http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Jaminan kontraktor dan sub-kontraktor yang layak dipilih menjalankan projek ini agar LTABB tidak menjadi Lapangan Terbang Antrarabangsa Bangkok yang baru

 

_______________________________________________
Ucapan Penangguhan Di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka
by Betty Chew Gek Cheng 
_____________
_____________________________________

 

(Melaka, Thursday) : Projek penglebaran dan menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam(LTABB) sebanyak RM 130 juta untuk membolehkan kapalterbang Boeing 737 dan Airbus 320 mendarat menghadapi masalah projek pembinaan belum dimulakan sungguhpun kerja pecah tanah dijalankan tahun lepas menimbulkan pertanyaan samada ia boleh siap mengikut jadual pada akhir tahun 2008 dan apakah kos Instruments Landing System(ILS) dan radar yang dipasang.

6 Perkara pokok yang kini menghantui projek ini.

  1. Tidak ada peruntukan untuk memasang ILS untuk waktu malam ataupun night-landing system yang bermakna LTABB tidak boleh digunakan sepenuh masa dan hanya pada siang hari. Apakah jenis lapangan terbang yang digelarkan antarabangsa sekiranya tidak boleh digunakan pada waktu malam? Kegagalan memasangnya akan menjejaskan penggunaan LTABB dan bilangan pelancong asing yang ingin ditarik dari luar negeri kurang kerana banyak penerbangan antarabangsa berlaku pada waktu malam. Apakah kos untuk memasang night-landing system ini dan bolehkah kerajaan negeri sendiri membiayainya sekira kerajaan pusat masih berdegil enggan memasangnya?

  2. Adakah tender terbuka dijalankan bila ia diberikan kepada konsortium yang mengandungi Datuk Mohd Din dari Uni Integrated Sdn Bhd, Kumpulan Melaka Bhd, dan Kota Cekap Sdn Bhd? Banyak soalan ditanyakan tentang kemampuan Datuk Mohd Din menjalankan projek yang begitu besar ini dengan memilih sub-kon yang layak.

  3. Adalah perlu kontraktor dan sub-kontraktor yang berkelayakan dan mempunyai track record baik dipilih agar menjayakan projek ini supaya ia tidak menjadi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di Bangkok. Desas-desus bahawa konsortium ini ingin melantik sebuah syarikat bernama Jati Erat Sdn Bhd sebagai sub-kontrakor menjalankan kerja tanah(earthworks) sungguhpun orang utama dalam syarikat sub-kon kerja tanah tersebut didakwa sebagai bangkerap dan mempunyai track rekod yang buruk. Kerja tanah yang bernilai RM 20 juta merupakan bahagian penting kerana asas landasan kapalterbang(runway) bergantung kepada kerja tanah yang dijalankan agar ia padat, stabil, kukuh dan rata.

  4. Melebarkan dan memanjangkan runway daripada 1.2 km ke 1.8 km memerlukan kontraktor and sub-kon yang dipercayai berkemampuan dan adalah perlu satu kriteria profesyenalisma di tetapkan oleh pihak kerajaan negeri, Kementerian Pengangkutan atau JKR untuk memastikan hanya yang layak dipilih;

  5. In berbalik kepada soalan kebolehan tentang kontraktor dan samada kerajaan negeri boleh menghabiskan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan pada akhir tahun 2008. Malangnya kerja belum dimulai dan adalah tidak berkemungkinan ia sempat siap sepertimana yang dijadualkan. Apakah punca kelambatan ini kerana setiap hari lewat merupakan kerugian kewangan di kawasan setempat yang bergantung kepada LTABB dan kehilangan mengambil peluang dalam sektor pelancongan?

  6. Kerajaan negeri Melaka bertanggungjawab menjaga kebajikan kontraktor and rakyat Melaka. Adakah kerajaan dapat memastikan lebih daripada 50% kontrak yang begitu besar sebanyak RM 130 juta ini seperti arkitek, pakar perunding jurutera diberikan kepada orang tempatan?

Kesimpulannya ialah projek LTABB ini terlalu penting untuk gagal atau lambat disiapkan mengikut jadual. Tidak masuk akal membelanjakan RM 130 juta bila ia tidak boleh digunakan pada waktu malam. Untuk memastikan ia tidak gagal dan cepat siap, hanya sub-kon yang berkelayakan dipilih menjalankan projek ini dan bukanlah mereka yang bengkerap diberikan layanan istimewa seperti kerja tanah sebanyak RM 20 juta. Pemilihan sub-kon untuk bahagian besar projek ini harus dipantau oleh pihak kerajaan. Bukan sahaja kerajaan mesti jaminkan ia siap mengikut jadual pada akhir 2008, kerajaan negeri mesti juga memastikan ia memenuhi standard antarabangsa.

(29/3/2007)     


*Betty Chew Gek Cheng, Malacca State Assembly Opposition Leader and State Assemblywoman for Kota Laksamana

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: