http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

9 Oktober 2007

 

YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam,

Ketua Menteri Melaka,

Pejabat Ketua Menteri,

Blok Bendahara, Aras 4 (Suite)

Seri Negeri, Ayer Keroh,

75450 Melaka.

 

DENGAN TANGAN

 

Yang Amat Berhormat,

 

Menutup Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) yang bangkerap dan prestasi kewangannya yang amat lemah sehingga ditegur oleh Laporan Ketua Audit Negara 2006 sebagai tidak memuaskan dan tidak patuh kepada peraturan kewangan.

Kami ingin membuat cadangan berani agar PERTAM ditutup kerana sudah menjadi bengkerap dengan prestasi kewangannya yang amat lemah sehingga ditegur oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2006 sebagai tidak memuaskan dan tidak patuh kepada peraturan kewangan. Lebih baik menjimatkan wang rakyat daripada terus membuang wang rakyat berpuluh-puluh juta ringgit cuba menyelamatkan PERTAM yang sudah “hidup segan, mati tidak mahu”.

 

Sebagai Pengerusi PERTAM, YAB adalah bertanggungjawab penuh ke atas segala prestasi pencapaian dan pengurusan kewangan yang diberikan amanah penting membangunkan sector hartanah sama ada memajukan sendiri atau secara penswastaan selaras dengan matlamat menjadikannya sebagai sebuah agensi terunggul dalam pembangunan Tanah Adat Melaka. Saya ingin menarik perhatian YAB ke atas teguran Laporan Ketua Audit Negara 2006 ke atas Melaka terhadap PERTAM.

 

Bagi melaksanakan projek pembangunan, 3 buah anak syarikat telah ditubuhkan dengan prestasi kewangan pada 31.12.2005 seperti berikut:-

 

1.      PERTAM Construction Sdn Bhd dengan kerugian terkumpul 5.03 juta

2.      PERTAM Properties Sdn Bhd dengan kerugian terkumpul 0.32 juta; dan

3.      PERTAM Properties Sdn Bhd dengan kerugian terkumpul 0.65 juta

 

Kerugian terkumpul keseluruhan ketiga-tiga buah syarikat sebanyak RM 6 juta bukan sahaja sekadar tidak dapat membayar pinjamannya malah ia dalam keadaan defisit mengurus yang serius sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

 

Menara PERTAM akan dilelong oleh Bank Rakyat kerana hanya bayar RM 220,000 ataupun satu daripada 53 bayaran ansuran sebanyak RM 11.42 juta.

 

Keadaan bangkerap atau muflis anak syarikatnya dicerminkan oleh PERTAM sendiri. Daripada pinjaman pokok sebanyak RM 35.91 juta yang diperolehi sehingga 31.12.2006, PERTAM tidak mampu membayarnya yang menyebabkan ia bertimbun kepada RM 40.96 juta. Yang paling serius ialah pinjaman RM 18.45 juta pada 28 Januari 2000 daripada Bank Rakyat untuk membiayai pembinaan Menara PERTAM di Melaka Baru dengan kos RM 25.17 juta. Setakat ini PERTAM hanya menjelaskan satu bayaran ansuran berjumlah 220,000 daripada 53 kali ansuran bayaran sebanyak RM 11.42 juta yang sepatutnya dijelaskan sehingga Disember 2006. Demi mendapatkan balik pinjamannya, Bank Rakyat sedang menjalankan proses lelong Menara PERTAM.

 

Adalah sungguh memalukan untuk sebuah bangunan milikan badan berkanun dilelong!

 

Mengapa PERTAM perlu meminjam RM 28.57 juta iaitu RM 3.4 juta lebih daripada kos pembinaanya sebanyak RM 25.17 juta?

 

Satu lagi perkara yang meragukan tentang projek Menara PERTAM ini adalah pinjaman sebanyak RM 28.57 juta diperolehi untuk membiayai kos pembinaannya sebanyak RM 25.17 juta. Mengapa PERTAM perlu meminjam RM 3.4 juta lebih daripada kos pembinaanya? Adalah anih dan luarbiasa sekali, demi membiayai kos pembinaan Menara Pertam sebanyak RM 25.17 juta, Bank Rakyat telah meminjam RM 28.57 juta, iaitu RM 18.45 juta  daripada Bank Rakyat, RM 5.32 juta daripada Yayasan Melaka dan RM 4.8 juta daripada kerajaan negeri.

 

Lagipun sekiranya Bank Rakyat lelong Menara PERTAM, kerajaan negeri dan Yayasan Melaka akan kehilangan pinjaman mereka sebanyak RM 10.12 juta kepada PERTAM. Laproan Ketua Audit Negara juga membuat teguran tentang pengurusan asset dan inventori, hasil serta pelaburan PERTAM yang tidak memuaskan.

 

Secara rumusan, pentabirana PERTAM penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sehingga hartanah PERTAM akan dilelong kelak. Langkah yang paling baik ialah seperti seorang doctor mengubati anggota yang tidak boleh dirawati dengan memotongnya agar menyelamatkan nyawa badan. Prinsip sama ini harus dipakai agar urus tadbir buruk dalam PERTAM tidak menjejaskan malah membahayakan prestasi kewangan kerajaan negeri.

 

Sekiranya YAB tidak berani mengambil tindakan tegas ini YAB mesti menukar lembaga pengurusan PERTAM ini dengan ahli profesyenal yang mahir dan mampu baik dipinjamkan daripada kerajaan pusat mahupun digaji daripada syarikat perakaunan swasta. Sekian.



Yang benar,


________________________
(LIM GUAN ENG)
SETIAUSAHA-AGUNG
 

(9/10/2007)


* Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: