http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Rakyat Melaka tidak akan menerima sebarang loji pelupusan sampah bernilai beratus-ratus juta ringgit berhampiran kediaman Mereka tanpa sebarang rundingan bila ia membabitkan masalah serius berkaitan dengan kesihatan dan alam sekitar

 

_______________________________________________
Ucapan Usul Di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka
by Betty Chew Gek Cheng 
_____________
_____________________________________

 

(Melaka, Wednesday) : Rakyat Melaka tidak akan menerima sebarang pembinaan loji pelupusan sampah bernilai beratus-ratus ringgit juta ringit berhampiran kediaman mereka tanpa sebarang rundingan bila ia membabitkan masalah serius berkaitan dengan kesihatan dan alam sekitar. Pengumuman mengejutkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 10.3.2007 bahawa Melaka berharapan boleh memperolehi sebuah loji pelupusan daripada kerajaan pusat kerana tidak ada kawasan yang sesuai lagi untuk tanah buangan sampah (landfill). 

Berikutan pengumuman ini, rakyat Melaka tanyakan di manakah cadangan loji perlulupsan ditapakkan kerana saya yakin tidak ada sesiapa mahukan loji perlulupsan ini berdekatan dengan rumah kediaman mereka! Sekiranya begitu yakin tentang kesesuaian dan keselamatannya, adakah YAB bersedia menempatkannya di sebelah kediaman rasmi YAB KM? 

YAB KM menyatakan tidak ada lagi “landfills sampah” yang boleh menampung 1,000 tan sisa sampah yang dikeluarkan oleh Melaka setiap hari bila “landfill sampah” yang sedia ada memenuhi tahap maksimanya dalam masa dua tahun lagi. Memandangkan “landfill sampah” ini tidak boleh berdekatan pusat penduduk, ia adalah tidak sesuai untuk kawasan-kawasan di Melaka Tengah yang menyaksikan urbanisasi yang pesat atau di persekitaraan Jasin atau Alor Gajah yang menjadi kawasan tadahan air yang penting.  

Takkan YAB KM tidak tahu bahawa sebuah loji perlupusan sampah boleh bertapak di tengah kotaraya Melaka tanpa mengeluarkan sebarang bau atau pencemaran? Sekiranya selamat, mengapakah loji perlupusan sampah menggunakan teknologi terkini Jepun di Broga mendapat tentangan hebat penduduk tempatan berdasarkan kebimbangan kesihatan dan alam sekitar. 

Perlunya sebuah loji perlupusan sampah menunjukkan kegagalan kempen kesedaran kitar semula yang dianjurkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting. Dengan hanya 13% sisa buangan keras dikitar semula, kegagalan Ong telah memaksa kerajaan memilih loji perlupusan sampah sebagai alternatif menangani longgokan sampah yang kian bertimbun. 

Sungguhpun kerajaan mendakwa bahawa perlupusan adalah selamat, YAB KM tidak boleh nafikan wujudnya perasaan bimbang di luar negeri tentang impak negative akibat dioxin yang merupakan sisa buangan sampingan loji perlupusan ini. Bergantung kepada alasan bahawa di Jepun pun membina loji perlupusan di kawasan kediaman berpendudukan pesat susah diterima bila tidak ada sebarang jaminan bahawa penyelenggaraan dan pengawalseliaan loji perlupusan sampah akan dijalankan dengan baik menurut garispanduan yang ditetapkan.  

Adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan suatu penggunaan kuasa dengan sewenang-wenangnya untuk kerajaan negeri Melaka mencadangkan loji perlupusan sampah bila YAB Perdana Menteri mengakui bahawa sungguhpun Malaysia mempunyai infrastruktur Dunia Pertama tetapi penyelenggaraannya tetap pada tahap Dunia Ketiga. Siapa akan bertanggungjawab sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam loji perlupusan sampah dengan tahap penyelenggaraan Dunia Ketiga ini? 

Lagipun, membina loji perlupusan beratus-ratus juta memerlukan penduduk membuat bayaran kos yang tinggi untuk menyelenggarakan kos perlupusan. Ini adalah tambahan ke atas kadar cukai pintu dan membebankan pembayar cukai. Sekiranya rakyat Malaysia enggan membayar perkhidmatan pembetungan IWK, adalah sukar untuk rakyat membayar kos perkhidmatan perlupusan sampah yang selama ini termasuk dalam kiraan bayaran cukai pintu. 

Untuk isu yang begitu serius, YAB KM harus memerhatikan prinsip dan semangat demokrasi dengan mengadakan rundingan dengan penduduk yang terjejas di mana-mana loji perlupusan sampah dicadang ditempatkan. Sebarang tindakan sesuka hati atau kegagalan berunding dengan para penduduk akan mencetuskan perasaan tidak puas hati dan bantahan kuat ke atas loji perlupusan ini. Perkara yang harus dirundingkan dengan para penduduk adalah berkaitan dengan 4 perkara: 

  1. Incompatibility atau Tidak Bersepadanan di mana loji yang didirikan tidak boleh terlalu dekat dengan kilang tertentu seperti makanan atau produk kesihatan;

  2. Proximity atau Berhampiran dengan taman perumahan dan kediaman orangramai dan perlunya satu buffer zone sebanyak 20 km.

  3. Kegagalan kempen berkitar semula pihak kerajaan sehingga terpaksa   melupuskan buangan dengan cara yang mengganggu ketenteraman mental rakyat tentang keselamatan mereka harus dikaji semula mengikut contoh luar negeri; dan

  4. Risiko tinggi ke atas penduduk dan kesihatan sekiranya berlaku kegagalan sistem atau manusia(system or driver failure).

Oleh demikian, saya mencadangkan,

“Bahawa Dewan yang mulia ini membuat satu ketetapan usul bahawa sebarang cadangan membina incinerator lupus sisa sampah di Melaka tidak akan diluluskan sehingga mengadakan rundingan dengan para penduduk yang terjejas demi memastikan keselamatan, kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar terjamin.”

(28/3/2007)     


*Betty Chew Gek Cheng, Malacca State Assembly Opposition Leader and State Assemblywoman for Kota Laksamana

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: