| 
    
     
    
     
      Pemeliharaan Alam Sekitar  
    
    
    ___________________ 
    
    2008 Budget Speech 
    
    
    by   
    
     
    Teresa Kok Suh Sim  
    ______________________ 
    
    
        
    
      (Dewan 
      Rakyat, Wednesday): Datuk yang diPertua, pemeliharaan alam sekitar telah menjadi satu trend 
      politik dunia dan isu yang amat penting kerana kegagalan menjaga alam 
      sekitar bukan sahaja akan menjejaskan kehidupan penduduk, tetapi ia juga 
      akan menjejaskan kesihatan dan nyawa orang ramai. Di sini saya ingin 
      menyampaikan penghargaan saya kepada Jabatan Alam Sekitar yang memberi 
      peruntukan kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk menjalankan Kempen 
      Kesedaran Alam Sekitar dan Pemulihan Sungai. Walaupun peruntukan yang 
      diberi itu tidak begitu banyak, iaitu RM 15,000 sahaja, tetapi usaha ini 
      adalah penting bagi wakil rakyat untuk menunjukkan keprihatinan mereka 
      terhadap pemeliharaan Alam Sekitar.  
       
      Sehubungan dengan ini, saya ingin membangkitkan masalah alam sekitar yang 
      akan disebabkan oleh plan TNB arang batu di Danum Valley dekat Lahat Datu, 
      Sabah. Projek Coal Fired Power Plant ini merupakan satu projek bersama di 
      antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan Yayasan Sabah. Laporan EIA 
      projek ini telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar pada 17 Oktober 
      2005, tetapi EIA projek ini masih belum diluluskan oleh Jabatan Alam 
      Sekitar.  
       
      Walau bagaimanapun, SESB telah membuat banyak pengumuman mengenai projek 
      ini, seolah-olah projek ini tentu akan dilaksanakan. Walaupun arang batu 
      merupakan bahan api yang paling murah tetapi adalah terbukti bahawa arang 
      batu adalah penyumbang utama terhadap pencemaran alam sekitar dan ‘global 
      warming’.  
       
      Di bawah seksyen 5 dalam Laporan EIA kilang janak kuasa ini, ia menyatakan 
      bahawa arangbatu diperlukan untuk mengurangkan pergantungan pada minyak 
      dan terdapat banyak arang batu di seluruh dunia dan harganya adalah tetap, 
      dan juga terdapatnya teknologi untuk menjana eletrik daripada arangbatu 
      dengan kesan alam sekitar yang berkesan.  
    
    
       
      Tetapi kita haruslah ingat, arang batu bukannya sumber yang boleh didapati 
      di Sabah tetapi ia haruslah diimport dari Kalimatan dan Indonesia. Selain 
      itu, tiada apa-apa teknologi yang boleh menghapuskan pollutant daripada 
      udara dan alam sekitar, ia malah tidak terdapat di negara-negara maju 
      seperti di Amerika Syarikat dan Negara German.  
    
    
       
      Apa yang penduduk di sekitar Lahat Datu tidak puas hati ialah, projek ini 
      adakan didirikan di tempat yang berdekatan dengan hutan persimpanan Danum 
      Valley, Tanah Persimpanan Tabin Wildlife dan Davey Bay yang mempunyai 
      kehidupan coral dan marine yang amat sensitif dan indah pemandangannya, 
      penubuhan kilang penjanaan eletrik arang batu di Lahat Datu ini sudah 
      tentu akan merosakkan alam sekitar dan pemandangan yang indah di 
      tanah-tanah persimpanan tersebut selama-lamanya.  
    
    
       
      Mengikut satu pengiraan, coal fired power plant yang akan membakar lebih 
      kurang 750,000 ton arang batu setahun, pollutants yang akan dihasilkan 
      setiap tahun adalah seperti berikut:  
    
    
    
      i) 2 ribu 700 juta (2, 700, 000, 000) kg 
      carbon dioxide setahun, dan carbon dioxide akan menyumbang kepada kesan 
      greenhouse, global warming dan perubahan cuaca (climate change).  
    
    
       
      ii) 11 juta 6 ratus 50 ribu (11,650,000) kg sulphur dioxide setahun. Gas 
      kimia jenis ini akan menjejaskan organ jantung dan pernafasan manusia, 
      selain itu, ia juga akan membentuk hujan asid, merosakkan hutan rimba, 
      menjadikan tanah dan aliran air berasid.  
    
    
       
      iii) 4.1 juta (4,100,000) kg nitrogen oxide setahun yang mana akan 
      mencemarkan air dan kuala sungai, ia juga menyumbang kepada hujan asid, 
      merosakan hutan rimba dan mengasidkan tanah dan aliran air.  
    
    
       
      iv) 400 kg Mercury per plant. Bahan kimia ini akan mencemarkan air laut 
      dan menyebabkan kerosakan neurological terhadap fetus dalam kandungan ibu.  
    
    
       
      v) 110 juta (110, 000, 000) kg sludge dan toxic waste setahun. Ia akan 
      mencemarkan air minuman dan ecosystem di sekitar tempat.  
    
    
       
      vi) Pembaziran dari segi kepanasan. Memandangkan hanya lebih kurang 1/3 
      daripada kepanasan arang batu digunakan untuk mengeluarkan aliran eletrik, 
      jadi kepanasan yang dihasilkan oleh coal fired power plant ini pun akan 
      menyumbang kepada global warming dan ketidakseimbangan sistem ekologi di 
      tanah dan laut.  
    
    
       
      vii) Pengeluaran Soot yang akan menyebabkan asthma dan penyakit jantung 
      manusia, dan juga akan membentuk hujan asid dan membentuk SMOG.  
    
     
    
      Datuk yang diPertua, Lahat Datu Coal Fired 
      Power Plant ditempatkan di kawasan hanya 2 km dari Empangan Lahat Datu. 
      Empangan ini merupakan pembekalan air yang utama ke Danum Valley 
      Conservation Reserve dan Tabin Wildlife Reserve dan Davey Bay.  
    
    
       
      Selain itu, Danum Valley yang terletak lebih kurang 66 km dari barat Lahat 
      Datu merupakan salah satu pristine lowland forest yang terpenting yang 
      tertinggal di Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai salah satu tempat 
      ecosystem yang paling kompleks di dunia. Kawasan Danum mempunyai pelbagai 
      jenis tanaman dan lowland fauna di Sabah, termasuk spesis yang terancam 
      seperti orang utan dan sebagainya.  
    
    
       
      Cynaide di Kilang Raub  
    
    
       
      Datuk yang diPertua, dalam lawatan saya ke Raub, Pahang pada bulan lepas, 
      beribu-ribu penduduk di Bukit Koman di Kawasan Raub, Negeri Pahang merasa 
      amat risau terhadap perlombongan dan proses pemisahan emas yang dijalankan 
      oleh Raub Australian Gold Mining Sendiran Berhad yang menggunakan cyanide.
       
       
      Tapak perlombongan tersebut hanyalah 300 meter dari kawasan kediaman 
      mereka di Bukit Koman. Para penduduk di tempat itu amat bimbang tentang 
      penerapan bahan tosik cynaide dalam tanah, aliran air bawah tanah dan 
      udara di kawasan tersebut.  
       
      Walaupun pihak kerajaan telah memberi banyak kata-kata yang cuba melegakan 
      hati para penduduk di Raub, tetapi dalam lawatan saya ke Bukit Koman, 
      tetapi wakil jawatankuasa penduduk yang menentang cynaide tersebut boleh 
      menjawap balik semua alasan yang diberi oleh pihak kerajaan dan mereka 
      tidak menerima alasan yang diberi oleh pihak kerajaan langsung.  
       
      Saya juga ingin menyeru pihak kementerian boleh menjalankan kajian yang 
      terperinci terhadap sekitar kawasan Raub dan Bukit Koman, untuk mengkaji 
      samada cynaide boleh diresap masuk ke air bawah tanah dan impaknya 
      terhadap kesihatan penduduk di sekitar kawasan itu, supaya insiden 
      pencemaran radioaktif di Bukit Merah tidak akan berlaku di Bukit Koman.
       
       
      Di sini, saya ingin merayu kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam 
      Sekitar supaya menghendaki syarikat berkenaan untuk membentangkan EIAnya 
      semula, kerana EIA yang dibentangkan oleh Raub Australian Gold Mining Sdn 
      Bhd kerana laporan EIA yang dibentangkan oleh syarikat tersebut pada 10 
      tahun yang lepas telahpun ‘out-dated’.  
       
      Cukai Khas (Cess) Terhadap Penanam Kelapa Sawit di Sabah  
       
      Datuk yang diPertua, dalam lawatan saya ke Sabah pada awal Oktober yang 
      lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan penanam kelapa sawit di 
      kawasan Tawau dan Lahat Datu. Mereka amat kecewa dan marah terhadap arahan 
      baru Kementerian Perladangan Industri dan Kommoditi yang menghendaki 
      penanam kelapa sawit yang mempunyai keluasan ladang lebih daripada 100 
      ekar untuk membayar cukai khas ataupun cess atas pengeluaran minyak kelapa 
      sawit. 
    
    
       
      Saya faham tujuan kementerian mengenakan cess terhadap para penanam kelapa 
      sawit di bawah Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS) demi mensubsidise 
      kenaikan harga minyak masakan. Walau bagaimanapun, apa yang diperlukan 
      oleh kementerian untuk mensubsidi kos pengeluaran 60,000 tonnes minyak 
      masakan sebulan ialah RM 390 juta sahaja, manakala jumlah kutipan daripada 
      para penanam kelapa sawit ialah RM 1,790 juta, jadi, apakah kerajaan akan 
      memulangkan lebihan RM 1.4 billion daripada kutipan mereka kepada penanam 
      kelapa sawit?  
    
    
       
      Saya ingin menyeru Kementerian Perladangan Industri dan Komoditi untuk 
      mengecualikan cess yang dikenakan ke atas peladang kelapa sawit di Sabah 
      kerana para peladang ini telahpun dipaksa untuk membayar 7.5% cukai 
      pendapatan kepada kerajaan Negeri Sabah, ini adalah bersamaan dengan RM 37 
      daripada setiap tonne hasilan biji kelapa sawit. Sekiranya kita tambah 
      RM20 kos pengangkutan udara yang dikenakan oleh pihak kilang pemerosesan 
      kelapa sawit terhadap mereka, maka ia pun akan menyebabkan peladang kelapa 
      sawit di Sabah mengalami kerugian sebanyak RM57 setiap tonne bijian kelapa 
      sawit.  
       
      Di sini, saya ingin menyeru pihak Kementerian Perladangan Industri dan 
      Komoditi untuk mengecualikan peladang kelapa sawit di Sabah daripada 
      dikenakan cukai khas ataupun cess, supaya peladang kelapa sawit di Sabah 
      tidak dikenakan ‘double tax”.  
       
      Pencerobohan di KLIA  
       
      Datuk yang diPertua, isu orang Palestine Osama Shublaq berjaya merentasi 
      pagar Lapangan Terbang KLIA dan menyembunyikan diri dalam kotak simpan 
      roda kapal terbang Boeing777 Singapura sehingga tiba di Singapura telahpun 
      mengejutkan kita semua. Isu ini membangkitkan keprihatinan kita semua ke 
      atas keselamatan di Lapangan Terbang KLIA kita.  
       
      Kita masih ingat bahawa KLIA telah mendapat hadiah Airports Council 
      International's Airport Service Quality Awards pada Mac tahun lepas, di 
      mana KLIA digelar sebagai lapangan terbang terbaik dalam kategori lapangan 
      terbang yang mempunyai 15-25 juta pelanggan setahun. KLIA dikatakan lebih 
      baik daripada San Diego International Airport, Zurich dan sebagainya.  
       
      Apa yang aneh ialah, imigration kita tiada rekod tentang orang Palestin 
      ini, ini bermaksud beliau besar kemungkinan telah bersembunyi di KLIA 
      selepas beliau tiba ke KLIA melalui kapal terbang yang lain.  
       
      Pada bulan Januari, KLIA mula mengenakan caj keselamatan sebanyak RM 6 ke 
      atas penumpang kapal terbang dalam negeri dan RM 9 terhadap penumpang 
      kapal terbang antarabangsa. Dengan berlakunya kes ‘stowaway’ ini, hadiah 
      antarabangsa yang diperolehi oleh Malaysia Airport Holdings Berhad ini pun 
      menjadi bahan ketawa orang ramai. Kita juga ingin tanya apakah rasional 
      KLIA untuk mengenakan caj keselamatan ini memandangkan KLIA malah telah 
      gagal mengesan orang Palestine yang merentasi pagar KLIA dan 
      menyembunyikan diri dalam kotak simpan roda kapal terbang.  
       
      Saya ingin minta Menteri Pengangkutan memberi satu penerangan tentang isu 
      ‘stowaway’ di KLIA ini.  
       
      Masalah RELA  
       
      Datuk yang diPertua, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan saya terhadap 
      jawapan yang diberi oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada saya 
      pada 10 September tahun ini.  
    
    
       
      Soalan lisan saya ialah untuk meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk 
      menyatakan bilangan aduan yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang 
      melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi pengusiran Pendatang Tanpa 
      Izin. Berapakah di antara mereka telah pun didakwa di mahkamah dan 
      berapakah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. 
    
    
       
      Hairannya, saya terima jawapan yang berbunyi di bawah:  
    
    
    
      “Untuk makluman Ahli yang Berhormat, 
      setakat ini tidak ada aduan rasmi yang diterima berkenaan dengan anggota 
      RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi. 
      Walaubagaimanapun aduan-aduan yang diterima hanyalah dibuat secara umum 
      melalui akhbar-akhbar yang mendakwa bahawa anggota-anggota RELA bertindak 
      secara kasar, mengambil harta milek Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 
      sebagainya semasa operasi. 
    
    
       
      Setakat ini tiada seorang pun anggota RELA yang didakwa di mahkamah atas 
      kes-kes kesalahan semasa menjalankan operasi.”  
    
     
    
      Datuk yang diPertua, jawapan ini memangnya 
      satu jawapan yang memesongkan dewan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam 
      Negeri. Kita telah puas membaca siri kes jenayah yang dilakukan oleh 
      anggota RELA. Keganasan RELA terhadap pendatang asing tanpa izin dan 
      pekerja asing malah telah memburukkan masalah hubungan dua hala di antara 
      Malaysia dengan Indonesia.  
    
    
       
      Di sini saya ingin menggunakan kes-kes jenayah yang telah disiarkan dalam 
      akhbar untuk menjawab penafian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri:  
    
    
       
      1. Pada 30 Disember 2006, anggota RELA M Suresh dan Norirwanshah Mat Nor 
      merogol seorang gadis berusia 14 tahun di tandas awam di Taman Tasik, 
      seksen 14, Shah Alam. Kedua-dua anggota RELA ini didakwa di Mahkamah 
      Seksyen Shah Alam pada 28 Feb, 2007. (Utusan Malaysia, Feb 28, 2007) 
    
    
       
      2. Pada 17 April 2007, 10 anggota RELA yang berpakaian seragam telah pecah 
      masuk ke rumah asrama pekerja asing di Taman Botani dan Taman Soon Choon. 
      Mereka telah merompak barangan bernilai RM 1,800 dengan senjata api. Ketua 
      Polis Daerah Ipoh, ACP Jalaluddin Ibrahim kemudian mendakwa anggota RELA 
      ke Mahkamah di bawah Kanun Keseksaan 395 atas kesalahan samun berkumpulan.  
    
    
       
      Polis juga mendapati dua daripada 10 anggota RELA berkenaan mempunyai kes 
      jenayah dan pernah didakwa di bawah Kanun Keseksaan 379 (kecurian) sebelum 
      ini. (Utusan Malaysia April 17, 2007) 
    
    
       
      Saya boleh teruskan dengan senarai jenayah yang dilakukan oleh anggota 
      RELA ini. Saya merasa kesal di mana pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam 
      Negeri memberi jawapan yang salah dan bohong di dewan yang mulia ini.  
    
    
       
      Datuk yang diPertua, saya telah menghantar satu usul untuk merujuk 
      Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan 
      Parlimen. Saya berharap Speaker Dewan Rakyat boleh membenarkan usul saya 
      ini dibahas demi menunjukkan dewan kita ini mematuhi Peraturan Mesyuarat 
      kita dan demi memelihara keadilan dan kesaksamaan semua Ahli Parlimen.  
       
      Peranan SUHAKAM  
       
      Datuk yang diPertua, dalam bajet 2008, SUHAKAM diberi peruntukan sebanyak 
      RM 11 juta. Saya ingin tahu macam manakah SUHAKAM menggunakan peruntukan 
      yang diberi kepadanya.  
       
      Dalam penyata pendapatan SUHAKAM yang berakhir pada tahun 31 Disember 
      2005, saya mendapati bahawa item “Perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti” 
      adalah sebanyak RM3,579,999. Saya ingin tanya apakah maksud perbelanjaan 
      ini dan saya ingin pihak kementerian untuk memberi satu penjelasan 
      terhadap item ini.  
       
      Kita mempunyai 18 anggota SUHAKAM dan gaji mereka adalah RM 13K sebulan, 
      yang mana lebih tinggi daripada kita Ahli Parlimen, tetapi kesalnya para 
      anggota SUHAKAM ini tidak bekerja secara sepenuh masa, tetapi mereka hanya 
      merupakan anggota “part-time” sahaja. Saya difahamkan SUHAKAM di Negeri 
      Filipina hanya 5 orang sahaja tetapi mereka berkhidmat sebagai “full-time” 
      dan mereka memang diberi kuasa penuh untuk menjalankan tugas mereka.  
       
      Tibalah masanya bagi kesemua anggota SUHAKAM kita untuk memainkan peranan 
      yang lebih gigih dan berkhidmat sepenuh masa di SUHAKAM. Pada waktu ini, 
      saya mendapati hanya beberapa anggota SUHAKAM memainkan peranan yang aktif, 
      iaitu Siva Subramaniam, Professor Chiam, Simon Sipaun dan satu dua orang 
      lagi, tetapi kita jarang lihat dan dengar komen daripada anggota SUHAKAM 
      yang lain dalam isu yang mencabuli hak asasi manusia. Rakyat Malaysia 
      kelihatan telah lupa siapanya pengerusi SUHAKAM kita. Keadaan SUHAKAM kita 
      ini memang tidak menyumbang kepada perkembangan dan promosi hak asasi 
      manusia di Malaysia.  
       
      Memandangkan ASEAN akan mengadakan ASEAN Charter pada bulan hadapan, dan 
      Malaysia merupakan negara yang kuat menyokong mekenisme hak asasi manusia 
      dimasukkan dalam ASEAN Charter ini, saya ingin menyeru kerajaan supaya 
      memberi lebih kuasa kepada SUHAKAM dan mengambil cadangan mereka secara 
      serius, untuk menjadi teladan kepada negara-negara ASEAN yang lain.  
       
      Saya juga ingin menyeru anggota SUHAKAM juga sanggup memainkan peranan 
      mereka dengan lebih gigih untuk mempromosi hak asasi manusia di negara 
      kita.  
    
    
       
       
    (24/10/2007)      
    
    
     
    *Teresa Kok Suh Sim, DAP National Publicity Secretary 
    & MP for Seputeh. 
    
      |