http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

 

                                                                                          6 September 2007

YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

Perdana Menteri Malaysia,

Jabatan Perdana Menteri Malaysia,

Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya. MALAYSIA.                                              DENGAN TANGAN

 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri,                                                                     

Rayuan mengekalkan penternakan Khinzir yang sihat, bersih dan akur kepada kawalan alam sekitar dan menafikan fitnah TV3 dan Harian Metro bahawa bom petrol dilontarkan terhadap pasukan polis Simpanan Persekutuan (FRU)

Dengan hormatnya, rayuan dibuat bagi pihak sebahagian daripada penternak khinzir di Paya Mengkuang, Bukit Beruang dan Kampung Baru Man Lok yang menghadapi pemusnahan mata pencarian berikutan keputusan kerajaan negeri Melaka menghapuskan 100,000 ekor khinzir dan amat kesal dengan tindakan keras oleh pihak penguatkuasa dan polis pada 4 September 2007 yang mengganggap penduduk sebagai musuh negara dengan penggunaan Akat Keselamatan Dalam Negeri. 

Mengikut kerajaan Melaka, ada 148,000 ekor khinzir di 64 ladang khinzir membabitkan ternakan lebih 100,000 ekor di Paya Mengkuang, manakala 13 ladang yang menternak 37,000 ekor khinzir di Bukit Beruang dan 11 ladang di Man Lok dengan 11,000 ekor khinzir..Semalam terdapat 2,000 anggota polis dan kerajaan mengepung ketiga-tiga kawasan ini mulai 7 pagi dengan tujuan menghapuskan 100,000 ekor khinzir. Tindakan keras ini dibantah kerana:-

1.   Tindakan adalah haram di sisi undang-undang kerana tidak ada sebarang notis yang sah diberikan untuk penternak khinzir di Bukit Bruang dan Man Lok. Malah untuk mereka yang menerima notis, ia dikeluarkan adalah pada 21 Ogos 2007 yang memberikan tempoh masa 30 hari dan tindakan pada 4hb September sungguhpun belum genap 30 hari lagi.

2.   Paya Mengkuang telah dikenalpasti sebagai Kawasan Penternakan Khinzir oleh kerajaan negeri Melaka dan diulangi berkali-kali bahawa penternakan khinzir tidak diharamkan dan akan diteruskan di kawasan khusus di Paya Mengkuang. Bayangkan betapa besar kejutan penduduk tempatan bila ditemui pula anggota polis dan kerajaan menghapuskan ternakan khinzir mereka.

3.   Adalah satu pembohongan dan fitnah TV3 dan Harian Metro bahawa para penduduk yang membantah tindakan keras secara aman telah melontar bom petrol terhadap Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). TV3 telah menyemarakkan sentimen perkauman sehingga kehilangan profesionalisma sebagai wartawan dan pemberita bila menjadi “partisan” dan bukan “neutral” dengan mendesak polis mengambil tindakan keras.

4.   Sikap keras dan ganas pihak kerajaan negeri dengan menggunakan FRU, kereta pancut air FRU dan helicopter seakan-akan penduduk adalah penjenayah besar atau pengganas. Penduduk tahu semalam macam mana rasa rakyat Palestin ditindas oleh Israel sekarang.

5.   Sikap keras dan tidak berdemokrasi pihak kerajaan negeri yang enggan berbincang. Banyak ladang ternakan khinzir dicerobohi tanpa kebenaran tuan tanah untuk digali lubang besar untuk menanamkan mayat khinzir tersebut. Kezaliman setengah anggota ditunjuk bila seekor anjing liar dipaksa secara hidup ke dalam lubang tersebut dan akan mati tanpa air dan makanan secara perlahan. 

Ketiga-tiga tempat ini telah menternak khinzir sejak 50 tahun, jauh sebelum Kolej Islam Melaka dibina di situ. Sekiranya penternakan khinzir diharamkan maka ketiga-tiga tempat yang bergantung kepadanya akan lenyap sama sekali. Ini tidak lain tidak beza dengan membunuh ketiga-tiga tempat tersebut.  

Sebarang tindakan keras kerajaan terhadap ladang khinzir yang kotor dan tidak akur kepada kawalan alam sekitar tidak akan dibantah. Tetapi mengapa mengambil tindakan ke atas ladang khinzir yang bersih yang mempunyai bacaan kurang daripad 50 BOD yang ditetapkan. Oleh itu, rayuan dibuat oleh penternak khinzir agar mengekalkan penternakan khinzir yang sihat, bersih dan akur kepada kawalan alam sekitar. 

Penduduk telah membantah secara aman tanpa menggunakan keganansan sungguhpun mereka berhak untuk menggunakan apa cara demi membela diri sendiri dan kawasan perkampungan mereka. Sekiranya kerajaan negeri ingin meneruskan cadangan mengharamkan dan menghapuskan ternakan khinzir, maka mereka harus bertanggungjawab penuh ke atas segala-galanya.  

Adalah diharapkan YAB akan menunjukkan kewibawaan sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, termasuk penternak khinzir. Pertimbangan YAB amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

Yang benar,

 

LIM GUAN ENG

SETIAUSAHA-AGUNG

 

(6/9/2007)


* Lim Guan Eng, Secretary-General of DAP

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: