http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Saya sangat terkejut pagi ini apabila saya terbaca satu laporan surat khabar dimana sepasangan suami-isteri telah dipisah dan anaknya juga dipisah daripada ibunya atas nama agama Islam

 

__________________
Perbahasan Titah Diraja
by Chong Eng
_____________
________

 

(Dewan Rakyat, Thursday) : Setiap hari kita mulakan mesyuarat kita dengan bacaan doa. Doa itu mengatakan Allah Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Oleh sebab itu, Saya sangat terkejut pagi ini apabila saya terbaca satu laporan surat khabar dimana sepasangan suami-isteri telah dipisah dan anaknya juga dipisah daripada ibunya atas nama agama Islam.

Kes ini berlaku di negari Melaka. Ibu yang terlibat ialah Siti Fatimah. Beliau dilahir sebagai seorang Islam kerana ibu-bapanya memeluk agama Islam. Saya petikkan laporannya:

“Saya dilahir pada 1978. Ibu bapa saya adalah orang yang memeluk Islam. Walau saya dilahir oleh sepasang suami isteri Muslim, tetapi sejak kecil lagi saya dididik dan dibesarkan dengan ajaran agama Hindu oleh nenek saya. Jadi pada tahun 2004, saya telah berkhawin dengan Seresh a/l Veerappan. Walaupun perkhawinan kami ditentang oleh keluarga saya. Semenjak itu hingga ke hari ini, berbagai-bagai masalah telah timbul oleh keluarga saya terhadap saya dan keluarga suami saya.

Pada 19 Disember 2005, saya telah lahirkan seorang anak perempuan di Hospital Besar Melaka. Pada 21 Disember 2005, semasa saya sedang membuat persiapan di Wad Bersalin untuk pulang ke rumah, datanglah empat orang, tiga orang lelaki dan seorang wanita mengenalkan diri mereka sebagai pegawai dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan menyurah saya serahkan anak saya kepada mereka dengan nada yang kasar dan tinggi.

Setelah berlaku pertengkaran mulut di antara pegawai-pegawai JAIM dengan saya, mereka meninggalkan hospital dengan memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan yang lebih kasar sekiranya saya enggan mematuhi kehendak mereka. Hingga hari ini saya tidak dapat uruskan surat akuan beranak untuk anak saya mengikut agama Hindu. Saya perlu menukar nama saya kepada nama Hindu dan harus mendaftar perkhawinan kami dengan sah supaya membolehkan saya menguruskan surat akuan beranank saya.

Memandangkan sejak kecil lagi saya telah memeluk dan mempraktikkan agama Hindu dan tradisinya, sebagai seorang Hindu, ia telah meresap dalam darah dan jiwa saya. Setelah berfikir lebih mendalam dengan sedar dan rela hatinya saya telah membuat keputusan untuk menukar nama saya kepada nama Hindu iaitu Rovathi dengan sah”.

Tuan Yang Di Pertua,

Apa yang dihadapi oleh beliau bukan kes isolation. Terdapat kes-kes yang lain. Saya berpendapat agama adalah berkenaan dengan sifat kemanusiaan. Saya rasa tidak kira atas apa undang-undang pun, kalau kita memisahkan suami-isteri dan ibu dengan anaknya, saya rasa ini tidak secocok dengan nilai agama khasnya Islam yang mengatakan allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tindakan ini juga bertentangan dengan nilai yang ingin dipupuk oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kempen “Utamakan Keluarga”.

Sekarang Revathi ditahan di Pusat Pemulihan di Ulu Yam untuk selama 100 hari dan polis telah datang dengan pegawai Agama Islam dan ibu Rovathi untuk mengambil anaknya.

Suaminya telah buat laporan polis pada 26 Mac mengatakan:

“ Pada 26 Mac tahun ini, jam lebih kurang 6 petang, apabila saya sampai ke rumah saya, saya telah diberitahu oleh kakak dan abang saya bahawa anak saya nama Divayah Tharshini, umur 1 tahun 3 bulan telah diambil oleh pihak JAIM yang datang bersama seorang peguam dan seorang anggota polis serta emak kepada isteri saya. Isteri saya namanya Siti Fatimah telah ditahan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor 100 hari dan sekarang masih ditahan lagi. Dan sepanjang tempoh tersebut, anak saya dibawah jagaan saya sehingga laporan ini”

Suresh kata beliau tidak tahu di mana anaknya sekarang. Saya rasa sekurang-kurangnya anak ini harus dikembalikan kepada ibunya. Bukankah ibunya masih ada? Saya difahamkan Islam itu tiada paksaan. Dalam kes ini, Rovathi telah kata beliau tak pernah praktikan agama Islam dan dia ingin keluar dari Islam. Kalau beliau tidak dibenarkan, bolehkah kita kata dia tidak dipaksa? Dari pandangan seorang ibu dan rakyat biasa, saya rasa tindakan memisahkan suami-isteri dan ibu dengan anaknya adalah sangat kejam.

Saya khuatir kes ini juga akan menjejaskan nama baik agama Islam. Oleh yang demikian , saya merayu kepada Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak-pihak yang berkenaan memulangkan anaknya kepada Revathi.

(29/3/2007)     


*Chong Eng, MP for Bukit Mertajam and DAP Deputy Secretary General

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: