http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
SUHAKAM harus dibenar masuk ke kampus jikalau KPT berkeyakinan dengan pihak Universiti dalam pilihanraya kampus

 


Media Statement

by Lau Weng San



(Petaling Jaya,
Sunday): Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohammend berkata pada hari Jumaat bahawa SUHAKAM tidak diperlukan untuk memantau pengendalian pilihanraya kampus yang bakal diadakan di semua IPTA kecuali Univerisit Utara Malaysia (UUM), kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempunyai keyakinan dengan pihak Universiti dalam pengendalian pilihanraya kampus.

Beliau turut mengatakan bahawa jikalau SUHAKAM dibenarkan masuk ke dalam kampus, ianya menunjukkan bahawa KPT tidak mempunyai keyakinan pada pihak Universiti.

 

Ini ialah apa yang diutarakan oleh Mustapa semasa mereka berjumpa dengan segolongan mahasiswa-mahasiswi pro-establishement, yang sedang memegang tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa di kebanyakan IPTA sekarang di Pusat Perdagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre, PWTC) pada hari Jumaat bersama-sama dengan Timbalam Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

DAPSY berasa amat kecewa dengna hujah-hujah Menteri ini kerana SUHAKAM harus dibenarkan masuk jikalau KPT benar-benar percaya dan yakin bahawa pilihanraya kampus yang bakal dijalankan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama. Apabila SUHAKAM tidak dibenarkan masuk, ini sebenranya menunjukkan bahawa KPT sendiri pun mengesyaki sama ada pilihanraya kampus dapat dijalankan dengan telus dan adil biarpun KPT tidak bercakap sedemikian.

 

Sebenarnya, persoalan sama ada sesuatu pilihanraya itu ialah pilihanraya yang adil dan telus bergantung kepada dua faktor utama:

Pertama, sama ada pihak Universiti betul-betul mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan,

Kedua, sama ada pihak pemantau pilihanraya bebas dari luar kampus, termasuk SUHAKAM, dibenarkan masuk ke kampus untuk memantau pengendalian pilihanraya kampus.

 

Ingin kami tekankan di sini ialah bahawa pemantauan pilihanraya tidak hany dihadkan kepada pilihanraya kampus sahaja, malahan dalam sejarah perjalanan pilihanraya umum di negara kita, terdapat juga badan-badan pemantau pilihanraya asing yang diundang khas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk datang ke Malaysia demi memantau perjalanan proses pilihanraya di Malaysia.

 

Satu contoh yang paling baik ialah pilihanraya umum pada tahun 1990, di mana SPR menjemput badan pemantau pilihanraya Komanwel untuk datang ke negara kita untuk memantau perjalanan proses pilihanraya pada tahun 1990.

 

Dengan itu, kita boleh mengatakan bahawa perjalanan proses pilihanraya dengan pemantauan badan bebas merupakan satu perlaksaan proses demokrasi paling asas yang tidak boleh dilengah-lengah atau dilalaikan. Apabila KPT tidak membenarkan SUHAKAM untuk memantau pengendalian proses pilihanraya IPTA, maka ini juga menunjukkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohammed langsung tidak menunjukkan keinginan politiknya untuk melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang sudah lama dinanti-nantikan ini.

 

(17/09/2006)


* Lau Weng San, DAP Selangor Publicity Secretary

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: