http://dapmalaysia.org 
 

Ucapan Liew Chin Tong semasa membahas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada Khamis, 11 Disember 2008:

Speech on AUKU 

1. Hasrat Kementerian untuk memindakan AUKU adalah baik dan telah lama dinanti-nantikan.

2. Kementerian Pengajian Tinggi juga harus dipuji kerana mengadakan perundingan dengan pelbagai stakeholders tiga tahun kebelakangan ini. Saya pernah menyertai salah satu sesi perundingan anjuran Kementerian pimpinan Profesor Shaq Faruqi dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dua tahun lalu semasa saya bertugas sebagai penyelidik kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.

3. Malangnya, seperti apa yang diulas oleh Yang Berhormat Batu Gajah semalam, adalah mengecewakan bahawa sesi-sesi perundingan ini tidak membawa paradigm shift atau pemikiran yang baru.

4. Pindaan ini sudah begitu lama dinanti-nantikan dan 4 pindaan-pindaan lalu lazimnya superficial dan demi hal pentadbiran sahaja.

5. Akta ini telah digubal sejak tahun 1971, dan fasal-fasal yang “draconian” atau zalim itu dimasukan semasa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawat Menteri Pelajaran pada tahun 1975.

6. Telah lama akta ini, terutamanya seksyen 15 dan 16 mengkongkong minda penuntut-penuntu kita hampir 40 tahun.

7. Sebagai salah seorang yang baru mececak umur 30-an, akta ini memang archaic dan uzul. Saya tidak mahu adik-adik dan anak-anak Malaysia yang lebih muda daripada saya mengalami apa yang telah dialami penuntut-penuntut sebelum ini.

8. Sudah sampai perhujungan hajat politik YAB Perdana Menteri tetapi nampaknya kita masih tidak dapat mengecualikan kita dari Mahathirism yang begitu authoritarian.

9. Pindaan akta ini masih menumpukan nilai discipline dan bukan ketelusan, kebebasan dan pendemokrasian.

10. Pindaan akta ini menumpukan kawalan yang salah dan sasaran yang salah.

11. Apa yang ditumpukan itu seksyen 15 dan 16 iaitu untuk mengkongkong minda komuniti universiti.

12. Apa yang harus dikawalkan bukan minda penuntut-penuntut, tetapi apa harus dikawal dengan pindaan baru, pemikiran baru, adalah pentadbiran universiti yang semakin berkembang.

13. Salah satu masalah pokok bidang pengajian tinggi di negara ini adalah tumpuhan terhadap pentadbiran. Kebanyakan sumber-sumber kewangan telah disalur kepada aspek pentadbiran.

 

 

2007

RM

2006

RM

UM

Pendapatan

454,621,162

421,757,999

 

Pembelanjaran

450,725,019

409,503,582

UKM

Pendapatan

961,528,000

734,379,000

 

Pembelanjaran

816,953,000

691,608,000

USM (Kumpulan)

Pendapatan

929,733,854

734,000,876

 

Pembelanjaran

856,688,575

762,182,460

14. Misalnya, pihak Hal Ehwal Pelajar ataupun HEP adalah tidak diperlukan. Kalau kita mengimbas balik ke tahun 1960-an dan 1970-an, hal-hal yang dikendali oleh HEP sekarang pada masa itu dikendali oleh pihak Union. Pada zaman tersebut, klinik, bus universiti, klinik gigi, kanten, kafeteria dan perkhidmatan sebagainya diuruskan oleh Union.

15. HEP IPTA sekarang telah dijadikan satu birokrasi yang besar dan memakankan sumber kewangan dan sumber manusia yang boleh disalurkan kepada kegunaan yang lebih penting, iaitu “core business”, dengan izin, universiti – pengajian dan penghantaran ilmu.

16. HEP IPTA disalahgunakan untuk menyekatkan hak-hak asas manusia penuntut-penuntut IPTA. Saya senderi pernah mengalami situasi bahawa saya dijemput ke universiti untuk mengongsikan pandangan saya dengan mahasiswa-mahasiswi. Tetapi apabila saya sampai ke UPM, tempat perjumpaan telah dikawal oleh pegawai-pegawai HEP.

17. Ada juga berita HEP di IPTA ditugaskan oleh Kerajaan supaya memastikan calon-calon pro-kerajaan dipilih dalam pilihan raya Majlis Perwakilan Mahasiswa.

18. Saya minta menteri supaya memaklumkan Dewan yang mulia ini kos mengendalikan HEP di semua IPTA dan kenapa Kementerian tidak menimbangkan “devolution” kuasa HEP kepada Union seperti yang terwujud di Universiti Malaya pada tahun awal Merdeka.

19. Saya juga meminta Menteri supaya membentangkan akaun Kolej-kolej kediaman IPTA.

20. Kita sedia maklum bahawa “universities are big business”. Seperti contoh, pebelanjaan Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007 adalah 842 juta ringgit, iaitu hampir dua kali ganda bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang!

21. Walaupun IPTA-IPTA ada membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen, tetapi kolej-kolej kediaman tidak diwajibkan untuk membuat demikian.

22. Kolej-kolej ini bukan sahaja tidak diperlukan memberi laporan kepada Parlimen. Akaun-akaun kebanyakan kolej-kolej ini langsung tidak diwajibkan disahkan oleh chartered accountant.

23. Walaupun perbelanjaan kolej kediaman ada masa mencecak puluhan juta ringgit, kebanyakan kolej-kolej ini didaftar sebagai persatuan dan hanya memerlukan internal audit sahaja.

24. Saya meminta Kementerian untuk mewajibkan laporan-laporan tahunan dibentang di Parlimen, dan saya juga meminta Ketua Audit Negara memberi tumpuhan kepada akaun-akaun dan amalan-amalan procurement kolej-kolej ini.


* Liew Chin Tong, Setiausaha Biro Antarabangsa DAP & Ahli Parlimen Bukit Bendera