http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
 

Ucapan Penggulungan (2) oleh Y.A.B. Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008: 

Polisi Kerajaan Negeri   

Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Negeri Pulau Pinang sehingga Jun, sebanyak 15 mesyuarat MMK telah diadakan. Selain daripada kertas-kertas tanah, banyak dasar dan keputusan penting telah diluluskan bagi pembangunan negeri dan demi kepentingan rakyat. Dengan hanya memilih antara 30 daripada dasar-dasar yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

i. Memperkenalkan urustadbir CAT pertama di Malaysia;

ii. Pembatalan Saman atas Penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;

iii. Sebut Harga Tender Terbuka menerusi internet dengan pelancaran e-perolehan;

iv. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;

v. Kajian Semula Prosedur Pentadbiran Tanah/Penyiasatan Penyelewengan Tanah;

vi. Pembatalan Pembelian 4 buah Kereta Rasmi Baru sebanyak RM500,00.00;

vii. Melantik ahli NGO dan juga seorang OKU pertama sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan;

viii. Pembinaan Struktur Telekomunikasi Memerlukan Kelulusan Kebenaran Perancangan dan Kelulusan Pelan Bangunan;

ix. Pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;

x. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM 1 bilion;

xi. Menarik pelaburan asing yang ingin memilih destinasi lain seperti Ibiden RM1.2 bilion) dan Honeywell (RM115 juta);

xii. Menarik sektor IT menambah dan memilih Pulau Pinang sebagai satu pusat serantau seperti AXON (yang menyediakan sistem penyelesaian perniagaan SAP, Syarikat Jerman terbesar di dunia) melabur RM100 juta yang boleh mewujudkan 250 peluang pekerjaan dalam masa 3 tahun;

xiii. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300,00.00;

xiv. Memberikan wang ehsan RM 100 kepada lebih 100,000 buah keluarga miskin;

xv. Mengecualikan semua sekolah yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;

xvi. Penubuhan Jawatankuasa bersama ahli-ahli profesyenal dari 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah;

xvii. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;

xviii. Sumbangan RM200 dan RM300 bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM dan STPM (Straight ‘As’);

xix. Pemberian Bantuan Beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;

xx. Penubuhan Pemantau Pengguna (Consumer Watch) untuk mengawal kenaikan harga;

xxi. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;

xxii. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Melalui Internet. Web TV;

xxiii. Cadangan Penukaran Haklimik daripada Pajakan kepada Pegangan Bebas/99 tahun untuk tanah industri/ kommersial dan hakmilik kekal untuk kediaman demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;

xxiv. Menganjurkan Hari Sambutan Georgetown disenaraikan sebagai Tapak Warisan Unesco yang ditaja penuh oleh pihak swasta tanpa perbelanjaan wang awam dan juga Pesta Bon-Odori yang paling berjaya dalam sejarah dengan 50,000 pelawat; dan

xxv. Had Masa Larangan Kenderaan Berat atas Jambatan Pulau Pinang dan Pengeluaran Pas Khas untuk mengatasi masalah kesesakan di jambatan

xxvi. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa.

xxvii. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk investPenang;

xxviii. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM 200 dan RM 150 sebulan daripada RM 600 dan RM 500 masing-masing.

xxix. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli EXCO, ADUN ataupun ahli majhlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato Seri Utama, Dato Seri dan Dato dikurangkan daripada 82 tahun lepas kepada 38 tahun ini.

xxx. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan.


* Lim Guan Eng, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP