http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Selamat Tahun Baru Cina

________________
Chinese New Year Message
by Dr Tan Seng Giaw  
_____________
______

 

(Kuala Lumpur, Friday) : Saya mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada semua orang di Malaysia dan seluruh dunia.

Laut tidak membuang sungai,
rimba tidak membuang latah.

Di dalam ekonomi, walaupun Kerajaan menegaskan bahawa pertumbuhannya adalah lebih dari 6% dan pelaburan RM46 bilion, suasana perniagaan adalah tidak cerah. Semoga Tahun Baru ini akan membawa keadaan yang lebih baik.

Di dalam politik, kita memerlukan toleransi dan persefahaman serta menjauhi segala jenis pelampau. Perdana Menteri telah menubuhkan Institut Integriti Nasional dan Pelan Integriti Nasional. Rakyat mestilah memberi sokongannya untuk sama-sama membanteraskan rasuah dan penyelewengan yang lain. Mudah-mudahan politik wang dapat diatasi.

Di dalam pendidikan, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin haruslah menunjukkan sikap adil kepada semua aliran sekolah. Dari 2001 hingga 2010, Tan Sri Musa melancarkan Pembangunan Pendidikan. Kemudian, dari 2006
hingga 2010, Datuk Seri Hisham mengadakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ini telah bertindih: Tan Sri Musa dan Datuk Seri Hisham masing-masing mempunyai pelan induk. Rakyat berkehendakkan penjelasan. RM23 bilion telah
diperuntukkan bagi pendidikan lima tahun akan datang. Diharapkan benar Menteri melakukan sistem tender terbuka.

Di dalam pengangkutan, kehadiran polis berunifom di bas-bas ekspres yang dipilih secara rambang, pembinaan pondok memerhatikan lalulintas di lebuhraya dan OPs Sikap mungkin akan mencapai matlamat untuk keselamatan jalan. Kabinet patutlah menimbangkan masalah kesusahan rakyat ketika membuat keputusan untuk kenaikan kadar tol dan penswastaan lebuhraya. Kewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam yang bagus adalah penting.

Di dalam keselamatan, selain daripada kerjasama di antara polis dengan rakyat, polis haruslah menambahkan 60,000 anggota berbilang kaum di dalam lima tahun akan datang seperti yang diluluskan oleh Kabinet. Sekarang, jumlah anggotanya adalah lebih 80,000. Polis mestilah menghayati 10 teras strategik Suruhanjaya Diraja, termasuk membendung jenayah, menghapuskan rasuah dan menaikkan gaji polis.

Di dalam hal ehwal pengguna, adalah peri mustahak bagi Kerajaan mengukuhkan mekanisme kawalan harga supaya harga barangan tidak akan melambung.

Di dalam kesihatan, Kerajaan haruslah menilai dan memantaukan dengan berkesan latihan dan perkhidmatan doktor pakar, untuk memastikan para pesakit menerima rawatan yang baik. Kawalan terhadap daging, sayur dan lain-lain makanan perlu dipertingkatkan agar semua jenis makanan tidak mengandungi racun semacam beta-agonis yang merosakkan badan manusia.

 

(16/2/2007)  


*Dr Tan Seng Giaw ,  DAP National Deputy Chairman and MP for Kepong

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: