http://dapmalaysia.org 
 

Kenyataan media oleh Charles Santiago di Klang pada hari Selasa, 19 Ogos 2008: 

Memastikan keselamatan dan kebebasan mendapat maklumat wartawan  

Saya menegur tindakan serangan terhadap dua orang jurugambar di pilihanraya kecil permatang pauh pada hari sabtu yang lepas. Ini merupakan kes paling baru dalam satu siri serangan terhadap wartawan dalam masa dua bulan ini.

Jurugambar New Strait Times dan wartawan-gambar perancis Hamil Berbar telah diserang oleh sekumpulan lelaki semasa menjalankan kerja. Pada awal bulan ini jurugambar Guang Ming Harian juga ditendang, dicekik dan kepala dipukul semasa bekerja. Seorang wartawan-gambar punyai camera dirosakkan apabila meliputi berita perhimpunan membantah kenaikan harga minyak pada bulan yang lepas, sekurang-kurang tidak wartawan tercedera dalam satu pergaduhan selepas debat harga minyak yang disiar secara langsung.

Bilangan kes serangan terhadap media sudah capai satu takat yang menakutkan dalam Negara kita. Selepas kejadian insiden hari sabtu, pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan parti pembangkang menyalahkan penyokong pihak bertentangan melakukan keganasan tersebut, tetapi menafikan isu penting seperti kebebasan dan keselamatan media dalam Negara.

Media yang bebas dan neutral adalah faktor utama demokrasi. Adalah mengejutkan apabila keganasan diguna terhadap pekerja media untuk menakutkan mereka. Lagi mengejutkan ialah media disasar hanyak untuk mencapai agenda politik.

Saya menyeru polis melaksanakan cara pengurusan kumpulan orang yang berkesan untuk mengelakkan kes-kes yang tidak diingini tidak berlaku lagi di masa depan, terutamanya pada hari pengundian 26 Ogos. Pihak polis mesti memastikan wartawan adalah bebas menjalankan tugas tanpa ketakutan yang disebabkan oleh serangan dan gangguan.

Kita memandang ngeri ketika dengar cerita wartawan dibunuh kerana melaporkan isu sensitif atau hanya kerana berada di tempat salah pada masa yang salah. Kita mengejut dan tidak dapat bercakap ketika diberitahu sebanyak 60 orang wartawan dibunuh semasa menjalankan tugas pada tahun 2007, iaitu kedua tinggi di sejarah bilangan wartawan dibunuh menurut laporan Jawatankuasa Mempertahankan Wartawan. Malangnya kita cenderung menafikan serangan terhadap pekerja media dalam Negara kita sendiri. Akibat tindakan kita sangat penting – wartawan terpaksa menapiskan maklumat sendiri, rakyat Malaysia tidak dapat mengetahui maklumat penting, serta tidak berupaya menangkap penjenayah yang bertanggungjawab.

Malaysia memang terkenal dengan mengawal ketat media, menutupkan bahan-bahan cetak dengan menolak pembaharuan lesen cetakan.

Sekarang adalah masa penting kita menghargai peranan media dalam pembangunan Negara, pekerja media harus dilayan dengan hormat untuk melaporkan cerita-cerita penting. Marilah kita kerja sama-sama untuk mengadakan satu suasana wartawan boleh mendapat dan menyebarkan maklumat tanpa ancaman seperti serangan lisan atau fizikal.


* Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang