http://dapmalaysia.org Forward Feedback
Saya bagi pihak DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitiri untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya serta buat kalangan rakyat Malaysia amnya yang sama-sama menyambut kemeriahan perayaan di negara berbilang kaum dan agama yang kita sama-sama cintai
______________ Hari Raya Message
by Lim Guan Eng
__________________
(Petaling Jaya, Friday) : Sempena 1 Syawal ini saya bagi pihak DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitiri untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya serta buat kalangan rakyat Malaysia amnya yang sama-sama menyambut kemeriahan perayaan di negara berbilang kaum dan agama yang kita sama-sama cintai.
Saya berharap semangat Hari Raya ini akan menyedarkan kita betapa perlunya kita berganding bahu untuk bersama-sama berusaha ke arah menjadikan negara kita bersih dari segala keburukan dan kemungkaran. Sama ada keburukan dan kemungkaran itu adalah jenayah atau rasuah yang berleluasa, atau sikap pemimpin-pemimpin yang tidak mempedulikan rakyat, atau golongan yang menggunakan kaum dan agama untuk menindas rakyat; itu semua harus kita banteras demi kebaikan Malaysia.
DAP mahu semua pihak bersama-sama menolak sebarang bentuk diskriminasi kaum dan agama di negara dengan bergerak menuju ke arah Bangsa Malaysia yang tulen di mana kita sebagai individu dan rakyat Malaysia dapat meletakkan diri kita dengan bangga sebagai warga Malaysia, dan bukannya mengikut keturunan, kaum atau agama dahulu.
Warga negara Malaysia sudah pasti harus berbahasa Malaysia dan menerima Perlembagaan Persekutuan, khususnya dokumen asal 1957, yang telah pun meletakkan tugas dan tanggungjawab rakyat Malaysia untuk menjdi rakyat Malaysia, dan bukannya berpihak pada kaum-kaum atau kepercayaan-kepercayaan tertentu.
Apabila rakyat Malaysia dapat bersatu hati, pasti kita dapat sama-sama berusaha - tanpa memilih kaum atau agama - untuk menentang dan membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sekatan-sekatan hak serta diskriminasi kaum dan agama.
Dengan itu, kita mampu untuk bersama-sama berusaha mencegah jenayah apabila pasukan keselamatan kita, khususnya pihak polis, bertindak dengan penuh profesional dan tidak tundak kepada tekanan mana-mana pihak. Jenayah yang semakin parah sekarang harus ditangani segera tanpa memilih kaum atau agama, atau di bawah pengaruh pihak-pihak tertentu. Pihak polis harus bebas dalam melaksanakan tugas mereka di samping menjauhi perbuatan-perbuatan menyalahgunakan kuasa atau menerima rasuah.
Saya bagi pihak DAP berharap semangat 1 Syawal yang mulia ini akan tersemat di hati setiap rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, dalam memastikan keadilan akan tertegak juga di bumi Malaysia yang kita kongsi bersama ini.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
(12 /10/2007)
* Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP |