http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Kerajaan perlu memperjelaskan sebab-sebab keengganan menurunkan harga minyak

 


Media Statement

by Lau Weng San


(Petaling Jaya, Wednesday): Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Hadi memberitahu media pada 13hb Oktober 2006 bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan harga produk minyak biarpun harga antarabangsa minyak mentah telah merosot mulai pertengahan tahun ini sehingga sekarang.

Apabila harga minyak mentah antarabangsa merosot dalam tiga bulan berturut-turut, kenyataan Awang Hadi tidak langsung memperjelaskan sebab-sebab kerajaan tidak menurunkan harga produk minyak demi meringankan bebas rakyat khususnya apabila rakyat sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan hari kebesaran.

 

Kerajaan telah pada 28hb Februari 2006 ini mengiystiharkan bahawa harga runcit semua produk petrolum dinaikkan sebanyak 30 sen seliter/sekilogram. Kenaikkan harga minyak ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada rakyat jelata dan beberapa siri demonstrasi telah diadakan untuk membantah tindakan kerajaan ini.

 

Malaysia sebagai sebuah pengeluar minyak mentah bersih sepatutnya dapat menikmati keuntungan/kebaikan daripada kenaikan harga minyak mentah antarabangsa dan rakyat Malaysia sepatutnya dapat dilindungi daripada kenaikan harga minyak ini. Walaupun begitu, hakikatnya adalah berlawanan dengan apa yang dihasratkan apabila kerajaan menaikkan harga minyak dengan alasan bahawa harga minyak mentah antarabangsa turut meningkat pada masa itu.

 

Apa yang kita tidak memahami ialah jikalau kita mengikut logik kerajaan ini, maka harga minyak sepatutnya diturunkan secara beransur-ansur apabila harga minyak mentah antarabangsa semakin merosot selepas mencecah paras USD70 setong pada bulan Jun/Julai. Kini, harga minyak mentah antarabangsa berada pada paras USD57 setong. Kalau kerajaan boleh menggunakan alasan harga minyak mentah antarabangsa yang tinggi sebagai alasan untuk menaikkan harga produk minyak sebanyak 30 sen seliter/sekilogram, mengapakah kerajaan enggan untuk menyelaraskan/menurunkan harga produk minyak apabila harga antarabangsan merosot?

 

Lebih-lebih lagi, kerajaan sudah mendapat keuntungan yang lebih tinggi hasil daripada kenaikan harga minyak mentah antarabangsa. Ini jelas kelihatan dalam Laporan Ekonomi tahun 2006 dan 2007 seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah yang dipetik daripada Laporan Ekonomi kedua-dua tahun ini.

 

 

Pendapatan

Sebenar 2005

Revisi Anggaran

Pendapatan 2006

Angarran Bajet

2007

 

 (RM bilion)

 (RM bilion)

Peratusan Perubahan

 (RM bilion)

Peratusan Perubahan

Cukai Pendapatan Petroleum

14.566

20.404

40.1%

24.693

21.0%

Duti Eksport Minyak Mentah

2.029

2.493

22.9%

2.462

-1.2%

Royalti Petroleum & Gas

3.293

4.105

24.7%

4.392

7.0%

Dividen Petronas

11.000

18.000

63.6%

22.000

22.2%

Jumlah

30.888

45.002

45.7%

53.547

19.0%

 

Daripada jadual ini, adalah jelas bahawa kerajaan mendapat keuntungan/pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada kenaikan harga minyak mentah dan ini berlaku apabila kerajaan mengurangkan subsidi. Oleh kerana subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan telah berkurang, maka beban yang terletak pada bahu rakyat sudah bertambah.

 

Dengan itu, kerajaan tidak harus bersifat tidak tahu atau sambil lewa dengan memaksa rakyat terus memikul harga minyak yang tinggi sementara kerajaan sendiri menikmati hasil kenaikan harga minyak mentah antarabangsa tanpa perlu memikul subsidi minyak.

 

Apabila harga minyak mentah merosot, harga minyak domestik juga harus diselaraskan/diturunkan sejajar. Jikalau ini tidak dilakukan, daya persaingan para peniaga dan pekilang Malaysia akan terus merosot dan mereka tidak berupaya untuk terus bertahan dengan harga minyak yang tinggi.

 

Oleh itu, Kerajaan harus mengeluarkan satu kenyataan yang lebih komprehensif untuk memperjelaskan sebab-sebabnya harga minyak tidak dapat diturunkan dan ini seboleh-bolehnya dilakukan dengan menunjukkan cara-cara pengiraan yang berkaitan untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Jika ini tidak dilakukan, ianya hanya akan menambahkan lagi kesangsian rakyat terhadap kredibiliti dan keamanahan pentadbiran kerajaan.

(18/10/2006)     


* Lau Weng San, DAP Selangor Publicity Secretary

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: