http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Saya mengesyorkan supaya PDRM meningkatkan keberkesanan dan perkhidmatannya ketika menyambut ulang tahun yang ke-2000 dan menuntut kenaikan gaji 20% lebih tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang lain

___________________
Perbahasan Titah Diraja (2)
by Dr Tan Seng Giaw  
_____________
_________

(Dewan Rakyat, Tuesday) : Sebelum saya teruskan isu yang telah saya sentuh kelmarin, saya meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menjelaskan latar belakang N41, bilangan pegawai sangkut serta amalan keadilan dan meritokrasi yang dapat ditunjukkan.

Semalam, saya telah menyeru supaya YAB TPM mengambil initiatif untuk imigresen, pintu-pintu masuk, keselamatan, Laluan Kedua dan sebagainya sebagai yang termesra di Johor Bahru.

Laluan Kedua hanya menampung 1/10, 10% lalulintas dari Singapura dan 24 kaunter imigresennya kurang sibuk. Mengapa pelancong Singapura mengelak laluan ini? Adakah kadar bayaran RM70 satu kereta terlalu mahal? Saya mencadangkan supaya kadar ini dikaji semula, mungkin dikurangkan kepada misalnya RM35 ataupun ditambahnya insentif yang lain.

Kerajaan mestilah mengkaji sama ada perkhidmatan feri di Selat Tebrau dapat diadakan.

Kerajaan haruslah menentukan peruntukan seperti RM4 bilion untuk WPI dan juga peruntukan bagi koridor-koridor pembangunan lain dapat digunakan dengan berkesan. Menurut YB Menteri Kerja Raya, dari 1990 hingga akhir 2006, sebanyak 9,235 projek telah berjaya dilaksanakan. Sehingga kini, Kementeriannya mempunyai rekod 180 kontraktor yang gagal dan telah dimansuhkan. Perbelanjaan wang rakyat adalah berpuluh bilion ringgit. Sesetengah projek menghadapi masalah, seumpama bangunan Matrade di Jalan Duta, KL, jejambat MRR2, Kepong, dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Semua kementerian patutlah mempelajari daripada kelemahan-kelemahan projek-projek tersebut. Kita perlu mengkaji peranan Unit Perancang Ekonomi, Kementyerian Kewangan dan Kemnterian Kerja Raya dalam perancangan, tender, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek, lalu memperbaiki kaedahnya, cocok dengan piawaian antarabangsa.

Secara ringkas, saya mengesyorkan supaya PDRM meningkatkan keberkesanan dan perkhidmatannya ketika menyambut ulang tahun yang ke-2000 dan menuntut kenaikan gaji 20% lebih tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang lain.

Penyelarasan di antara Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Lembaga Akreditasi dan Majlis Perubatan Malaysia mestilah dipertingkatkan untuk mewujudkan keberkesanan dalam pemantauan standard di 9 IPTA dan 9 IPTS yang menawarkan bidang-bidang perubatan dan farmasi. Kerjaan mestilah mengkaji dasar visa untuk imigren yang cerdik pandai, terutamanya di sektor ekonomi berasaskan pengetahuan. Contohnya, 25% PhDs dan 30% profesor kejuruteraan di Amerika Syarikat adalah imigren yang terpintar.

Seperti di sesetengah negara termasuk Hong Kong, 24% daripada bajet kita ialah untuk pendidikan. Wang ini mestilah digunakan dengan bererti. YB Menteri Pelajaran haruslah mengelakkan pertindihan di antara Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) (PPP) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)(PIPP). Walaupun YB mengatakan bahawa PIPP dihasilkan bagi memantapkan dan membuat penambahbaikan terhadap dasar-dasar dan perancangan strategik yang telah dirancangkan, saya memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang akan saya kemukakan dari semasa ke semasa, termasuk prasekolah, Lembaga Peperiksaan, pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), indikator pencapaian dan lain-lain.

 Hendak belayar di Teluk Betong,
   Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
   Bulat manusia kerana muafakat.

 

(27/3/2007)  


*Dr Tan Seng Giaw ,  DAP National Deputy Chairman and MP for Kepong

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: