Urgent motion on National Service by
Fong Po Kuan in Parliament on Friday, 9th May 2008:
Urgent motion on
National Service
Tarikh: 9.5.2008
Tan Sri Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Tan Sri,
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18
__________________________________________________________________________
Dengan ini, saya memberi notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk
membangkitkan usul yang berbunyi berikut:-
“Sejak Program Latihan Negara dilaksanakan telah berlaku banyak masalah
terutamanya yang melibatkan keselamatan pelatih-pelatih yang sedang
menjalani program tersebut.
Pada 7.5.2008 seorang lagi pelatih PLKN bernama Too Hui Min, yang sedang
menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Geo Kosmo , Kuala Kubu Baru
telah meninggal dunia. Sebelum ini, pada bulan April yang lalu, pelatih
bernama Afiz Zuhairi Ahmat Rozali pelatih di Kem Sentosa Chenderiang
juga telah meninggal dunia selepas mengalami demam.
Seorang pelatih bernama R.Balammah pula meninggal dunia selepas 10 hari
menamatkan program tersebut.
Sementara itu, di Kem Jiwa Murni, seramai 300 orang pelatih yang
menjalani PLKN di kem tersebut terpaksa dikuarantin kerana dipercayai
dijangkiti selesema. Ada di kalangan mereka telah menerima rawatan di
hospital Taiping.
Kekerapan berlakunya kematian, masalah kesihatan dan keselamatan pelatih
PLKN sejak kebelakangan ini, ia telah menimbulkan banyak persoalan
kelemahan pengurusan dan perlaksanaan program ini.
Adalah wajar PLKN ini dihentikan dengan serta-merta sementara
Kementerian Pertahanan mengambil tindakan meneliti semula keberkesanan
dan kemampuan perlaksanaannya kerana ia melibatkan isu nyawa dan
kesihatan pelatih. Bagi ibubapa, anak mereka dihantar ke program ini
kerana diwajibkan oleh undang-undang. Tambahan, anak mereka ini adalah
hidup atau sihat ketika dihantar ke kem, tetapi, sebaliknya, mayatnya
yang dibawa kembali ke rumah.
Oleh itu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Ia juga adalah
perkara yang berkepentingan orangramai kerana program ini bagi sesi 2008
melibatkan110,000 orang pelatih.
Perkara ini perlu dipersegarakan memandangkan insiden kematian pelatih
terlalu kerap sejak kebelakangan ini dan keperluan pihak Kementerian
bertanggungjawab ke atasnya, dan bukan sekadar menyampaikan ganti rugi
daripada pihak insuran kepada ahli keluarga.”
Sekian, terima-kasih.
Yang benar,
Fong Po Kuan
Ahli Parlimen
Kawasan Batu Gajah
*
Fong Po Kuan, MP for Batu Gajah