http://dapmalaysia.org Forward Feedback
13 Jun 2007 YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. MALAYSIA. Menerusi Fax: 03-88883975 Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Perbelanjaan lebih sejuta ringgit terlalu mahal untuk lawatan makan angin ke Latin Amerika dan Paris oleh rombongan YAB Ketua Menteri Melaka yang berlawanan dengan prinsip kesederhanaan dan berhemat dalam perbelanjaan wang awam Kami ingin menarik perhatian YAB tentang lawatan luar negeri oleh kerajaan negeri Melaka ke Latin Amerika menerusi Paris yang akan dilangsungkan pada 14 hb Jun 2004 selama dua minggu. Rombongan kerajaan negeri Melaka diketuai oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri bersama TYT Gebenor Melaka, akan mengunjungi beberapa negara termasuk Perancis, Brazil, Argentina, Chile dan Cuba. Belum dapat dipasti lagi berapa anggota kerajaan negeri dalam rombongan luar negeri ini tetapi yang pasti ialah kos perbelanjaan ini melebihi RM 1 juta. Perbelanjaan lebih sejuta ringgit dalam lawatan makan angin ke Latin Amerika dan Paris oleh rombongan YAB Ketua Menteri Melaka ketara berlawanan dengan prinsip kesederhanaan dan berhemat dalam perbelanjaan wang awam. Sehingga sekarang kerajaan negeri enggan mengumumkan butiran terperinci tentang “itenary” atau program perjalanan, tapak lawatan serta VIP yang akan ditemui. Ini menimbulkan persoalan samada lawatan negeri ini lebih merupakan lawatan makan angin percuma oleh YAB Ketua Menteri Melaka dan rombongannya daripada urusan rasmi tanpa sebarang menfaat yang bermakna kepada rakyat Melaka. Ini adalah boros serta menyalahgunakan wang rakyat. YAB Ketua Menteri juga enggan menggariskan apakah bentuk faedah yang akan diperolehi oleh rakyat Melaka dalam lawatan makan angin ke Latin Amerika menerusi Paris ini. Ini mungkin menyebabkan lwatan makan angin dijalankan secara sulit dan senyap-senyap tanpa diperasaan oleh rakyat, khususnya tentang kos perbelanjaannya. RM1 juta terlalu mahal untuk makan angin! Oleh itu adalah berkepentingan awam, YAB melarang lawatan makan angin dijalankan sehingga prinsip akauntabiliti dan ketelusan ditegakkan dengan penjelasan penuh oleh YAB Ketua Metneri tentang kos, program lawatan dan faedah yang diperolehi oleh rakyat Melaka serta perlunya begitu ramai anggota kerajaan menyertai lawatan makan angin ini. Penyalahgunaan wang awam sedemikian memang mencemarkan usaha YAB memupuk sifat integriti. Sekian. Yang benar,
LIM GUAN ENG SETIAUSAHA-AGUNG
(13/6/2007)
* Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP |