Kenyataan Media oleh Charles Santiago di Klang pada
hari Rabu, 27th August 2008:
Selamat tinggal politik perkauman,
menyambut keadilan dan demokrasi
Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim menang besar di Pilihanraya kecil Permatang Pauh, ini
menunjukkan rakyat bukan saja mengundi Anwar, tapi juga mengundi kepada
reformasi. Meskipun pemimpin Barisan Nasional memberi janji banyak dan
peruntukan pembangunan besar kepada Permatang Pauh, pengundi Permatang
Pauh berani tolak kempen BN yang memenuhi dengan serangan peribadi dan
berbau perkauman. Fenomena ini mencerminkan ketidakpuasan hati rakyat
terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Abdullah.
Dalam pilihanraya kecil ini, UMNO menumpukan sepenuh tenaga kepada
pengundi melayu yang merupakan 69% daripada populasi Permatang Pauh.
Bahan-bahan publisiti mencemarkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa,
bekerjasama dengan orang cina dan ‘menjual’ orang melayu, ia cuba
membentukkan satu fenomena krisis bangsa melayu. Walaubagaimanapun, satu
bancian yang di buat sebelum pengundian menunjukkan hanya 17% pengundi
melayu percaya Anwar ialah pengkhianat bangsa, keputusan pilihanraya
kecil juga membuktikan pengundi melayu menolak jenama politik perkauman
yang dimainkan oleh BN selama 50 tahun, seperti yang mereka lakukan di
pilihanraya umum pada 8 Mac 2008.
Pemimpin BN mempamerkan video Saiful bersumpah diliwat oleh Anwar di
Permatang Pauh. Satu risalah yang tidak tahu sumbernya menunjukkan
barisan kabinet Anwar majoriti terdiri daripada orang buka melayu, Anwar
juga dikecam diperguna oleh Amerikat Syarikat yang akan membahayakan
kedaulatan negara.
Anwar menang besar di antara kempen kotor dan tidak tahu malu ini,
membuktikan selepas negara kita diperintah oleh politik perkauman 50
tahun, rakyat sekarang semakin matang, strategi yang memanipulasikan
emosi dan kebencian tidak dapat sambutan lagi. Rakyat Permatang Pauh
memilih Anwar yang prihatin terhadap masa hadapan negara dan polisi
kebangsaan, menolok Abdullah dan BN yang hanya mementingkan kepentingan
parti dan tidak niat melaksanakan langkah-langkah reformasi yang
dijanjikan
Selamat tinggal politik perkauman, mengorak langkah ke arah keadilan dan
pentadbiran baik, kemenangan Anwar akan menjadi titik tukaran penting
bagi penukaran rejim pertama dalam sejarah Malaysia.
* Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang