Kenyataan media oleh Lau Weng San pada hari
Jumaat, 20hb Jun 2008 di Petaling Jaya:
Pendaftaran keluarga miskin bandar
Oleh kerana kos sara hidup yang
semakin meningkat, Pejabat ADUN Kampung Tunku akan menjalankan satu
kempen sebulan untuk mendaftar keluarga miskin di kawasan DUN Kampung
Tunku, iaitu mereka yang menduduki di Sea Park, Taman Paramount, RUmah
Kos Rendah Taman Sri Aman, Kampung Tunku (SS1), SS3 dan Kampung Baru
Sungai Way, bermula daripada 23hb Jun 2008 hingga 23hb Julai 2008.
Kami meminta supaya hanya isikeluarga miskin yang berpendapatan kurang
daripada RM1500 membuat permohonan. Keluarga yang berpendapat melebihi
RM2000 tetapi mempunyai tanggungan anak bersekolah melebihi 4 orang juga
boleh memohon.
Tempat-tempat dan tarikh:
1. 23hb Jun (Isnin), 8:30 malam –
10:00 malam di Pusat Perkhidmatan DAP Cawangan Sungai Way-Subang dan
setiap hari Isnin.
2. 24hb Jun (Selasa) 8:30 malam – 10:malam di Dewan Orang Ramai
Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Aman.
3. 25hb Jun (Rabu) 8:30 malam – 10:00 malam di Dewan Sivik Petaling
Jaya (Sempena sesi dialog bersama pengundi anjuran Nanyang Siang Pao)
4. Setiap hari Rabu di Pejabat ADUN Kampung Tunku No. 77, Jalan
20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.
Mana-mana keluarga yang ingin memohon
bantuan sila membawa bersama-sama salinan kad pengenalan, slip gaji atau
boring E LHDN dan surak beranak bagi kanak-kanak yang masih di bawah
tanggungan ibubapa.
Sila hubungi pejabat ADUN Kampung Tunku atas talian 03-78754724 atau
layari laman web www.lauwengsan.com untuk maklumat lanjutan.
*
Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor dan ADUN
Kampung Tunku