http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus meningkatkan keupayaan dan prestasi

 

__________________
Perbahasan Titah Diraja
by Chong Eng
_____________
________

 

(Dewan Rakyat, Wednesday) : Titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di Petua Agong mengatakan baginda sukacita dengan penubuhan J/K Kabinet mengenai kesaksamaan gender dan berharap J/K ini akan terus mengkaji semula dasar dan undang-undang yang mendiskriminasi wanita supaya hak dan maruah wanita akan terus dilindungi. 

Saya sukacita dengan prihatian seri paduka baginda terhadap hak dan maruah wanita dan berpendapat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus meningkatkan keupayaan dan prestasinya dalam pelaksanaan dalam pekara ini. 

Dasar wanita dan pelan tindakan wanita pertama kali digubah pada RMK6, tetapi sampai hari saya rasa kebanyakan pelan-pelan dan program-program masih belum di laksanakan. Masa kerja anjal, pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, pindahan kepada undang-undang yang mediskriminasi wanita  merupakan beberapa contohnya.  Saya anggar terdapat 80% pelan tindakan wanita yang dirancang pada tahun 1990 masih belum dilaksanakan hari ini. Saya minta menteri KPWKM memberitahu Dewan yang mulia ini apakah sebabnya kementeriannya tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan? 

Jadi saya rasa kementerian jangan membazirkan tenaga dan sumber untuk mengkaji semula dasar dan pelan tindakan wanita  kerana ia masih releven. Yang bermasalah ialah keupayaan pelaksanaan. Saya rasa  tunpukan tenaga dan sumber untuk meningkatkan keupayaan pelaksanaan akan lebih berfaedah kepada semua pihak. 

Kita sering dengar ucapan-ucapan yang manis  yang mengatakan akan membantu ibu-ibu tunggal. Tetapi dua perkara yang  paling diperlukan oleh ibu-ibu tungal miskin masih belum diwujudkan, iaitu pusat penjagaan dan unit khas untuk menendalikan hal elwah nafkah. 

Timbalan menteri dalam negeri telah kata pada tahun 2004 Pindaan akta perkhawinan dan penceraian akan dibuat untuk member perlindungan yang lebih berkesan kepada isteri-isteri yang telah dicerai dan anank-anak mereka. Tetapi sampai hari beribu-ribu ibu tunggal dalam keadaan menderita masih menunggu. Bolehkah YB dari kawasan Banda Tun Razak beritahu dewan ini bilakah belia akan tunaikan janjinya? 

Parlimen telah meminda perkara 8(2) perlembagaan persekutuan untuk menghalang diskriminasi berdasarkan jantina /gender, pada tahun 2001. 

Enam tahun sedah lalu, kami masih menunggu-nunggu undang-undang berunsur diskriminasi gender dibawa ke palimen untk pindaan , perkara 14(1)(b) dan perkara 15(1) perlembagaan persekutuan adalah dua contohnya. 

NGO-NGO wanita pun sudah lama menyeru untuk meminda akta keganasan rumah tangga supaya memberi pelindungan yang lebih bekesan kepada mangsa-mangsanya. Saya difahami J/K teknikal pun telah lama ditubuh.  Apakah sebabnya sampai hari ini ia masih belum dibawa ke parlimen sementera kes-kes keganasaa semakin bertambah? Ini menunjukkan system penyampaian yang kurang berkesan. 

Tuan yang di pertua, 

Perlindungan  maruah wanita tidak boleh berlaku tanpa undang-undang. Gangguan seksual merendahkan harga diri serta maruah wanita. Menurut kajian, seramai 70% daripada pekerja pernah mengalami gangguan seksual dan kebanyakannya adalah golongan wanita . 

Itulah sebabnya Join Action Group on Gender equality telah mengemuka draf rang undang-undang gangguan seksual pada tahun 2001 tetapi telah ditolak oleh kerajaan. Saya rasa sudah sampai masa kita menerima rang undang-undang ini untuk membuktikan keajaan BN bukan cakap kosong sahaja.

(28/3/2007)     


*Chong Eng, MP for Bukit Mertajam and DAP Deputy Secretary General

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: