http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Najib dan Mustapa Patut Jadi Menteri/Pemimpin Negara kepada Semua Warga Pelajar IPT
 


Media Statement

by Fong Po Kuan



(
P
arliament, Tuesday
): Belia DAP ingin mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed bahawa mereka masing-masing adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kepada semua warga pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bukan setakat kepada pelajar atau badan tertentu  yang terpilih sahaja.

Menurut laporan media, Najib dan Mustapa telah enggan berjumpa dengan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ketika pelajar-pelajar ini ingin berjumpa dengan kedua-dua pemimpin ini untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pilihanraya kampus yang akan berlangsung Khamis ini.

Pada ketika itu, Najib dan Mustapa mengadakan perjumpaan dengan 300 orang perwakilan pelajar dari IPT bagi membincangkan isu-isu pelajar dan juga pindaan kepada AUKU.

Pada pendapat saya, kedua-dua pemimpin ini sepatutnya menghargai kedatangan pelajar-pelajar SMM yang bersedia untuk menyampaikan pandangan mereka terhadap isu yang melibatkan mereka sebagai pelajar juga.  Tindakan pemimpin Negara ini menolak perjumpaan bagi menerima memorandum tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

Tambahan, di dalam proses pemindaan AUKU tersebut oleh Kementerian, kerajaan seharusnya menyambut baik dan menggalakkan penyampaian memorandum, perbincangan dan pertukaran pandangan dan bukannya menolaknya dengan memberi alasan bahawa pelajar-pelajar ini tidak berdaftar di bawah AUKU, oleh itu, tidak diberi layanan yang setaraf dengan perwakilan pelajar  lain yang berdaftar.

Kedua-dua pemimpin harus diingati bahawa mereka adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang  masing-masing memegang jawatan tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi semua warga pelajar IPT.

Mereka  patut memberi hak pendengaran kepada semua warga, tanpa mengira samada mereka berdaftar atau tidak dan berpandangan sehaluan atau berbeza dengan kerajaan.

Najib dan Mustapa patut menetapkan satu masa untuk berjumpa dan mendengar pandangan daripada mana-mana organisasi pelajar termasuk berdaftar atau tidak, individu-individu berkenaan pindaan AUKU ini sebelum pembetangan pindaan kepada AUKU ini di Parlimen.  Dengan demikian, pindaan kepada AUKU tersebut akan meliputi kebanyakan pandangan pelajar dan bukan setakat pelajar yang terpilih sahaja. 

(19/09/2006)


* Fong Po Kuan, DAP Assistant National Publicity Secretary & MP for Batu Gajah

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: