Joint Statement by Tan Sri Khalid Ibrahim, MP for
Bandar Tun Razak; Dr. Tan Seng Giaw, MP for Kepong; Teresa Kok, MP for
Seputeh; Dr. Lo'lo' Mohammad Ghazali, MP for Titiwangsa; Fong Kui Lun,
MP for Bukit Bintang; Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju; Tan Kok Wai,
MP for Cheras; Tian Chua, MP for Batu; Lim Lip Eng, MP for Segambut;
Nurul Izzah Anwar, MP for Lembah Pantai in Kuala Lumpur on Friday,
20th June 2008
Draft KL2020 : DBKL perlu tangguhkan
operasi perobohan gerai & setinggan
Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur
2020 masih lagi diperingkat perbincangan dan menuntut pandangan dari
seluruh rakyat. Kami berterima kasih atas tindakan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur yang menerima pandangan kami untuk bersetuju memanjangkan sesi
pendengaran awam hingga 31 Ogos 2008.
Sehubungan dengan itu kami selaku ahli Parlimen yang mewakili seluruh
rakyat Kuala Lumpur berharap agar pihak DBKL menangguhkan dahulu
sebarang operasi penguatkuasaan seperti perobohan gerai penjaja dan juga
kawasan kediaman yang diklasifikasikan sebagai setinggan sehinggalah
Pelan berkenaan digazetkan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Pada masa ini kami menerima banyak
aduan dari penjaja dan juga rakyat yang tidak berpuashati dengan operasi
yang dilakukan oleh DBKL yang menyebabkan mereka mengalami banyak
kerugian. Diharapkan pihak DBKL memberikan mereka peluang untuk turut
serta dalam memberikan pandangan alternatif terhadap masalah mereka dan
mencari jalan penyelesaian untuk diselaraskan dengan Pelan yang bakal
digazetkan.
Walaubagaimana pun, cadangan ini tidak meliputi operasi yang melibatkan
Pendatang Tanpa Izin yang berniaga secara haram atau tinggal melebihi
dari tempoh yang dibenarkan.
Diharapkan DBKL dapat mengambil sikap
yang lebih prihatin dalam melayani sebarang permasalahan yang
ditimbulkan agar pembangunan yang dicadangkan memenuhi aspirasi rakyat
dan tidak memberikan kesan buruk pada rakyat, alam sekitar dan generasi
yang akan datang.
Sekian. Terima Kasih.
"Berkhidmat Untuk Rakyat"