http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
 

Ucapan Penggulungan (4) oleh Y.A.B. Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008: 

Projek-projek Mega  

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau sedang dalam proses pembinaan dan tidak akan ditangguhkan. Pembinaannya akan meningkatkan kadar pembangunan di kedua-dua kawasan terutamanya di sebelah Batu Kawan. Selain daripada itu, pembinaanya akan memudahkan perhubungan di antara pulau dan tanah besar terutamanya pengangkutan input dan produk akhir perindustrian selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Pulau Pinang sebagai hub logistik di bawah NCER (Koridor Ekonomi Wilayah Utara).

Cadangan Y.B Penaga agar Kerajaan Persekutuan membatalkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang telah memberi implikasi negatif ke atas beberapa bakal pelabur. Oleh itu saya berharap Ketua Pembangkang berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana kenyataan seperti itu akhirnya akan merugikan rakyat Pulau Pinang juga.

Y.B. Penaga juga menyentuh mengenai Projek Landasan Keretapi Berkembar

Projek ini melibatkan laluan di tiga daerah iaitu Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Di sepanjang laluan tersebut terdapat banyak binaan termasuklah bangunan kediaman, bengkel, bangsal, dan tokong atau kuil. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan projek ini kerana ia adalah satu projek yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi. Sebagai kerajaan yang prihatin, kebajikan penduduk yang terlibat dengan pembinaan projek ini perlu diambil kira. Pampasan yang setimpal harus diberikan kepada penduduk yang terlibat.

Jumlah setinggan yang terlibat:

 

Daerah Terlibat

Jenis-Jenis Setinggan

Kediaman

Komersial

Seberang Perai Utara

55

5

Seberang Perai Tengah

489

28

Seberang Perai Selatan

27

9

Jumlah

571

42

Jumlah Rumah Ibadat yang terlibat: 

 

Daerah Terlibat

Jenis-Jenis Rumah Ibadat

Tokong

Kuil

Surau

Seberang Perai Utara

1

1

1

Seberang Perai Tengah

16

11

2

Seberang Perai Selatan

4

3

0

Jumlah

21

15

3

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah meminta pemilik projek menyediakan program penempatan semula penduduk yang terlibat. Kesemua / keseluruhan bangunan kediaman dicadangkan untuk ditawarkan penempatan semula di satu tapak yang akan diambil iaitu terletak berhampiran stesyen KTMB Tasek Gelugor, Daerah Seberang Perai Utara. Sementara itu bagi Daerah Seberang Perai Tengah pihak pemaju telah mencadangkan penempatan semula penduduk dibuat di atas lot 35, 66, 690 dan 909 mukim 7 seluas 3.6724 hektar. Manakala bagi Daerah Seberang Perai Selatan pula ianya akan ditempatkan di atas tanah KTMB sedia ada.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan berjiwa rakyat atau “people centric”. Kerajaan Negeri baru akan bekerjasama dan meneruskan perhubungan yang baik dengan Kerajaan Persekuatuan bagi memastikan rancangan pembangunan dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Malangnya usaha Kerajaan Negeri menghulurkan tangan persahabatan tidak dihiraukan bila projek-projek seperti Monorel, PORR, pembesaran Empangan Mengkuang dan menaik taraf sistem keretapi Bukit Bendera sebanyak RM4.7 bilion dibatalkan. Ini merupakan pengurangan 76% daripada RM6.152 bilion kepada RM1.412 bilion.

Menaiktaraf Sistem Keretapi Bukit Bendera

Kerajaan Negeri amat berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan kerana memperuntukkan semula peruntukan berjumlah RM40 juta untuk menaiktaraf sistem keretapi Bukit Bendera sebagai tambahan kepada kerja pembaikan sebanyak RM 2.5 juta. Untuk tahun ini, Kerajaan Negeri diperuntukkan sebanyak RM5.3 juta, yang mana RM2.8 juta adalah untuk kerja-kerja perunding dan kajian, manakala RM2.5 juta adalah untuk pembelian kabel gantian. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan berunding semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan peruntukan semasa yang disediakan dapat digunakan sepenuhnya tanpa pembaziran.

Namun begitu Kerajaan Negeri akan merayu semula kepada Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan yang telah dikurangkan bagi Projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian bagi Negeri Pulau Pinang yang dikurangkan daripada RM128 juta kepada RM66.6 juta dipertimbangkan semula. Begitu juga dengan projek-projek Monorel, PORR dan Empangan Mengkuang.

Projek Tebatan Banjir Sungai Muda

Y.B. Ketua Pembangkang telah membangkitkan perkara projek tebatan banjir Sungai Muda. Di sini ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak menghalang projek berkenaan, malah mengalu-alukannya, memandangkan ia merupakan projek infrastruktur yang memberikan banyak kebaikan kepada rakyat. Melalui pelaksanaan projek ini, dijangkakan sistem pengairan dapat dipertingkatkan, dan mengurangkan risiko berlakunya banjir.

Apa yang Kerajaan Negeri ingin tegaskan ialah pelaksanaan projek tersebut perlu mengambil kira kesejahteraan penduduk yang terlibat di mana rumah kediaman mereka terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek. Kerajaan Negeri tidak mahu keluarga yang terlibat diarah berpindah begitu sahaja tanpa mempedulikan soal penempatan semula penduduk.

Sebagai makluman Y.B. Speaker, sebanyak 652 lot tanah milik terlibat dengan cadangan pengambilan balik tanah iaitu 256 lot di sebelah hulu (dari Jambatan Merdeka ke Kuala Muda) dan 296 lot di bahagian hilir sungai (dari Ekor Kucing, Pinang Tunggal ke Jambatan Merdeka). Ia melibatkan sebanyak 242 buah bangunan di sepanjang jajaran.

Berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (Rancangan Tebatan Banjir) berhasrat untuk memperuntukkan sebahagian daripada tanah yang diambil balik untuk maksud penempatan semula ground tenant tetapi butiran tawaran akan dibincangkan kemudian.


* Lim Guan Eng, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP