http://dapmalaysia.org 
 

Perbahasan oleh Koid Teng Guan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada hari Khamis, 24 Julai 2008: 

Pencemaran Air Sungai Pinang

Ingin saya membawa perhatian Dewan yang mulia ini terhadap keadaan Air Sungai Pinang yang makin lama makin membimbangkan. Perlu kita semua sedar bahawa Sungai Pinang adalah antara sungai yang paling tercemar di Asia. Ini bukanlah satu fenomena yang baru, malah seluruh penduduk di Pulau Pinang tahu dan sedar akan pencemaran sungai ini. Satu projek pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang Fasa 1 telah siap dilaksanakan dengan kos sebanyak 21 juta Ringgit Malaysia. Sejajar dengan projek ini, sebanyak 6 papan kenyataan telah didirikan di sepanjang sungai tersebut, iaitu Jalan Jelutong, Jalan Sungai , Jalan Petani, Jalan Perak, Jalan Dato Kramat dan Jalan York. Kos anggaran seunit untuk pendirian papan kenyataan ini ialah lebih kurang 20 ribu ringgit Malaysia. Jadi secara keseluruhannya sejumlah lebih kurang 120 ribu ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini sahaja. Ini menunjukkan cara pembelanjaan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan lalu Barisan National. Perlu sedar bahawa ini semua adalah duit rakyat kita bukanlah duit harta karun Barisan National.

Walaupun project ini telah siap dilaksanakan pada Januari 2007, rangka papan kenyataan masih ada di kawasan tersebut. Manakala keadaan tetapi sungai tersebut masih tidak menampakkan tanda-tanda kemajuan. Projek ini juga termasuk membina sebuah jeti pelancongan. Jeti tersebut mungkin menjadi satu projek Gajah Putih (White Elephant Project Barisan National). Ini kerana kapal layar pelancong tidak boleh menggunakan jeti tersebut. Ketinggian antara permukaan air sungai dan jejambat Jelutong Ekspresway tidak membenarkan masuk dan keluar atau melaluinya.

Masih terdapat banyak aduan dan kebimbangan di kalangan masyarakat Pulau Pinang. Warna air yang hitam dan bau yang tidak menyenangkan sememangnya dapat kita sedar apabila melalui kawasan tersebut. Di kala bandaraya Georgetown kita diisytihar sebagai Bandar Warisan oleh UNESCO, tetapi sungai-sungai kita di Pulau Pinang khususnya masih dibawah paras Indeks Kualiti Air. Keadaan begini akan menjejaskan industri pelancongan kita dan seterusnya membawa nama tidak baik untuk negeri kita.

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang Baru untuk memberi perhatian yang lebih serius terhadap projek-projek Pembersihan dan Rawatan Air Sungai Pinang dan juga sungai-sungai yang lain di negeri kita, kerana sungai merupakan warisan kita juga

Berkenaan penggunaan Compressed Natural Gas (CNG). Di kala kenaikan harga minyak yang mendadak ini, makin ramai yang mengalih kepada pengunaan CNG ini. Dianggarkan terdapat lebih daripada 1000 buah teksi dan kereta sewa di bahagian pulau. Jikalau ramai diantara mereka yang mahu menggunakan (CNG) sebagai sumber ganti untuk bahan api petrol. Pengguna CNG terpaksa pergi jauh hingga ke Butterworth untuk mengisi. Jesturu terdapat banyak yang merungut dan memaksa kerajaan kita untuk mengadakan stesyen pam (CNG) di bahagian pulau. Setakat ini 2 tapak telah dikenal pasti untuk pembinaan stesyen pam (CNG), iaitu di Daerah Timur Laut bahagian Pulau. Terdapat juga pelabur yang berminat untuk mendirikan kilang (CNG) di Pulau Pinang. Akan tetapi kekurangan fasiliti dan kemudahan lengkap yang tidak mencukupi mengakibatkan negeri kita tidak dapat menarik industri yang berteknologi tinggi di kala ini menggunakan (CNG). Saya diberitahu yang kerajan lama kita telah berusaha sejak pertengahan tahun 2005 untuk mengatasi masalah ini, namun demikian tiada perkembangan yang positif dilihat. Barang kali kerajaan lama tidak mengambil berat atau pun kurang berinisiatif dalam soal (CNG) ini. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kerajaan baru kita untuk melihat semula perkara ini dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajar untuk membolehkan stesyen pam (CNG) boleh diadakan di bahagian pulau.


* Koid Teng Guan, ADUN Sungai Pinang