskan projek Bangunan DUN baru pada 2015 maka bangunan DUN lama berharga RM  85,606,631.53 juta digunakan 160 hari pada tempoh 20 tahun ini ataupun RM 535,041.45 setiap hari DUN Melaka bersidang, kos yang amat tinggi tanpa mengira kos penyelenggaraan selama 20 tahun ini.

 

3.      Kekosongan Bangunan DUN lama akan menambahkan bangunan dan hartanah kerajaan yang dibiarkan kosong kerana tidak ada penyewa yang berminat. Mengapakah bangunan kosong yang sedia ada tidak boleh digunakan seperti Bangunan Pertam di Melaka Baru, Bangunan EXPO di sebelah Taman Buaya Ayer Keroh, Graha Maju, Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan.

 

Oleh demikian, kami harap YAB boleh menggugurkan cadangan ini demi kepentingan rakyat. Wang projek bangunan baru yang boleh dijimatkan sekadar RM 100 juta ini harus disalurkan kepada projek menfaatkan rakyat seperti membina longkang, jalan dan tiang lampu jalanraya.

 

Sepatutnya masalah banjir kilat harus diatasi dengan pembinaan sistem perparitan baru. Akan tetapi kita lihat kerajaan dan YAB lebih berminat membelanjakan wang untuk projek besar ataupun perancangan berniat jahatnya menambahkan pengundi UMNO sekurang-kurangnya sebanyak 10% atau 7,000 orang menjelang pilihanraya supaya BN boleh terus menang dan mengekalkan kemenangan di Kawasan Parlimen Kota Melaka.

 

Tindakan Saman Letak Kereta Dan Lori Dengan Sesuka Hati Menyusahkan Rakyat

Tindakan saman letak kereta dan lori oleh majlis kerajaan tempatan termasuk MBMB, MPAG dan MDJ amat menyusahkan dan membebankan rakyat. Jawapan bahawa sesiapa yang tidak berpuashati boleh pergi mahkamah adalah tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab bila MBMB tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggari undang-undang. Contohnya café X-tracts di Jalan Laksamana selalu mengganggu ketenteraman penduduk tempatan dengan bunyi bising sehingga awal pagi.

 

Pihak kerajaan negeri harus memandang berat pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M. Kayveas bahawa ahli majlis kerajaan tempatan beroperasi macam kongsi gelap. 

(16/10/2006)     


*Betty Chew Gek Cheng, DAP Melaka Wanita Chairman, State Assemblyman for Kota Laksamana

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: