http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Kerajaan Negeri Selangor gagal menangani masalah banjir – adakah ini ialah tuduhan melulu atau kerajaan negeri ingin lari daripada tanggungjawabnya?

 


Media Statement

by Lau Weng San



(Petaling Jaya, Wednesday):
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir toyo telah pada 12hb September menyatarkan bahawa tuduhan bahawa kerajaan negeri gagal menangani masalah banjir dengan baik adalah tuduhan melulu yang bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri.

Kami berpendapat bahawa MB tidak seharusnya asyik menuding jari terhadap orang lain tanpa melihat apakah kelemahan pada kerajaan negeri sendiri kerana ini bukannya kali pertama berlakunya banjir yang sebegini serious di Selangor tahun ini. Pada bulan Februari yang lepas, satu banjir kilat yang jauh lebih serious telah melanda kawasan yang sama dan kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Khir Toyo sudah sepatutnya mempelajari pengajarannya, apatah lagi negeri Selangor di bawah kerajaan pimpinan Khir Toyo sudah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai negeri maju.

 

Apa yang patut dilakukan oleh Khir Toyo ialah untuk memperjelaskan keadaan sebenarnya dan ini paling baik dilakukan pada bulan Mac yang lepas apabila kerajaan negeri mempunyai peluang untuk membentangkan satu kertas putih di DUN Selangor pada 14hb Mac untuk memperjelaskan segala-galanya.

 

Ini antaranya merupakan seruan utama DAP Selangor semasa berlakunya kejadian banjir besar pada bulan Februari.

 

Malangnya, seruan ini tidak dihirau langsung. Dan apabila MB sendiri tidak ingin tampil memberi penjelasan kepada rakyat, bagaimana MB boleh menolak segala tanggungjawabnya kepada orang lain dan mendakwa bahawa tuduhan-tuduhan terhadap kerajaan negeri sebagai tuduhan melulu?

 

Saya sendiri telah melawat ke tempat kejadian iaitu Kampung Melayu Kebun Bunga untuk memantau keadaan di situ dan saya mendapati keadaan itu sangat serious di mana jalan-jalan di sana begitu becak dan penduduk-penduduk kampung menuduh bahawa air banjir mencecah ke paras satu meter dalam. Kedalaman air sebegini cukup untuk melemaskan mana-mana budah kecil.

 

Malangnya, saya tidak melihat apa-apa bantuan kemanusiaan ataupun skuad pembantu daripada agensi kerajaan untuk membantu penduduk-penduduk kampung. Yang kelihatan ialah penduduk-pendudk sendiri yang kena bertungkus-lumus membersihkan kampung halaman masing-masing dan banyak harta benda mereka yang rosak akibat ditenggelami air banjr.

 

Inilah mentaliti yang ditonjolkan oleh kerajaan negeri yang kononnya sebuah kerajaan yang mengurus negeri yang maju.

 

Siapa yang boleh dipersalahkan kecuali MB sendiri jikalau kerja-kerja penanganan banjir ini tidak dijalankan dengan baik dan betul.

 

(13/09/2006)


* Lau Weng San, DAP Selangor Publicity Secretary

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: