http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
 

Ucapan Penggulungan (7) oleh Y.A.B. Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008: 

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Y.B. ADUN Seberang Jaya juga telah menyentuh mengenai peruntukan mengurus emolumen Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2007 adalah berjumlah RM20,099,020.00 dan tahun 2008 meningkat menjadi RM24,731,470.00. Perkhidmatan dan bekalan juga meningkat daripada RM 30,163,210.00 kepada RM32,685,600.00

Sebagai makluman Y.B Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat, peningkatan emolumen sejumlah RM2,632,450.00 adalah disebabkan oleh pelarasan gaji pegawai awam yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri berkuat kuasa pada 1 Julai 2007. Perkhidmatan dan bekalan juga meningkat akibat pertambahan anggota selepas penyusunan semula struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Y.B Speaker,

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Cadangan Y.B. ADUN Seberang Jaya supaya diwujudkan stok penimbal bagi beras, tepung dan lain-lain untuk kebajikan rakyat

Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, hak penguna telah dilindungi dan satu suasana perdagangan yang baik dalam negara telah diwujudkan. Kerajaan Negeri boleh mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan stok penimbal bagi barang kawalan.

Y.B. ADUN Permatang Pasir telah membangkitkan isu mengenai mewujudkan pusat penempatan banjir yang kekal bagi Daerah Seberang Perai Tengah

Sebagai makluman Y.B Speaker, di Seberang Perai Tengah (SPT) sudah terdapat 3 pusat pemindahan banjir seperti berikut:

Alamat Pusat Pemindahan

Nama Kawasan/

kampung Terlibat

Had Muatan (Orang)

Surau Tanjung Putus

Tanjung Putus

200 orang

Dewan Orang Ramai Kampung Kota Kampung Kota/Bukit Jelutong

100 orang

Surau SMK Permatang Rawa/ Sek. Kebangsaan Tanah Liat

Tanah Liat/Permatang Batu/ Permatang Rawa

50 orang

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerajaan Negeri telah menggunakan kemudahan yang ada di kawasan SPT. Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga mengambil langkah pencegahan banjir melalui Rancangan Tembatan Banjir di mana beberapa sungai utama yang menyebabkan banjir telah didalamkan. Manakala kerja mendalamkan Sungai Juru adalah dalam perancangan.

Y.B. ADUN Pulau Betong telah menyentuh mengenai perbelanjaan sebenar bagi membaiki rumah rasmi Ketua Menteri

Sehingga 24 Julai 2008, kos penyelenggaraan untuk kediaman rasmi Y.A.B Ketua Menteri adalah RM13,888.60 dan butiran terbesar ialah menyelenggara kebersihan sebanyak RM 5,013.60.

Butiran terperinci mengenai anggaran awal bagi memperbaiki dan menyediakan peralatan rumah tetamu yang berjumlah RM300,000.00 adalah seperti berikut: 

i.

Kerja-kerja mekanikal        

RM 63,000.00

ii.

Kerja-kerja sivil        

RM 27,000.00

iii.

Kerja-kerja elektrikal

RM 15,000.00

iv.

Kemudahan di bilik mesyuarat

RM 29,800.00

v.

Kerja-kerja pembersihan   

RM 18,000.00

vi.

Membekal peralatan/perabot        

RM125,550.00

JUMLAH

RM278,350.00

Akan tetapi ia tidak dilaksanakan atas dasar hendak menjimatkan wang kerajaan. Sungguhpun ada yang kurang elok sedikit kerana lama tak didiami, tidak apa.

Y.B ADUN Penaga ada menyebut mengenai Rancangan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan menghantar Pendatang tanpa izin balik ke negara asal dan telah meminta supaya Jabatan Imigresen Malaysia ambil tindakan penguatkuasaan

Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan orang awam atau mana-mana pihak melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia mengenai kewujudan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan yang sah supaya tindakan lanjut dapat diambil. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum bahawa Jabatan RELA dan Jabatan Imigresen Malaysia dari semasa ke semasa membuat pemantauan dan Operasi Kutip bagi memastikan pekerja asing mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah.

Manakala isu yang disentuh oleh Y.B. ADUN Seberang Jaya mengenai penubuhan Tabung khas kepada pelajar yang hendak memasuki IPT

Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai satu tabung khas untuk memberi bantuan kemasukan pelajar ke IPT sejumlah RM500.00 setiap orang. Borang permohonan ini boleh diperolehi di Pejabat Daerah setiap daerah. Tarikh tutup permohonan bagi tahun 2008 adalah pada 31 Julai 2008.


* Lim Guan Eng, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP