http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
 

Kenyataan media oleh Dr. Tan Seng Giaw pada 13 Mei 2008, hari Rabu di Kuala Lumpur: 

Hak-hak sesuatu kaum tidak boleh dirampas

Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa hak-hak semua kaum mestilah dipelihara dan tidak ada sesiapapun boleh merampas hak-hak kaum lain. Sesuatu kaum tidak boleh membegal hak-hak kaum lain.

Dr Tan Seng Giaw mengambil bahagian di dalam perbahasan titah ucapan Duli Yang Malah Mulia pada 13 Mei, 2008.

Bencana ribut beliung, siklon, di Myanma dan malapetaka gempa bumi di China mestilah mendapat simpati dan bantuan dari Malaysia. Kita sangat bersimpati dengan rakyat negara-negara tersebut;kita mengucapkan takziah.

Pada sesi ini, kita mengalu-alukan 99 ahli yang menghadiri Dewan ini buat kali yang pertama. Kita nampak ada yang mempunyai potensi dan isi kandungan ucapannya bererti.

Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac, 2008, Dewan ini menjadi lebih hangat. Ketika kempen pilihanraya, setiap parti menonjolkan dasar politik masing-masing. Setelah rakyat sudah membuat keputusan, kita dari semua parti boleh berusaha untuk membangun negara.

Gunung Tahan sama didaki,

   Sungai Pahang sama direnang;

Jikalau semua bersatu hati,

   Kerja yang payah menjadi senang

UMNO menjorokkan hak-hak, adat dan sejarah Melayu; MCA menyorongkan hak-hak dan pendidikan Cina dan MIC menyodorkan hak-hak dan kewarganegaraan India. Mereka menganjurkan tonggan, dapur yang diperbuat dengan mengorek tanah untuk kawah atau periuk besar. Tonggan UMNO, MCA dan MIC dan lain-lain komponen Barisan Nasional (BN) ini memasak isu-isu perkauman.Tetapi, di dalam zaman teknologi maklumat dan kemunculan negara-negara Cina dan India, tonggan seumpama ini adalah tidak praktikal lagi. Sekarang kita menggunakan ketuhar gelombang mikro dan lain-lain yang lebih canggih. Kita bercita-cita mencapai taraf negara maju pada 2020.

Kita mestilah mengelakkan amalan untuk melayam-layamkan keris semasa perhimpunan parti. Semua kaum mempunyai hak di dalam politik, ekonomi, kesihatan, pertanian dan sebagainya. Tidak ada sebarang kaum yang boleh menjabal hak-hak kaum lain. Yang miskin, yang lemah, mestilah dibantu, tanpa mengira kaum. Kita haruslah sentiasa berikhtiar untuk mengurangkan jurang, sama ada kekayaan, digital atau wilayah dengan berani dan penuh keazaman.

Inflasi

Walaupun Kerajaan mengatakan kadar inflasi negara adalah 2.8%, keadaan yang sebenarnya membimbangkan. Harga seliter kerosin melambung dari RM 2.70 pada Januarui, kepada RM 2.90 pada Mac dan kini RM 3.20. Harga racun makluk perosak telah meningkat 100% dan harga baja meloncat dari RM 1000 setiap 50 Kg ke RM 3,000.

Kerajaan sedang mewujudkan simpanan stok bijian yang besar. Tatkala harga barang melompat, orang suka untuk menyorokkannya. Kerajaan tidak dapat membeli 500,000 tan beras dari Thailand kerana ia meminta AS$ 800 setan walhal negara jiran itu mahu lebih AS$ 1,000 setan. Saya berharap YAB akan memberitahu sama ada bekalan ini akan didapati dari Vietnam, Amerika Syarikat, Kamboja atau lain negara. Subsidi tenaga dan makanan telah mencatat RM 45 bilion setahun.

Faktor-faktor antarabangsa, seperti harga petroleum US$ 122 setong, sorokan beras di banyak negara termasuk China, India, Vietnam, Rusia dan Thailand mmburukkan keadaan

Saya mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Inflasi yang bermula pada 1 April, 2008 dan Pasukan Petugas Khas Menangani Kenaikan Harga mestilah menambahkan usaha untuk membendungkan inflasi. Dari tempoh Januari 2008 hingga 20 April 2008, Kementerian Perdagangan dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna membuat 328,352 pemeriksaan ke atas kilang, pemborong, kedai runcit, pasaraya pasar malam, pasar awam dan lain-lain mengenakan rampasan RM 731,055.95 terhadap 550 kes.

Pembukaan 100,000 ekar tanah sawah di Sabah dan Sarawak dengan benih dan teknologi moden akan mengambil masa, mungkin 10 tahun. Penambahbaikan tali air terutamanya Kada dan sistem transport serta jenis tenaga yang digunaikan untuk sawah dan perladangan akan menelan bertahun-tahun. Biofuels dari minyak kelapa sawit wajib dikaji semula; mungkin lebih baik kita menggunakan minyak dan tumbuhan yang tidak boleh dimakan bagi biofuels.

Dengan kerosakan pasaran pertanaian dunia, sorokan negara-negara, bantuan makanan bukan wang tunai oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun. YAB perlu mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghadapi keadaan pasaran dunia ini. Setiap tahun perdagangan beras dunia ialah RM 30 juta tan.

Saya mengesyorkan supaya mengadakan lebih banyak pusat latihan, bilangan pelatih, disiplin dan lain-lain kemudahan untuk menambahkan 12,000 rekrut polis setiap tahun dari 2008 hingga 2013. Syor-syor Suruhanjaya termasuk IPCMC patut dilaksanakan.

Menurut polis, dalam tiga tahun kebelakangan ini, jumlah kes jenyah seluruh negara ialah 565,546 kes, purata 170,000 kes setahun. Bagi Kawasan Kepong jumlah kes dalam tempoh yang sama ialah 10,557, yakni 3,600 kes setahun.

Kita sedar bahawa PDRM sedang mengambil langkah-langkah seperti menugaskan lebih ramai anggotsa dan pegawai poliws di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah, menambahkan kereta peronda dan mewujudkan balai atau polis baru. Ini memerlukan ramai rekrut yang berkaliber dan kemudahan-kemudahan.

Selain dari melatih 12,000 rekrut polis setahun, PDRM mestilah mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya cadangan untuk membahagikan Daerah Polis Sentul, daerah yang terbesar di Kuala Lumpur, kepada Sentul dan Wangsa Maju, ataupun Daerah Sentul dikekalkan dengan hanya menambahkan bilangan anggota dan kemudahan sahaja. Cara manakah yang lebih berkesan?

Kerajaan mestilah mengumumkan tahap keberkesanan Skim Latihan Graduan yang setakat ini telah membelanjakan lebih RM 214 juta. Mewujudkan peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk latihan vokasional dan teknik. Kajian yang meyeluruh bagi mengenalpasti semua aspek vokasion termasuk pertukangan kayu dan pertukangan emas yang memerlukan apprentice untuk beberapa tahun.

Saya berharap Kerajaan mengumumkan kajian terkini terhadap graduan di Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan IPTSwasta (IPTS). Menurut penemuan Graduate Tracer Study pada 2006, 30.7% graduan masih menganggur enam bulah selepas konvokesyen, manakala 5.7% masih tunggu ditempatkan untuk bekerja.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan graduan menganggur, termasuk kualiti pendidikan, sikap majikan, sikap graduan dan kekurangan garispanduan.

Skim Latihan Graduan (LPG) menelan belanja beratus juta ringgit. Tahun ini RM 100 juta akan dibelanjakan untuk skim ini. Sejak skim ini bermula pada 2001, berapakah jumlah wang dan bilangan graduan sudah dilatih dan bilangan yang berjaya untuk mendapat kerja?

Menurut YB Menteri Pelajaran pada 17 Disember, 2007, Kerajaan akan merombak keseluruhan sistem pendidikan sekolah vokasional dan teknik tahun ini bagi memastikan ia sejajar dengan perkembangan semasa. Ini memang munasabah. Bukan semua pelajar yang sesuai untuk memasuki IPTA atau IPTS.

Pada masa ini terdapat 69 buah sekolah teknik dan vokasional serta 21 sekolah teknik, membabitkan seramai 69,582 pelajar di seluruh negara. Ini tidak mencukupi. Sistem ini wajib dikemaskini cocok dengan zaman semasa.

Kerajaan patutlah memberi galakan kepada apprenticeship di pelbagai bidang, misalanya pertukangan kayu, emas, besi dan simen di luar sistem sekolah vokasional dan teknik. Kerajaan haruslah menganjurkan pertandingan apprentice yang terbaik dari seluruh negara.

Masalah sekolah kluster dan sekolah bestari.

Sejak 1999, wujudnya 88 sekolah bestari. Multimedia Development Corporation (Mdec) mengadakan Smart School Qualification Standards (SSQS) untuk menggredkan 88 buah sekolah tersebut. Standard Information and Communication Technology (ICT) di 47 buah sekolah adalah masih rendah. Itu tidak mengira kebestarian di aspek-aspek yang lain lagi. Pada 2010, semua 10,000 sekolah diramalkan akan menjadi bestari.

Sekarang, KPM mengenalpastikan 30 buah sekolah kluster dan menubuhkan Lembaga Penasihat Kecemerlangan Kluster untuk mengawalseliakannya. Adakah kluster ini bermakna mereka adalah bebas dalam sumber manusia, dana sekolah, pengambilan pelajar, pengajaran, pembelajaran, peperiksaan dan penilaian. Jika sebuah sekolah kluster mendapat RM 300,000, apakah peruntukan bagi sekolah bestari?

Kerajaan patutlah menumumkan cara-cara yang digunakan untuk mengurus serta menyelaraskan kedua-dua jenis sekolah tersebut berbandingkan dengan kebanyakan sekolah yang lain.


* Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong

 
 

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: