http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
 

Kenyataan Media Lim Guan Eng di Petaling Jaya pada hari Sabtu, 31 Mei 2008: 

Petronas harus memberikan separuh daripada keuntungan kasar RM 80 bilion setahun kepada keluarga berpendapatan rendah secara bantuan tunai, bukannya secara subsidi  

Kadar inflasi turut meningkat walaupun Kerajaan Pusat Barisan Nasional mendakwa ia dalam kadar 2 peratus – sedangkan berdasarkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, inflasi sebenarnya sudah mencecah 20 peratus.

Kita perlulah bersama-sama berkongsi hasil keluaran negara, terutamanya minyak dan gas Petronas. Perkongsian hasil ini bukan sahaja dengan mengguna pakai keuntungan Petronas untuk pembangunan semua negeri diagihkan secara adil. Petronas harus memberikan separuh daripada keuntungan kasar RM 80 bilion setahun kepada keluarga berpendapatan rendah untuk mengelakkan ketirisan dalam pengurusan dana besarnya yang menjalankan projeknya yang kurang efisien dan berkesan. Adalah tidak adil Petronas untung besar sedangkan rakyat jelata susah hasil inflasi ekoran kenaikan harga minyak antarabangsa yang mencecah US$120 setong.

Dalam parlimen, saya telah minta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmah Badawi menyatakan jumlah pembiayaan subsidi keseluruhan setiap tahun sejak 2005 dengan memberikan pecahan terperinci setiap bentuk subsidi.

Saya juga ingin mengetahui adakah kerajaan bercadang mengkaji semula subsidi yang dinikmati oleh golongan berada?Apakah sistem yang lebih adil patut dicadangkan untuk memastikan bantuan dinikmati oleh golongan tidak berada?

Dalam jawapan bertulisnya, beliau mengatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM36.6bilion untuk subsidi pada tahun 2005 meningkat kepada RM43.4bilion pada tahun 2007. Saya juga difahamkan pelbagai bentuk subsidi yang diberikan oleh kerajaan termasuklah subsidi padi, dana peniaga kecil, pendidikan, pengangkutan, social dan faedah imbuhan tabung seperti berikut:

Subsidi dan Bantuan-bantuan lain kepada rakyat (RM juta)

2005

 

2006

 

2007

Jumlah Besar

36625

38409

43390

Subsidi Produk Petroleum

 16012

14670

16181

Subsidi Harga Gas Kepada Sektor Elektrik dan Industri

                 14300

                          15600

                    18000

Bantuan-bantuan lain

  6313

  8139

   9209

Subsidi Padi

626

              841  

     949

Subsidi Faedah Imbuhan Tabung

    178

347

503

Kos Dana Peniaga Kecil

    449

175

         400

Pendidikan

  2733

3057

3911

Pengangkutan

    153

160

218

Bantuan Untuk Orang Asli

            14

12

15

Subsidi Sosial

     189

242

266

Lain-lain

   1971

3305

2947

Kita tahu Petronas terus mencatatkan keuntungan besar berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa. Mengapa syarikat swasta Independent Power Producers boleh diberikan subsidi gas berpuluh-puluh bilion ringgit sedangkan mereka dapat untung berbilion-bilion ringgit?

Jika Kerajaan Pusat melaksanakan dasar-dasar yang lebih adil dan baik untuk rakyat, termasuk usaha mengurangkan atau menghapuskan kadar tol di lebuhraya-lebuhraya, menghentikan tindakan menaikkan kadar elektrik dan air serta menyekat kenaikan harga minyak dan gas, rakyat jelita akan dapat dielakkan dari beban tekanan hidup.

Petronas Harus Memberikan Separuh Daripada Keuntungan Kasar RM 80 Bilion Setahun Kepada Keluarga Berpendapatan Rendah secara bantuan tunai, bukannya secara subsidi.

DAP juga menyeru agar Kerajaan Pusat memulihkan ekonomi kita segera untuk mengurangkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin. Ini boleh dimulakan secara jujur dan ikhlas dengan tidak bersifat dendam terhadap negeri-negeri yang bukan lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. Hanya hubungan harmoni di antara Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri akan memastikan kaum pekerja terjamin hak dan sentiasa dilindungi. 


* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Ahli Parlimen Kawasan Bagan dan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang

 
 

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: