http://dapmalaysia.org 
 

Perbahasan oleh Tan Cheong Heng di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada hari Selasa, 22 Julai 2008: 

Y.B., Tuan Speaker,

Pada 4 Jun 2008 kenaikan bahan api secara mendadak memang menggemparkan orang ramai dan kenaikan harga bahan api ini mengakibatkan inflasi menjadi lebih teruk. Rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi masalah wang yang tidak cukup. Saya mengkritik tindakan yang kurang wajar ini, Negara Malaysia sebuah negara yang mengeluar minyak. Memandangkan keuntungan PETRONAS yang lumayan, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi tidak patut menaikkan harga bahan api secara kilat dan tinggi sebegitu. Pada 27 Februari 2007, Perdana Menteri mengumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 3% per liter ketika itu beliau berjanji akan menggunakan wang subsidi yang berjumlah sebanyak 4.4 billion itu untuk mempertingkatkan tahap dan mutu sistem pengangkutan awam kita. Namunnya agak kecewa hari ini kita masih tidak nampak sebarang tindakan yang lebih berkesan. Pada minggu yang lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan jika harga petrol turun menjadi RM1 naik 92 sen seliter maka Kerajaan Pusat akan memberi subsidi sebanyak RM50 billion untuk setahun. Namun beliau tidak memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa jumlah pendapatan PETRONAS dalam musim terkini telah meningkat 61 billion berkaitan dengan kenaikkan harga petrol. Y.B. Telok Bahang kelmarin ada berkata begitu duit yang disimpan oleh MPSP itu lebih baik diguna untuk buat apa saja yang baik kepada rakyat. Di sini juga saya ingin menyeru PETRONAS subsidi lah keuntungan kepada rakyat seluruh Malaysia dan sebab itu apa gunanya simpan sahaja yang duit yang begitu banyak untung kepada PETRONAS dan saya harap Y.B. Teluk Bahang boleh bersetuju katakana PETRONAS yang keuntungan itu boleh ambil sedikit kepada semua rakyat. Di ini saya juga ingin …

Selepas diganggu oleh ADUN Kawasan Teluk Bahang

Tidak dibenarkan. Tunggu dulu sampai habis, awal lagi. Sabar, kita ada sampai pukul 7 petang. Dan saya ingin menyeru Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai kabel stand limit span jambatan kerana kerja-kerja begini giat dijalankan. Saya rasa hairan mengapa ia perlu digantikan apabila jambatan dibina pada tahun 1980, ia dijamin boleh diguna selama 100 tahun. Kini hanya lebih kurang 23 tahun ia perlu diganti dan beberapa kos penukaran kabel ini dan bila ia dapat disiapkan? Saya ingin nak Tanya boleh tak bagi sedikit-sedikit dan kita juga sedia dimaklum masalah bajet merupakan mimpi ngeri yang tidak dapat dielakkan oleh penduduk-penduduk Seberang Perai selama hamper 20 tahun. Saya berharap Kerajaan Negeri merealisasikan Program Mencegah Banjir dengan secepat mungkin. Saya difahamkan terdapat tujuh peringkat Rancangan Mencegah Banjir tetapi sampai hari ini peringkat kedua pun masih belum disiapkan dalam 100%. Disamping itu saya juga menyaksikan dengan pelan-pelan yang sedia ada dan apa yang telah disiapkan oleh kerajaan. Apakah ia benar-benar berkesan untuk memastikan bahawa banjir tidak lagi menlanda kawasan di sepanjang Sungai Rambai …

Selepas diganggu oleh ADUN Kawasan Seberang Jaya

Jangan lupa. You catatkan sahaja. Kawan lamankan. Jika paras air di Sungai Rambai lebih tinggi daripada tebing, pam-pam yang sedia ada langsung tidak akan berfungsi secara berkesan. Saya bercadang kerajaan dan JPS hendak meluaskan muara sungai dekat Kampung Tok Keramat dan mendalamkan dasar sungai dekat laut supaya air hujan dan air pasang dapat disalurkan dengan secepat mungkin, jika tidak air akan mengalir balik ke Sungai Rambai dan mengakibatkan banjir.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar CAT dalam pentadbiran. Amat dukacitanya setengah penjawat awam dan kontraktor bukan semua masih tidak mengubah sikap mereka. Yang sambil lewa dan tahap perkhidmatan kurang memuaskan. Sebahagian pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja dari syarikat kontraktor memang tidak efficient. Mengikut aduan dakwaan, selama setahun tidak terdapat pekerja yang datang cuci longkang perparitan di taman kediaman penduduk. Orang awam membayar cukai taksiran kepada kerajaan tempatan tetapi tidak diberi perkhidmatan yang sewajarnya. Sebagai ADUN, kami berhadapan dengan orang awam yang tidak puas hati. Di sebaliknya, kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab menerima ganjaran mereka tanpa memberi perkhidmatan yang memuaskan. Perkhidmatan pembersihan merupakan perbelanjaan yang paling tinggi di MPSP. Lebih kurang 40% keseluruhan bajet. Perbelanjaan ini sebanyak ini tidak stampil dengan perkhidmtan yang dibekalkan oleh pihak kontraktor, bukan semua. MPSP harus mengambil tindakan sewajarnya untuk membetulkan situasi ini ke tahap pecat ataupun membatalkan perjanjian kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Tindakan ini boleh menjadi satu cermin kepada kontraktor lain supaya mereka dapat mempertingkatkan perkhidmatan dan saya ingin mengambil kesempatan ini buat sedikit penjelasan berkaitan saudara saya Y.B. Bagan Dalam. Saya bersetuju apa yang kelemahan kerja pembersihan, infrastruktur dan lain-lain berlaku dalam MPSP di waktu ketika dahulu tetapi kini apa yang saya nampak berbeza. MPSP sedang membuat perubahan ke arah yang lebih berkesan dan bertanggungjawab. Yang DiPertua, Setiausaha dan sesetengah pengarah juga sanggup turun padang menjalankan lawatan supaya lebih memahami masalah orang ramai yang menghadapinya. Terima kasih kepada Y.D.P. yang saya tahu memang dia bekerjasama. Dan akhirnya Y.B. Seberang Jaya tidak sabar-sabar, kita ada masa panjang tapi kalau you ingin nak cepat sikit saya boleh bagi. Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang tidak ganggu saya. Terima kasih.


* Tan Cheong Heng, ADUN Padang Lalang